Friday 24 July 2009

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : 'Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut'.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : 'Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh'.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :'Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh' .

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat di ikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : 'Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya' .

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: ' Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku'. 'Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku' . 'Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku'.


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: 'Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku'.


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.'


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
'Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. 'Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 'Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.' Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: 'Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.' Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. ' Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu.' Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: 'Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.' Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: 'Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.' Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:'Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.' Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS...W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: 'Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Sunday 19 July 2009

Owh Peperiksaan,,,,,,,

Menunggu 22hb Julai 2009, pada jam 9.oo pagi bertempat di Dewan Utama, aku menanti hari-hari untuk menjawab kertas soalan pertamaku untuk sem terakhirku di Unisel iaitu The Individuals and The Organizations atau untuk makluman yang lain disebut juga Organization Behaviour. Kertas peperiksaan ini sebenarnya subjek yang memerlukan persediaan membaca dan memahami fakta-fakta berkenaan cara-cara,etika serta budaya berorganisasi. Subjek ini diajar oleh Cik Ida Farina bt Yunus yang juga merupakan Ketua Program bagi Diploma Pengurusan Pentadbiran. Beliau sendiri sudah berpesan agar lebih banyak membaca dan menghayati dari menghafal. Apabila difahami dengan betul dan tepat, untuk menjawab kertas ini agak mudah serta merasa diri akan lebih senang untuk mengeluarkan idea dengan ayat kita sendiri. Lantaran itu, aku merasa diriku agak bersedia untuk menjawab dan juga aku sudah berada pada tahap optima untuk menghadapi peperiksaan pertama ku..Insyaallah.Aku juga di sini meminta maaf serta ampun kepada sesiapa yang telah ku lakukan kesilapan dan dihalalkan makan dan minum dari hujung rambut ke hujung kaki...

Thursday 16 July 2009

Peperiksaan Terakhir


Semester Mei 2009

Course Code Course Description
Place, Time, Date, Day
Credit Hours
1 AMIO243 THE INDIVIDUAL & THE ORGANISATION Main Hall, 9.00 am, 22 July 2009, Tuesday
3
2 AMOC243 OFFICE COMMUNICATION Main Hall. 9.00 am, 24 July 2009, Friday
3
Total Hour
6



Salam, musim peperiksaan 3/2008-09 ini merupakan peperiksaan aku yang terakhir di bumi Unisel yang mana aku bakal menamatkan kuliahku. Terasa amat fikiran ini terlalu ringan dan terasa lapang bila memikirkan. Lantaran itu, menjadi tanggungjawab ceh wah...(macam manifesto pulak huhuhu) kewajipanku untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan kali sebaik mungkin agar dapat menjadi platform untuk diriku untuk menyambung pengajian ku di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Aku sebenarnya agar teruja sebenarnya apabila berfikir mengenai untuk menyambung pelajaran, aku juga berfikir mengenai perjalanan hidupku akan menjadi bertambah berliku-liku dan penuh mencabar keimanan serta akan menjadi diriku betambah mematangkan diriku yang agak "giler-giler" ini. Semoga peperiksaan aku pada kali ini diberkati ALLAH dan ingat kepada-kepada rakan-rakan perjuangan agar sentiasa istiqamah dalam perjuangan serta tabah menghadapi cabaran.....Mengajar, Diajar, dan Bersedia Untuk Diajar

Wednesday 8 July 2009

Langkah Mansuhkan PPSMI

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



PKPIM menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat.



PKPIM berpandangan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui Bahasa Kebangsaan.

Sumber dari:
http://www.pkpim.net/v2/utama.html

Resam Kehidupan

Seawal pagi, pada 9 Julai 2009, diriku merasa agak tidak bersemangat unutuk bangkit dari tempat tidurku padahal aku dah lama terjaga dari pukul 5.00pagi. Semuanya bermula kembali kepada apa yang aku fikirkan sebelum tidur.Rupanya tidurku tidak menyelesaikan masalah.Sebelum tidur untuk mententeramkan hati ni yang tengah berbolak balik serta masih sentiasa tidak keruan, aku melakukan solat Isyak, selepas solat aku merasa agak ringan tapi fikiranku masih berat berfikir. Entahlah mengapa hidup ini merasa terlalu penat sangat tapi aku bukan mahu untuk menolak takdir ketentuan tetapi aku cuma agak merasa kepenatan sedikit dengan beberapa masalah peribadi dan luaran. Kalau diikutkan hati hendak sahaja aku menjadi seorang yang tidak mahu berfikir apa-apa tetapi mengenangkan diriku ini seorang hamba Allah, aku sedar bahawa kehidupan mengajar manusia menjadi insan serta hamba yang melakukan ibadah serta tidak diturunkan muhisibah ke atas manusia dengan saja-saja tanpa ada hikmah kerana setiap kejadian tidak dijadikan dengan sia-sia.Jadi aku berpegang pada prinsip tidak ada manusia yang tidak ada masalah.Mungkin masalahku ini tidak seteruk mana dengan orang yang mungkin lagi teruk masalahnya.Maslahku ini mungkin dugaan serta Allah sayangkan diriku agar sentiasa ingat kepada-NYA.Pesanku untuk menjadi manusia yang berjaya kita perlu menghadapi masalah tersebut serta sentiasa BERJIWA BESAR dalam menghadapi segala bentuk ujian dan masalah.....

