Friday 30 October 2009

Politik di kalangan umat

Oleh Prof. Wan Mohd Nor. Wan Daud ( mantan Timbalan Pengarah ISTAC, kini Felo Penyelidik Utama ATMA, UKM)


Para penguasa bersama anbiya di syurga Tuhan,

Jika amanah dipikul bersuluh Tanzil memancar keadilan,

Jika amanah dikhianati, kerana terpukau kilau Firauni

Merekalah paling tersisih dari-Nya, terdinding wangi Firdausi


Aristotle menulis politik sesungguhnya cabang etika,

Faylasuf Awwal bijak mengatur benda dan perkara,

Kini, semua negara dihormati dunia, mengamalnya

Penguasa mereka dipayungi etika, persetujuan bersama

Etika dibincang berkurun lama, diperkuduskan mereka.


Umatku di mana-mana, telah mengetepi Lampu Ilahi,

Cuba menjejaki Eropah yang telah lama menjajahi

Memilih bentuk moden, semangat diri kuno lagi

Diri kuno yang tidak terkena Suluh Muhammadi.


Eropah menjadi moden kerana semangat dirinya bertukar

Ditolak anasir sihir dan agama mencengkam jasad dan akal

Setelah bertemu umat Mustafa di Quds, Sicily, Granada

Lilin akli diganti sumbu dan digilap cerminnya

Melihat kembali khazanah Yunani, lama dikecam Gereja

Lilin baru menerangi Paris, Bologna dan seluruh benua.


Lilin Eropah diperbesarkan sumbunya ke Tanah India Merah

Bagai pendekar, Dunia Baru itu membuka langkah

Quincy, Adams, Jefferson menyelam ke dalam Sejarah.

Mendalami khazanah sendiri, merangka ke depan jauh

Politik Baru terpancar dari etika rumusan para penubuh

Kelemahan dalam diri, diperbaiki, diselesai segala mushkil

Benarlah sabda Nabi, Tuhan restui Kerajaan kafir jika adil.


Malu Nabi melihat pengikut Sunnahnya

Mereka mengkaji Lampu Nabi dan Khalifah kita

Meminda mengikut keperluan bangsa dan sejarah mereka:

Berani menghukum Presiden berdusta pada bangsa

Tidak malu mengganti Menteri yang menyalahguna kuasa

Perbezaan politik hanyalah pelbagai cara mencapai cita

Cita tidak berbeza – kemajuan bangsa paling berkuasa

Menyebar citra ke segenap ceruk bumi dan hati manusia.


Kerangka mereka tidak berubah, siapapun memerintah

Setelah dua kurun, Roma Baru bangun dari Tanah India Merah.


II


Saudara, politik wasilah penting menguasai umat

Memecah masalah hidup bermasyrakat

Menggenggam erat Syariat Mustafa penuh hikmat

Menjulang umat terbilang bila hati-budi diikat sepakat.


Sayang, perbezaan kaedah mencapai maslahah

Diperunggulkan tinggi bagai ghayah tak berubah

Umat berpecah-belah dari masjid ke sekolah

Keluarga, suami isteri, saudara mara bertelagah

Yang jelas berfaedah dunia-akhirat tiada diendah

Hati mengisi marah, akal sentiasa mencari salah.


Walau bangsa sendiri bangga mengisi kerusi

Kita tersungkur di medan pendidikan, ekonomi

Walau kini hati galak gembira menang bersabung

Anak-cucu derita kehilangan maruah dan kampong


Politik umatku di mana-mana

Diperkudus tinggi menyamai agama;

Penguasa menentu hukum dan etika

Senang saja menegur alim ulama, sesiapa saja:

Tanpa dibeza puyuh dan helang, antara mereka

Tanpa mengira siapa sebenarnya berdosa.


Ketika kuasa mahu digenggami

Bakal pemimpin mudah dicari

Senyum murah diberi, kelihatan ikhlas sekali

Berbaik dengan ulama, cendekiawan di sana sini

Bersedia diteguri, marah dikekangi.

Tapi bila kuasa tergenggam erat,

Belang lama disimpan, kini jelas terlihat.

Akan menerkam siapa yang menghalang jalan

Walau dalam diam dan senyuman

Walau hadir di depan atau ketiadaan

Pasti hendaknya dilaksanakan.


Ilmuan akan dikecam jika berani melantangi suara

Akan dianggap tawaduk jika muka tunduk sentiasa

Akan dikira berjasa jika selalu berbicara:-

Tentang pencapaian sekelumit tuannya

Tentang pemikirannya walau sehelai dua

Tentang arkanul Islam tahap remaja

Tentang kesilapan kekuman rakyat jelata

Tentang kelemahan musuh ketuanya.


Pesan Mustafa ulamalah pewarisnya

Bukan yang berlilit kepala dan berjubah saja

Kini secara amali diganti semua penguasa

Ulama, sarjana mentafsir segala laku dan kata.


Universiti berebut mengalung ijazah tertinggi

Ibn Ubayy disanjung dan dinobat ahli ajaran Nabi.

Orang Eropah tersenyum sesama sendiri penuh arti

Islam tidak perlu dimusuhi seperti dulu lagi:

“Sumbu dan cermin Lampu Muhammadi diganti

Ciptaan kitalah kini menerangi

Semua lembaga pengajian tinggi dari Brunei ke Turki

Mereka menghantar ke sini bakal ulama dan ilmuan

Dengan bayaran tinggi kita tentukan

Rela menutup lembaga ulong tempatan

Kerana perbalahan lama dan dendam tersimpan.”

Bila Lampu bersumbu baru, zaitun diganti benzin

Sinarnya samara, asapnya mual, Lampu agung diganti lilin

Muhammad, Ghazzali, Raniri, Attas dianggap kuno, ketinggalan

Ataturk, Taha Huesin, Hanfi, Arkoun disangka penyuluh jalan.


Sukar mendapat pemimpin rakyat rajin beribadat

dan bisa mengurus mesyuarat mengawal peta pendapat

Yang keruh dijernihkan, yang samar diterangkan

Yang kusut dileraikan, yang salah dihukumkan.


Bila permata siyasi ini terjumpa, dan kilauannya menyeri

Kita cepat mencari helah menutupi kilaunya kerana iri:

Permata itu bukan datang dari lombong sendiri

Tapi dari lombong jiran, sekian lama tidak disenangi.


Rela bertuankan cucu Iblis asalkan berjemaah sama

Mengikis habis pengaruh semua dari jemaah berbeza

Walau cukai mereka dinikmati, tidak berhak dihormati

Kononnya itulah pilihan rakyat, walau kemenangan diragui.


Allah melarang kita memaksa dalam agama

Walau terdapat golongan bertuhan dua dan beberapa.


Tuhan Yang Esa Maha Tahu kebenaran agama-Nya

Tidak terkurang nilai itu walau insan tidak bersetuju

Tidak hilang bisa ular, walau menyusur di bawah kayu

Kenapa perbezaan politik dianggap lebih berbahaya?

Apakah tidak yakin akan kebenaran pegangannya?


Sudah tiba masanya pemimpin umat bangun semula

Mengibar gagah panji-panji Nabi dan pewarisnya.

Saturday 24 October 2009

IBN SINA

Biography

His full name was Hussain ibn Abdullah ibn Hassan ibn Ali ibn Sina and commonly known in English by his Latinized name Avicenna. He was born is Afshana, near Bukhara around 980 to a Persian family. His father, Abdullah, was a respected Ismaili scholar from Balkh, an important town of the Persian Empire. His mother was name Setareh. His father was at the time of his son’s birth the governor in one of the Samanid Nuh ibn Mansur’s estates. He had his sin very carefully educated at Bukhara. Ibn Sina died in June 1037, in his fifty-eighth year, and was buried in Hamedan, Iran.

Main interests

Ibn Sina (Avicenna) (980-1037) is one of the foremost philosophers of the golden age of Islamic tradition that also includes al-Farabi and Ibn Rush. He also was a foremost physician, philosopher, astronomer, chemist, geologist, logician, paleontologist, , mathematician, physicist, poet, psychologist, scientist, and teacher.

He is also known as al-Sheikh al-Rais (Leader among the wise men) a title that was given to him by his students. In the west he is also known as the “Prince of Physicians” for his famous medical text al-Qanun “Canon”.

Ibn Sina’s independent thought was served by an extraordinary intelligence and memory, which allowed him to overtake his teachers at the age of fourteen. As he said in his autobiography, there was nothing that he has not learned when he reached eighteen.

Ibn Sina put under the change of a tutor, and his precocity soon made him the marvel of his neighbours : he displayed exceptional intellectual behavior and was a child prodigy who had memorized the Qu’ran by the age of 10 (10 or 7 / it says 7 in the theology section below) and a great deal of Persian poetry as well.. He learned Indian arithmetic from an Indian greengrocer, he began to learn more from a wandering scholar who gained a livelihood by curing the sick and teaching the young. He also studied Fiqh (Islamic jurisprudence) under the Hanafi scholar Ismail al-Zahid.

