Tuesday 24 November 2009

Seminar Sehari & Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Tarikh: Ahad, 13 Disember, 2009
Masa: 8:15am - 11:15pm
Tempat: Institut Integriti Malaysia, Jalan Duta

PENDAHULUAN

Dalam menghadapi kegentingan masalah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang dewasa ini, satu usaha yang terencana dan teliti bagi merungkai masalah tersebut amat diperlukan. Oleh sebab itu, segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan unsur-unsur penting yang membentuk alam pemikiran mereka. Bertitik tolak dari kesedaran tentang pentingnya usaha tersebut satu seminar sehari pengukuhan Pandangan Alam Islam akan dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia.


OBJEKTIF

1. Menekankan keutamaan Pandangan Alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam.
2. Memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.
3. Menghuraikan unsur-unsur penting dalam Pandangan Alam Islam.


PENGANJUR

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Dengan kerjasama,
Institut Integriti Malaysia (IIM)



PESERTA

Sasaran penyertaan sebanyak 200 orang (bagi Seminar) dan 500 orang (bagi Syarahan Perdana) daripada kalangan ahli akademik, ahli profesional, pelajar dan orang awam.


YURAN

Yuran Seminar dan Syarahan Perdana:
Organisasi : RM100 seorang (kumpulan 5 orang)
Individu : RM150
Pelajar : RM20

Yuran untuk Syarahan Perdana sahaja:
Individu : RM50
Pelajar : RM10


TENTATIF PROGRAM

9.00 – 10.30 pagi Perasmian oleh Tetamu Kehormat

Ucap Utama oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, UKM
Tajuk: Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini: Cabaran dan Harapan


11.00 – 1.00 ptg Sidang Pertama

Pembentang:

1. Dr. Mohd Zaidi Ismail, IKIM
Tajuk: Faham Ilmu Dalam Islam: Satu Pengenalan Ringkas

2. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAM
Tajuk: Makna dan Matlamat Agama dalam Islam


2.00 – 3.30 ptg Sidang Kedua

Pembentang:

1. Dr. Mohd Sani Badron, IKIM
Tajuk: Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam

2. Dr. Adi Setia Mohd Dom, UIAM
Tajuk: Islam dan Falsafah Sains



3.45 - 5.30 ptg Sidang Tiga

Pembentang:

1. Dr. Ahmad Bazli Shafie, UMT
Tajuk: Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan

2. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, IKIM
Tajuk: Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan



5.30 - 8.30 Rehat




9.00 – 11.00 mlm Syarahan Perdana ( Dalam Bahasa Inggeris/In English)

Oleh: Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas

Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor dan mendapat pendidikan awal di Sukabumi dan Johor Bahru. Kemudian beliau menuntut di Royal Militrary Academic, Sandhurst, England sebelum pergi ke Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat M.A. dari McGill University, Montreal dan Ph.D dari University of London dalam bidang teologi dan metafizik Islam.

Beliau menjadi salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia apabila Universiti itu ditubuhkan. Di situ beliau memegang pelbagai jawatan selain daripada jawatan-jawatan di Universiti Malaya dan di universiti-universiti lain di luar Negara sebagai profesor pelawat.

Professor Muhammad Naquib mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik dan beliau telah menulis lebih daripada dua puluh judul buku dalam bidang falsafah, metafizik, sejarah, kesusasteraan, seni, pendidikan dan peradaban. Banyak hasil tulisanna diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Sebagai cendekiawan Islam beliau telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap pengislaman ilmu dan juga pendidikan Islam. Dalam ABIM, beliau menjadi orang yang bertanggungjawab mengasaskan landasan dan hala tuju intelektualnya. Melalui siri ceramah dan diskusi ilmu. Beliaulah orang yang mengilhamkan logo ABIM dan mencetuskan idea penerbitan dan penamaan Risalah ABIM. Sekarang Profesor Muhammad Naquib ialah pengarah ~ pengasas ISTAC.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mengadakan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al-Attas dan seminar mengenai Pandangan Alam Islam :Cabaran dalaman dan luaran. Pandangan Alam merupakan elemen yang penting dalam hidup kerana dengan itulah yang akan membentuk kerangka pemikiran sama ada baik atau buruk.

Justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar dan syarahan perdana ini, boleh terus menghubungi saudara Abdul Muntaqim Bin Zulkifli (019-8285019).



Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menghadiri Seminar Ini yang amat berguna untuk mengasah pemikiran kita bagi menambah pemahaman Islam pada masa kini dan isu-isu yang mengancam umat kini. Ini merupakan penampilan pertama Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas di syarahan ruangan awam sejak 6 tahun yang lepas.





No comments: