Wednesday 11 November 2009

Kempen 1 Bulan 1 Adab

Ada benarnya sindiran Bujang Lapok bertiga ini ya! Nama saja Melayu tapi tak beradab, begitulah sindiran pengawal keselamatan itu.

Apa maksudnya? Melayu amat sinonim dengan adab kesopanan dalam hidupnya. Bahkan kepemimpinan Melayu terdahulu menerapkan budaya itu hingga menjadikan ia satu amalan lazim masyarakat Malaysia.

Hinggalah Malaysia terkenal dengan adab kesopanannya sebagai satu budaya ketimuran yang amat dicemburui pelancong asing.

Hakikat hari ini bagaimana? Anda yang tentukan. Orang tua yang menegur adakala diherdik pula oleh yang ditegur. Pelajar yang salah sebab tak siap kerja sekolah, guru takut memarahinya kerana bimbang diterajang. Dan banyak lagi berita menyedihkan kita.Jadi, apa tindakan kita? Marilah sama-sama kita usahakan untuk selamatkan masa depan kita. Mulakan daripada yang kecil sebelum kita cuba ubah yang besar.

Nantikan poster-poster yang akan kami sediakan untuk anda beserta adab-adab yang perlu kita promosikan. Mari kita cipta gelombang perubahan hidup ke arah yang lebih baik!

PELANCARAN POSTER PERTAMA: 11 NOV 2009

No comments: