Tuesday, 17 November 2009

Terima Kasih




Terima kasih!!! Suatu budaya yang semakin menghilang daripada kita daripada kalangan masyarakat orang Timur malah orang Islam. Mengapakah ini terjadi? Untuk mejawab dan merungkai persoalan ini ingin saya memetik kata-kat seorang kawan penulis sendiri, " Ada apa dengan ucap terima kasih, dan memang kerja dia." Ramai orang meremehkan untuk mengucapkan perkataan ini walaupun perkataan ini hanyalah melibatkan 2 patah perkataan sahaja.

Ramai orang merasakan mengucapkan ucapan terima kasih ini sebagai kata-kata biasa. Menurut pakar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah, melalui ucapan terima kasih dapat merangsang seseorang individu itu seperti dihargai dan merasa perbuatan itu berbalas walaupun tidak diminta.

Dalam kehidupan bermasyarakat kita harus mengucapkan terima kasih agar amalan ini menjadi budaya yang mampu melahirkan masyarakat yang peka akan individu lain. Tambahan itu, melihat kepada permasalahan masa kini timbul apabila masyarakat tidak menghargai jasa orang lain. Jadi wujud pelbagai pertelingkahan yang mampu merosakkan individu tersebut sendiri.

Justeru, penulis merasa terpenggil untuk menyeru kepada masyarakat agar mengucapkan ucapan "TERIMA KASIH" walaupun di Malaysia wujud masayarakat yang majmuk dan pelbagai bahasa.

Blog yang ingin ditag:

1. memangbetul.blogspot.com
2.inasalina.blogspot.com
3.bijakbelajar-izzah.blogspot

No comments: