Tuesday 31 August 2010

Tranformasi Personaliti Melengkapkan Kehidupan

Setiap apa yang kita lakukan dalam hidup kadang-kadang, kita akan terjerat dengan dunia, mampukah kita menjauhikan dengan menggunakan personaliti, jawapan ialah boleh. Ini kerana, personaliti Islam yang kita peroleh daripada hidayah dan inayah Allah mampu menjadikan diri ini untuk sentiasa mengingati setiap perbuatan yang kita lakukan dan juga perlu didasari dengan iman dan yang paling penting adalah melakukan setiap apa yang dilakukkan adalah untuk kerja-kerja Islam.

Personaliti setiap individu selalu dikaitkan dengan didikan, persekitaran dan pergaulan. Pesonaliti seorang Islam yang sebenarnya bukan dilafazkan di dalam hati tapi perlu dipaparkan dalam kehidupan sehariannya dan bukan berada di dalam masjid kita menjadi baik atau alim tapi setiap apa yang dilakukan perlu diingati bahawa Allah sentiasa berada dekat dengan kehidupan kita.

Justeru, penulis lebih suka meninggalkan persoalan yang mana adakah kita mempunyai personaliti dalam kehidupan ini sebagai Islam, sekiranya tidak agak rugi hidup ini ditipu oleh kehidupan dunia dan yang paling pasti hidup kita bukan di sini tapi akhirat..

Saturday 8 May 2010

Akhirnya ku temui jalanku sendiri?

Sejak kebelakangan susah yang amat untuk menghantar ke dalam blog ini atas alasan tidak tahu hendak menulis apa yang seharusnya ingin dihantar. Justeru bagi membuat mengelakkan kejadian yang membuat input yang dihantar menimbulkan perkara yang tidak relevan dan mengarut.

Sejak kebelakangan ini juga saya mengalami pelbagai perkara yang sedikiit sebanyak memerlukan banyak masa untuk berfikir. Seringkali perkara-perkara yan difikir ini membuat kepala ini senak dan serabut. Tetapi apabila diambil hikmah atas semua ini, saya dapat merumuskan yang mana ketepatan dan situasi semasa amat penting kerana semua ini memainkan peranan, serta tempat yang sepatutnya apabila terjadi perkara ini adalah kembali kepada Allah s.w.t.

Mengikut pengalaman saya sendiri, saya boleh dikatakan mempunyai kenalan yang boleh dikatakan ramai tetapi semua itu tidak menjadikan orang lain itu dapat membantu, itulah setiap kejadian yang dirancangkan tidak semua menjadi, dan apabila kita ditimpa ujian yang agak berat kita perlu mempersediakan diri untuk mengahadapinya serta memohon pertolongan dariNYA. Jangan kita bersikap meminta pertolongan dariNya apabila memghadapi musibah dan kesusahan. Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya seharusnya sentiasa beribadah kepadaNya sentiasa tidak kira waktu senang mahupun usah. Selamat Beramal.

Thursday 18 March 2010

Menangislah Wahai Manusia


Manusia menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.
  
Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
  
1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2.   Menangis kerana rasa takut.
3.   Menangis kerana cinta.
4.   Menangis kerana gembira.
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Penulis ialah saudara Nor Hafiz bin Razali, merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri sedang menuntut di Tahun Pertama di Universiti Industri Selangor.

Monday 1 March 2010

GST Di Manakah Kewajarannya?

Shah Alam, 24, Feb – Bertempat di Dewan MBSA telah berlangsung suatu forum yang bernama “Forum Awan Implikasi GST Kepada Rakyat”. Forum ini bermula pada jam 8 malam yang mana forum ini diwakili beberapa orang tokoh politik dan pakar ekonomi seperti Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.B. Tuan Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Tuan Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Encik Rafizi Ramli, Pegawai Ekonomi SUK Negeri Selangor dan moderator dipimpin oleh Y.b Nik Nazmi, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Selangor.