Monday 6 July 2009

Hikmah Kembara

Pada 6 Julai 2009, aku telah berpindah kembali ke dalam keluarga Grup Pengkaji Tamadun DUnia (GPTD).Sebelum ini, aku telah bergerak di dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM).Sungguh banyak pengalaman indah dan duka duniaku semasa berada dalam PKPIM.Aku berjinak-jinak dengan ini semasa aku masih lagi berada di awal semester kemasukan di Unisel. Antara penyebab aku menyertai PKPIM kerana aku menyenangi sistem tarbiyyah yang dilakukan oleh PKPIM dan bagiku agak mesra dalam mendekati golongan sasaran untuk didekati tidak kira insan itu dicop kaki masjid mahupun suka bersosial.Ini sifat yang mebuatkan hati ku terus istqamah dalam melakukan mata-mata rantai dakwah walaupun aku mengetahui diriku ini banyak kekurangan.Ini tidak mematahkan niat aku mengajak umat manusia ke arah kebaikan.Ku akui diriku bukan insan mulia yang mampu mengajak manusia ke arah kebaikan tapi dengan usaha ku yang tidak seberapa aku tahu bukan mudah untuk menarik manusia ke arah nur cahaya kebaikan.Setelah hampir dua tahun aku berada di dalam PKPIM kini aku akan ke keluarga GPTD pulak. Entah mengapa aku merasa aku sudah berada di dunia yang lagi mencabar yang mana aku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal yang mana memerlukan aku lebih bersedia dalam menghadapi dunia yang semakin kompleks serta pemikiran manusia yang bermacam-macam. Owh PKPIM, aku tidak akan melupakan jasamu yang banyak mentarbiyyah diriku hingga menjadi seorang insan yang mampu mengahrungi dunia semasa yang mencabar ini.Walaupun kini, aku sudah beralih ke keluarga GPTD, aku akan terus membantu rakan-rakan dalam PKPIM untuk terus memnyebarkan khyra ummah ke serata alam khususnya di bumi UNISEL...HIDUP BIAR BERJASA

Saturday 4 July 2009

Berpuasa di Bulan Rejab

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه


Berpuasa di Bulan Rejab

Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut:

“Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri,
walaubagaimanpun:
• berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yang
dipuji, dan
• di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulan
Haram, dan bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.
Hadith Berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab

[1] `Uthman ibn Hakim al-Ansari berkata: "Aku bertanya Said ibn Jubair berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, dan kami sedang berada di bulan Rejab, dan beliau berkara: “Aku
mendengar Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah pernah berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak akan berbuka samasekali, dan beliau juga [ada ketikanya] tidak berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak berpuasa samasekali.”

.[Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dalam Kitab al-sawm, dalam bab berpuasa di bulan selain dari bulan Ramadhan, dan berpuasa di bulan Rejab].

Imam Nawawi seterusnya berkata bahawa:
"Berdasarkan hadith Said ibn Jubair dari Ibn `Abbas itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa berpuasa di bulan Rejab itu sendiri tidaklah dilarang dan tidaklah juga digalakkan secara khususnya, namun, ianya tertakluk kepada kaedah sepertimana berpuasa di bulan-bulan lain. Tiada dalil khusus yang mensabitkan secara nyata bahawa berpuasa di bulan Rejab itu dilarang mahupun digalakkan, namun berdasarkan
prinsip bahawa berpuasa itu sendiri merupakan amalan perbuatan yang digalakkan dan di dalam Sunan
Abu Dawud (*) menyebut bahawa Rasulullah telah menjadikan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah
amalan terpuji, maka bulan Rejab yang merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram, berpuasa di bulannya turut digalakkan. Wallahu alam.”
[Imam Nawawi, Sharh Sahih Muslim Kitab 13 Bab 34 #179]
(*) Di dalam Sunan Abu Dawud pada Kitab al-Siyam, pada Bab “Berpuasa di bulan-bulan Haram”, juga di dalam Ibn Majah dan Ahmad, di mana hadith seorang lelaki yang mengulangi kata-katanya kepada Rasulullah : "Aku boleh menanggung lebih dari itu," dan Rasulullah akhirnya bersabda:

"Berpuasalah di bulan-bulan Haram."

