Thursday 19 November 2009

Terima Kasih Kepada Puan Norjiah Muslim

Assalamuaikumsalam, Hafiz saya sudah berada di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Nilai.Nanti saya akan masuk kiri kan. Jawab penulis, "erm ye miss nanti masuk kiri dan cari pentunjuk jalan ke Jelebu. Entah mengapa apabila berkata sudah berada di dalam kawasan Negeri Sembilan, penulis sudah merasa tidak tentu arah, ini kerana hari itu merupakan lawatan beliau bagi latihan industri malah beliau sendiri tidak pernah mengajar penulis dan beliau pula merupakan seorang pensyarah dalam kursus yang berlainan.

Setelah Puan Norjiah tiba di Pejabat Mara Jelebu yang mana merupakan tempat penulis melakukan latihan industri, penulis membawa beliau berjumpa dengan supervisor industri, Encik Hazry, setelah beliau berjumpa dengan Encik Hazry, beliau beralih kepada penulis dan bertanyakan soalan-soalan mengenai latihan indutri yang telah penulis pelajari malah beliau juga bertanyakan soalan-soalan yang mampu untuk dijawab oleh penulis. Selain itu,beliau merupakan seorang amat peramah dan amat mesra sekali orangnya, ini membuatkan penulis amat menyenangi beliau.

Selain itu, penulis mendapat nasihat yang amat berguna yang mana kita perlu kepada memegang prinsip sendiri dan ini merupakan pelajaran sesuatu yang baru daripada beliau yang amat berguna di masa hadapan. Ini kerana beliau menerangkan hala tuju kita adalah kepada ketentuan Illahi dan semua perancanganNya adalah yang terbaik. Tambahan itu, "apa yang kita perlu dalam hidup adalah berpegang kepada prinsip agar hidup kita tidak menyesal di kemudian hari, dan jangan mudah terpengaruh dengan orang lain kerana setiap individu diberi hak memilik dan serupa dengan pihak yang lain. Justeru, setiap keputusan kita perlu sentiasa berserah kepada-Nya agar keputusan itu adalah perbuatan yang menghala keredhaanNya.

Tetapi mengecewakan apabila manusia diberi hak untuk memilih tetapi mengikuti kemahuaan kawan-kawan. Oleh itu, kita sendiri tidak berlaku adil kepada diri sendiri dalam memilih jalan hidup kita. Apabila kita berpegang pada prinsip hidup dan berlandaskan kepada Sunnah dan Al Quran nescaya kita akan beroleh ketenangan hidup.

Di akhir lawatan, beliau telah mengajak penulis untuk makan bersama-sama dan amat berterima kasih atas keikhlasan beliau atas kesudian membelanja penulis makan dan segala kebaikan beliau mendapat timbangan di akhirat nanti. Wallahualam.

3 comments:

Healmie Zahari said...

Salam,
maksud sebenar entri ni agak samar2 kerana penceritaan agak tergantung. Tak tahu apa tujuan bertemu, siapa yg sebenarnya sampai jelebu, pengajaran cerita pun macm xjelas. Leh explainkan? huhu

Nor Hafiz said...

Wasalam,
erm memang penulisan ini hanya luahan apa yg terpendam dan xmau menceritakan semua nya dalam jalan cerita...begitulah.

Nor Hafiz said...

tetapi apabila teguran bro tadi memang ada benar nya...
bila baca macam ada tergantung..tq atas teguran..