Mengikut pendirian kerajaan Negeri Selangor menentang pelaksanaan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan cukai GST. Untuk makluman, cukai GST adalah singkatan kepada Goods & Service Tax atau Cukai Barangan dan PDescription: Justify Fullerkhidmatan adalah cukai baru yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Pusat.

Ini kerana menurut beberapa pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat ini kerana GST merupakan sistem cukai yang membebankan rakyat tidak kira mengenal kedudukan ekonomi dan pendapatan rakyat, semua rakyat akan dikenakan cukai bagi setiap pembelian yang dikenakan cukai.Malah hampir semua pembelian dikenakan cukai, kecuali beberapa kumpulan kecil barangan dan perkhidmatan yang telah dikenal pasti.

Lantaran itu juga, GST ini juga adalah suatu cukai pelbagai peringkat. Ini bermakna pengguna seperti anda akan menanggung cukai kerana sebarang urus niaga oleh peniaga yang menyediakan perkhidmatan atau penggilang barangan boleh mendapat tuntutan rebat dari kerajaan.

Selain itu, GST ini juga akan menurut pimpinan PR juga menyatakan bahawa mengakikbatkan suatu fenomena kenaikan harga barang naik secara automatic kerana setiap pembelian akan dikenakan cukai. Kenaikan harga ini akan mengakibatkan inflasi.

Sebagai contoh pembelian yang akan dikenakan cukai selepas pengenalan GST – gunting rambut, baju dan kasut sekolah, servis kereta, biskut, baiki rumah, bil elektrik dan air (selepas had pengecualian minima). Namun, terdapat beberapa barangan makanan asas, tiket pengangkutan, pembelian ubat dan beberapa kumpulan barangan lain yang diberikan pelepasan.
  
Oleh demikian, kerajaan PR merasa GST tidak wajar dilaksanakan dan menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan GST atas beberapa alasan seperti sepatutnya kerajaan Barisan Nasional untuk mengemaskini kutipan cukai tidak langsung, mengenal pasti isu urus tadbir yang buruk, ketirisan dan perbelanjaan boros sehingga pendapatan melalui cukai pendapatan peribadi dan syarikat tidak banyak berubah. GST menjadi jalan pintas untuk menyelesaikan defisit kerana hanya mampu menutup sementara lubang deficit tanpa menyelesaikan isu akar ekonomi ( rasuah, sumber manusia, system pendidikan, dan lain-lain)

 Berita ini dilaporkan oleh saudara Nor Hafiz Razali dan merupakan penuntut di Tahun 1 di bawah Program Bachelor Psikologi Industri di Universiti Industri Selangor.


Wednesday 24 February 2010

Perpaduan Ummah Lambang Kecintaan Kita Kepada Rasulullah

PERPADUAN UMMAH LAMBANG KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH

Umati!Umati!Umati! Merupakan ungkapan yang keluar dari mulut junjungan kita besar iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana satu luahan bertapa Baginda terlalu mengasihi kita yang mana umat akhir zaman dekat di hatiNya.

Dewasa ini, pelbagai tafsiran dan pemahaman bahawa menyambut kelahiran Baginda S.A.W merupakan suatu perkara yang dianggap sesuatu yang dianggap bahawa merupakan suatu amalan yang bidaah yang tidak disambut oleh Baginda dan para sahabat. Dewasa kini, rata-rata umat Islam kini dibebani oleh suatu pemikiran yang dibenihi dengan unsur perpecahan dan pertelangkahan oleh suatu keputusan yang bersifat remeh temeh dan tidak berlapang dada.


Kebelakangan ini, kelahiran pemikiran-pemikiran yang jelas membahayakan fikiran umat Islam yang mana kebanyakkan mereka ini hanya bersandarkan kepada penafsiran-penafsiran yang hanya bersandarkan kepada beberapa sumber dan ada yang menolak untuk menenerima sumber seperti contoh al-Hadis dan hanya menerima al-Quran. Rasulullah sendiri pernah berkata yang mana “Selagi mana umatku berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, nescaya itu umatku tidak akan sesat. Oleh itu, marilah kita menghayati kembali pernghayatan yang bersifat terbuka dan kembalilah kepada penghayatan dan pemahaman Islam yang sebenar dan digabungjalinkan kesemua sumber-sumber yang mampu memperkasakan UMAT ISLAM yang jelas banyak ketinggalan dalam perbagai jurus bidang.dan sentiasa dibebani oleh isu-isu yang hanya mana memecahkan belahkan perpaduan serta kemajuan tamadun Islam itu sendiri.