Ianya juga sabit bahawa Ibn `Umar berpuasa di bulan-bulan Haram. [lihat Musannaf `Abd al-Razzaq 4:293, Musannaf Ibn Abi Shayba 1:125]

[2] Abdullah, seorang hamba yang dibebaskan oleh Asma’, anak perempuan kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq, merupakan bapa saudara kepada anak ‘Ata melaporkan bahawa "Asma' telah mengutusku kepada Abdullah ibn `Umar dan berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa kau mengharamkan tiga perkara: jubah berjalur, kain pelana diperbuat dari sutera merah dan berpuasa penuh di bulan Rejab.” Abdullah menjawab: "Adapun berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, bagaimana pula kiranya seseorang itu berpuasa sepanjang waktu? Adapun berhubung dengan pakaian berjalur, aku mendengar `Umar ibn al-Khattab berkara bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian diperbuat dari sutera, tiada
baginya saham buatnya di Hari Akhirat kelak." Dan aku khuatir jalur juga termasuk sebahagian darinya.

Adapun berhubung dengan kain pelana merah, nah! ini adalah kain pelana Abdullah dan ianya adalah merah. Aku kembali kepada Asma’ dan memaklumkan kepada beliau, lalu beliau berkata: "Nah! Ini adalah jubah Rasulullah ," dan beliau keluarkan dan tunjukkan kepadaku jubah yang diperbuat dari kain Parsi dengan dihiasi dari jalur-jalur sutera, dengan bahagian hujung tangan jubah itu juga dihiasi sutera dan berkata: "Ini adalah jubah Rasululah bersama `A'ishah sehingga beliau (Aishah) meninggal dunia, kemudiannya aku memilikinya. Rasulullah pernah memakainya dan kami membasuhnya kepada orang sakit supaya mereka dapat
disembuhkan dengan sebabnya."

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Libas]
Imam Nawawi seterusnya berkata: "`Jawapan Ibn Umar di atas berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab itu adalah merupakan penafian beliau terhadap apa yang didengari oleh Asma’ kononnya beliau mengharamkannya, dan penegasan beliau bahawa beliau berpuasa penuh di bulan Rejab dan juga berpuasa sepanjang waktu, kecuali pada Hari Raya dan Tashriq. Ini adalah mazhab beliau dan mazhab bapanya, Saidina`Umar ibn al-Khattab, `A'isyah, Abu Talhah, dan lain-lain di kalangan Salaf, begitu juga Imam Shafi`e dan lain-lain. Pendirian mereka ialah puasa secara berterusan itu bukan sesuatu yang makruh.

[Pandangan lain Ibn ‘Umar melalui hadith diriwayatkan Ahmad di dalam kitabnya "al-Mughni" 3:167, di mana beliau tidak menggalakkan berpuasa sepenuhnya di bulan Rejab, tetapi berkata:

“Berpuasalah sebahagiannya, dan berbukalah sebahagiannya.”]
* * * * *
Imam Nawawi seterusnya menambah: "Hadith ini adalah dalil bahawa digalakkan mengambil berkat dari barang peninggalan dan pakaian para solehin. (wa fi hadha al-hadith dalil `ala istihbab al-tabarruk bi āthār al-salihīn wa thiyābihim)."
[Sharh sahih Muslim Kitab 37 Bab 2 #10]

[3] Bayhaqi meriwayatkan dalam Shu`ab al-iman (#3802):
Abu Abdallah al-Hafiz dan Abu Muhammad ibn Abi Hamid al-Muqri telah berkata:
dari Abu al-`Abbas al-Asamm,
dari Ibrahim ibn Sulayman al-Barlisi,
dari Abdallah ibn Yusuf,
dari`Amer ibn Shibl,
yang berkata: "Aku mendengar Abu Qilabah berkata:

"Di sana ada suatu tempat di Syurga untuk mereka yang berpuasa di bulan Rejab.”