Thursday 22 October 2009

HAMKA PERMATA NUSANTARA



Nama sebenar HAMKA adalah Haji Abdul Malik bin As-Syeikh Karim bin As-Syeikh Muhammad Amrullah. HAMKA dilahirkan pada 13 Muharram 1362H bersamaan 16 Februari 1908, di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Minangkabau, Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 pada usia 73 Tahun di Jakarta. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, serta seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam yang tersohor.

Keperibadian HAMKA diwarisi daripada As-Syeikh Karim bin As-Syeikh Muhammad Amrullah. Bapa beliau merupakan seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau. Hamka merupakan seorang manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan petah berpidato sehinggakan beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rencana radio Arab Saudi.

Selain itu, Hamka juga mempunyai bakat penulisan dan berjiwa seni. Ini terbukti melalui gaya bahasa dalam penghasilan karya agungnya yang indah dan sering diselitkan rangkap-rangkap pantun dan syair dalam penulisannya

Tambahan itu, beliau merupakan seorang yang BERANI menegakkan kebenaran semasa revolusi penjajahan Belanda di Sumatera, beliau telah mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang Belanda.

Melihat kepada PENDIDIKAN HAMKA telah dididik untuk mempelajari Al-Quran dan asas -asas agama daripada bapanya sendiri. Setelah itu, beliau telah mendapat pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang dan di sekolah agama Attawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri. Beliau juga mengikuti pengajaran di masjid dan di surau yang disampaikan oleh ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur dan Kiyai Bagus Hadi Kosuma iaitu ulama terkenal Indonesia. Beliau juga amat suka menghabiskan masa lapang di perpustakaan untuk membaca buku-buku falsafah, kesusasteraan, sejarah dan politik.

Selain itu, beliau juga menggunakan kemahiran bahasa Arabnya untuk menyelidik karya-karya sarjana timur tengah seperti Jurji Zaidan, Abas Mahmud Al-Aqod dan Mustofa Almanfaluti serta karya sarjana barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Carl Marx dan Arnold Tonybee. Melalui pembacaan itu juga, ini telah menjadikan Hamka gigih dalam mengembangkan dakwah Islamiah Di Nusantara.

Sebenarnya Hamka bukanlah seorang insan biasa tetapi dianugerahkan oleh Allah SWT kepada ummah serata alam. Ini kerana, ketika Hamka berumur 17 tahun lagi, beliau telah berdakwah dengan menerbitkan majalah Khatibul Ummah. Tambahan itu, semasa berada di Mekah pada 1927M, beliau telah menubuhkan sebuah persatuan Hindia Timur yang bertujuan untuk memberi pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia. Setelah itu, Hamka juga melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang. Beliau juga pada tahun 1935M, Hamka telah mengasaskan Kolej Al-Muballighin. Setahun kemudian juga, beliau menerbitkan majalah Pedoman bagi memberi kefahaman kepada masyarakat Islam pada masa itu dan semenjak itu beliau telah menerbitkan majalah berunsurkan dakwah seperti Menara, Merdeka, Pemandangan, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Pada tahun 1953M, Hamka dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiah.

Sumbangan Hamka Dalam bidang Ilmu Dan Pemikiran terlalu banyak untuk diperkatakan. Antaranya, Hamka membawa pembaharuan kepada umat Islam dengan karya-karya agama, kesusasteraan dan falsafah yang menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam. Selain itu, Hamka merupakan penerus idea Islah yang dibawa oleh Syed Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

Beliau juga menggunakan akhbar dan majalah untuk mengajak umat Islam mengkaji sebahagian kefahaman yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Karya beliau seperti Tafsir A-Azhar telah membuka minda masyarakat Indonesia malah masyarakat antarabangsa amnya.

Untuk menghargai ketokohannya telah membawa kepada penerimaan pelbagai anugerah seperti Doktor Kehormat dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamka juga tidak menghadkan penulisan dalam soal agama sahaja malah falsafah dan sastera. Hasil-Hasil Karya Hamka antaranya:

Dalam bidang agama

• Tafsir Al-Azhar
• Tasawuf Moden
• Panduan Mubaligh Islam
• Sejarah Umat Islam
• Revolusi Agama

Dalam bidang falsafah

• Falsafah Hidup
• Lembaga Hidup
• Fasafah Ideologi Islam
• Pandangan Hidup Muslim
• Ekspensi Ideologi

Dalam bidang sastera

• Tenggelamnya kapal Van Der Wijck
• Dibawah Lindungan Kaabah
• Laila Majnun
• Mandi Cahaya di Tanah Suci
• Menunggu Beduk Berbunyi
• Arkan Islam

Untuk menyorot perjuangan Hamka, beliau juga mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk meyekat kemaraan Belanda di Indonesia. Selain itu, beliau menganggotai Pertubuhan Muhammadiah dan menentang khurafat, bid’ah, dan tarikat kebatinan yang sesat. Hasilnya, beliau menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah bagi membendung gejala tersebut.

Hamka menggunakan penulisan dan pidato untuk meyebarkan ajaran Islam yang sebenar dan dengan menggunakan dua medium tersebut, beliau telah mengkritik kepincangan pentadbiran kerajaaan Indonesia dan ini telah menyebabkannya dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Beliau pernah dipenjarakan bersama-sama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI). Namun, beliau menganggap perkara tersebut ada ujian yang menguji ketabahan dan mematangkan pemikirannya.

Penulis ialah Nor Hafiz Razali, pelajar Tahun Akhir Diploma Pengurusan Pentabdiran Unisel dan sedang melakukan Latihan Industri di Pejabat Mara Daerah Jelebu Negeri Sembilan dan terima kasih kepada adik Muizzah atas maklumnat Hamka di blog beliau.

Saturday 10 October 2009

Hidup Baru

Apa yang ingin disampaikan, hanyalah untuk berpesan pada yang lain adalah sebagai iktibar dari cerita dan pengalaman aku. Sebelum ini, mungkin kerana terikut budaya semasa aku telah berjaya dihanyut oleh dunia kini. Aku terlalu dibuai akan mengejar cinta manusia dengan aku terleka dalam mengejar cinta yang hakiki. Dulu aku tidak terfikir apakah hubungan yang intim sebelum bernikah yang berasaskan maksiat dapat menjadikan rumah tangga yang akan dibina suatu masa kelak akan bahagia. Aku banyak mengisafi diri setelah berjumpa dengan kakak angkat aku. Tidak perlulah aku sebut nama nya. Cukuplah sekadar aku mengambil iktibar dari nasihat beliau. Pada suatu hari aku tersentap bila aku meminta nasihat daripadanya yang mana dia berkata bahawa daku amat beruntung kerana tidak mempunyai pasangan di usia muda ini serta beliau pernah menasihatkan daku bahawa usah risau jika belum berpunya, bukan kerana tidak cukup fizikal untuk tidak dimiliki sesiapa semata-mata sahaja tetapi beliau membawa aku cuba menelusuri yang mana cinta sebelum bernikah hanya menjerumuskan diri ke lembah dosa dan hina. Andaikan mampu hubungan itu mungkin bertahan hingga ke jinjang pelamin sekalipun, tetapi bahawa rumah tangga itu tidak berkat, yang mana sekiranya asas yang dibina daripada dosa dan maksiat , mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat malah rumah tangga akan menjadi semakin tawar dan hambar. Ini semuanya telah dirasa dan terbiasa apabila segala nikmat yang seharusnya dikecapi pada waktu bernikah telah dirasai semasa usia bercinta telah diketahui. Setelah itu aku amat bersyukur diberi petunjuk oleh Allah SWT dan aku merasa suatu kenikmatan hidup dan merasa tenang yang amat sangat yang aku tidak pernah aku kecapi sebelum ini ini kerana tidak perlu merasa risau apabila tidak berpunya kerana mungkin Allah ingin memberi ketenangan untuk terus melangkah mencapai cita-cita dan tidak perlu merasa peningkan kepala dengan pelbagai persoalan yang remeh temeh yang tidak sepatutnya menganggu fikiran. Andai sudah tiba masa itu, Allah sebenarnya cuba menguji iman kita kepadaNya.Beliau juga berkata memiliki seseorang isteri solehah ibarat memliki dunia dan seisinya, sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran, dan ingat bahawa jangan mudah untuk berputus asa serta ingat urusan jodoh tidak ke mana ini kerana semua nya sudah tercatit seungkap nama di Loh Mahfuz untuk setiap individu di dunia serta ini adalah urusan yang pasti. Selain itu, beliau juga berkata bahawa untuk mendapatkan nya pula samaada secara mulia atau sebaliknya.Wallahualam.Andaikan entry ini menyakitkan sesiapa aku memohon maaf kerana semua kesalahan datang dari aku, yang baik datangnya dari Allah SWT.

Saturday 3 October 2009

PELAKSANAAN DEMOKRASI SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

Dewasa ini, bagi menjayakan sistem demokrasi dalam sebuah negara memerlukan penyertaan rakyat baik secara langsung ataupun tidak langsung. Kuasa rakyat dijadikan kayu ukur yang asas dalam menjayakan arah dan corak pemerintahan sebuah negara itu.


Semasa zaman pemerintahan kota Greek dan Rom, rakyat lelaki telah dewasa akan mengadakan perhimpunan sekerap mungkin untuk berbincang atau berdebat mengenai urusan dan pentadbiran kerajaan mereka. Rakyat sendiri datang dan menyatakan pendapat mereka mengenai undang-undang, cukai yang secara langsung mengambil bahagian dalam urusan-urusan negara sistem ini dipanggil dengan nama demokrasi langsung atau demokrasi tulin. Sistem ini jarang didapati sekarang kecuali di negara-negara yang terlalu kecil. Di Switzerland, sistem ini dipanggil dengan nama landsgemeinde atau perundangan rakyat. Dalam sistem ini rakyat akan berhimpun pada hari Ahad bulan April atau Mei bagi membahaskan undang-undang yang baru, belanjawan negara dan juga pemilihan pemimpin-pemimpin. Sistem demokrasi tulin jarang didapati sekarang ini kerana agak mustahil bagi sebuah negara untuk menghimpun seluruh rakyatnya dalam satu persidangan dan membahaskan urusan-urusan negara. Kita dapat bayangkan perhimpunan seluruh rakyat di sebuah stadium atau di tanah lapang di mana seluruh rakyat diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan. Sedangkan di landsgemeinde sekalipun perbahasan yang melibatkan rakyat secara langsung dibuat di peringkat Canton atau daerah. Memang tidak dapat dinafikan (sekurang-kurang pada teorinya) bahawa demokrasi secara langsung atau demokrasi tulin ini merupakan kaedahyang baik kerana penglibatan rakyat secara langsung dalam menentukan dasar negara. Selepas Perang Dunia Pertama, sistem ini dilaksanakan di negara-negara sperti Jerman, Estonia,Ireland, Rusia dan sesetengah negeri di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, dalam situasi yang semakin kompleks seperti yang terdapat sekarang ini, sistem ini didapati kurang berkesan terutamanya dari segi pelaksanaan. Oleh itu, kerajaan Ireland terpaksa mengakhiri sistem ini pada tahun 1928. Di Jerman pula, perlembagaan ini telah ditamatkan oleh Hitler. Sistem yang sama tidak dilaksanakan di Amerika Syarikat kecuali di beberapa negeri dalam negara itu.
Oleh sebab demokrasi secara langsung ini didapati semakin sukar untuk dilaksanakan, maka demokrasi tidak langsung atau lebih dikenal dengan nama demokrasi perwakilan merupakan cara yang banyak dilaksanakan kebanyakan negara yang mengekalkan sistem demokrasi. Dalam sistem ini rakyat akan memilih wakil-wakil untuk menjalankan tugas bagi pihak rakyat. Suara dan kehendak rakyat akan disalurkan melalui wakil rakyat untuk dibincang dengan pihak pembuat dasar. Oleh itu, hak rakyat ialah untuk memilih siapakah yang sebenarnya layak untuk mewakili mereka.


Wakil rakyat adalah terpilih mengikut penggal dan setiap satu penggal adalah antara satu hingga lima tahun. Pada penghujung penggal, setiap wakil rakyat akan “dinilai” dan “diadili” oleh rakyat sendiri sama ada mereka patut dipilh semula atau tidak.


Sistem di atas didapati lebih sesuai dan berkesan kerana ianya menjamin kebebasan politik dan menentukan pertalian yang rapat di antara pemerintah dan orang yang diperintah. Namun demikian wakil rakyat sering menghadapi masalah kerana desakan dari pengundi-pengundi, kadang-kala merupakan perkara-perkara yang sukar dilaksanakan terutamanya sekali apabila ianya menyentuh seperti mengadakan rumah murah, membuka tanah, mengadakan lesen berniaga selalunya terpaksa dilakukan melalui pelbagai proses. Adakalanya wakil rakyat pula mengambil kesempatan dengan menggunakan kuasa yang diberikan kepada pihak yang mempunyai kepentingan diri sendiri. Dengan kata lain, kebebasan politik yang disalahgunakan akan mencacatkan sistem demokrasi yang diperjuangkan oleh setiap rakyat.