Seluas mata memandang, umat Islam juga perlu beringat yang mana setiap tahun dan masa dan ketika, umat Islam semakin hari semakin hari dibebani oleh suatu hal yang mana menghapuskan pepaduan dengan tangan-tangan mereka sendiri, Tambahan itu, ada waktu benih-benih perpaduan itu kelihatan sudah tidak ada dalam diri. Dengan suatu tanggunjawab yang berat, kita UMAT ISLAM perlu sedar bahawa penyemaian benih-benih perpaduan perlu wujud dan mencari formula dan diagnosis penting di mana silapnya.

Oleh itu, kita haruslah mencari pendekatan yang mana perlu berfikiran yang bahawa untuk mengelakkan buruk sangka. Ini jelas umat Islam sentiasa dibayangi suatu perasaan yang buruk sangka kepada sesama Islam. Sekiranya tidak ditangani nescaya tidak akan wujud perpaduan dan perlu dikawal wabak ini kepada masyarakat Islam umum khususnya.

Demikian itu, seharusnya perlu UMAT ISLAM ini untuk siap sedia dalam perkongsian pendapat. Sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam apa jua situasi. Tidak semua apa yang kita fikirkan itu betul dan bernas, sesekali kita juga perlu menerima nasihat,pendapat, dan teguran dari mereka yang berada di lapangan pelbagai bidang yang mana mungkin akan menghasilkan suatu umat ISLAM yang mampu berdaya saing dengan bangsa lain.

 Justeru, kembalilah kita menyoroti zaman yang mana pentingnya kita kembali menghayati perjuangan Rasulullah yang berjaya menyatukan hati-hati dua suku bangsa Arab yang bersifat assabiyah kepada ummah yang berjaya menjadi sebuah kerajaaan Madinah yang berjaya. Wallahualam.

 Penulis merupakan pelajar jurusan Bachelor Psikologi Industri.


Sunday 17 January 2010

Afghanistan Bumi Berdarah 1

Pada penulisan kali ini, penulis ingin menulis perihal sebuah negara yang kini sedang bergolak dengan perang iaitu Afghanistan. Untuk mengetahui apa yang terjadi dewasa kini, kita perlu mengimbau sejarah lampau Afghanistan itu sendiri.

Afghanistan untuk pengetahuan umum merupakan sebuah negara yang cantik dan memiliki bumi yang indah. Negara Russia terletak di sebelah utara, China di sebelah Barat Laut sedang Pakistan menghala ke Selatan dan Iran menghala ke Timurnya. Pada zaman dahulu Afghanistan dan sering bertukar sempadan dan perbatasan negerinya. Afghanistan yang lama telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Takharistan, Zabal, Ghaur da Seistan. Sejarah peradaban dan tamadun Afghanistan adalah sangat tua. Dari sejak zaman berzaman lagi negara yang indah inni telah menjadi sasaran dari berbagai arah termasuklah dari orang-orang Iran sendiri, Greek, Turki, dan Monggol. Alexender The Great telah menjajah negara ini buat kali keempatnya. Selepas itu, Afghanistan telah diperintah sendiri oleh Bakhtar di bawah undang-undangnya selama 200 tahun. Pengaruh agama Buddha juga pernah bertapak dengan kukuh di sini buat pertama kalinya. Afghanistan telah menjadi sebuah negara Islam semasa Hadrat Umar berkuasa. Dari semenjak 7 abad selepas itu Islam yang paling berpengaruh di Afghanistan.

Penulis akan menyambung kembali penulisan pada masa akan datang. Wallahualam.