Imam Bayhaqi seterusnya menambah: "Walaupun ianya mawquf setakat Abu Qilabah (tidak sampai kepada Rasulullah), yang merupakan salah seorang Tabi’in, dia sesungguhnyya tidak mengucapkan sedemikian itu melainkan pernah mendengarnya dari orang yang pernah mendengar orang yang diturunkan kepadanya wahyu (iaitu Rasulullah ), dan kejayaan itu adalah dari Allah jua."
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah , kaum keluarga Baginda dan para Sahabat Baginda.

"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

GF Haddad ©

-Siap diterjemahkan dengan izin Sheikh Gibril Fuoad Haddad oleh Abu Afaf pada hari ini, 27/07/2006, bersamaan 2 Rejab 1427 di Edinburgh, Scotland-

Diambil;
http://www.mindamadani.my/content/view/164/4/

Hari-hari Terakhir Di UNISEL

Assalamuaikum w.b.t dan salam pertemuaan
Melihat hari-hari yang mendatang, penulis merasa semakin cepat masa berlalu...
Penulis merasa baru semalam, penulis mendaftar di bumi bertuah Unisel yang mana di sini lah penulis mendapat bermacam-macam ilmu dunia mahupun akhirat...
Penulis merasa berterima kasih kepada semua kenalan dan pensyarah yang telah banyak membantu penulis dari bentuk fizikal mahupun material..Jasa mereka memang tidak dapat penulis lupai...Kepada sahabat-sahabat seusrah penulis terutama Safaruddin, Junaidah, Kak Raudhah, Kak Wan Ritini, Kak Aini, Kak Aini, dan yang lain-lain(tidak bermakna anada dilupai)...Kepada abg Izwan Shuhadak merupakan mentor serta naqib yang banyak membimbing penulis menjadi seorang insan yang berguna...Segala pertolongan mereka ini hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya..Selama beberapa hari di Unisel ini, penulis merasa banyak pengalaman manis dan pahit telah penulis lalui..Semoga semua ini menjadi suatu memori yang tidak dapat penulis lupakan...Selamat berjuang kepada sahabat-sahabat di Unisel, tuntutlah ilmu ke negeri China,,,Ilmu itu seluas lautan tidak akan habis untuk dituntut, itu lah anugerah yang dikurnakan oleh Allah untuk umat manusia..Mahu atau tidak, hanya manusia itu sendiri yang mampu berfikir apa yang dimahui dalam hidup...Dengan ilmu juga memamgkin manusia unutuk menentukan perjalanan hidup itu sendiri...Dengan ilmu juga merubah sosio masyarakat dan ilmu yang berguna sepatutnya disumbang kepada umat...fikirkan lah umat,HUDUP BIAR BERJASA

Friday 3 July 2009

Etika Seorang Islam

Menyelusuri arus masa kini, ramai umat Islam yang menganut Islam serta mengaku Islam mempunyai kod etika? Etika itu sendiri bermaksud adab dan moral. Manusia yang beradab ialah manusia yang mempunyai minda yang berdisplin. Ini merupakan persoalan yang penulis lontarkan kepada semua UMAT ISLAM yang mana rata-rata sepatutnya mempunyai etika yang amat sopan serta disulam dengan akhlak yang terpuji sepertimana yang terkandung dalam al-Quran sepatutnya tetapi adakah umat Islam begitu?. Mari kita melihat yang mana ada sebuah hadis riwayat Bukhari yang bermaksud, "Sesungguhnya insan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempunyai nilai moral yang tertinggi. Orang Islam bertanggungjawab dalam memperkasakan etika dan moral oleh kerana mereka telah deperintahkan agar menyeru kepada kepada kebaikan serta mencegah daripada kemungkaran.
Adab serta budaya yang terkandung dalam Islam perlu ada pada setiap umat Islam bagi melahirkan mujahadah yang mampu membela Islam dengan pemikiran yang beretika serta mempunyai pengetahuan yang mampu merubah sosio masyarakat Islam itu sendiri tanpa perlu menghalalkan cara yang mampu merosakkan Islam itu .
Menurut Prof Dr.Dr. Yusof al-Qardawi, perselisihan di kalangan umat Islam berpunca dari dua sumber, iatu sumber akhlak dan sumber pemikiran. Perpecahan yang berpunca daripada akhlak berlaku kerana seseorang itu:-

i) Diperdaya oleh diri sendiri dan kagum dengan pandangan sendiri.
ii) Menaruh buruk sangka pada orang lain dan cepat membuat tuduhan tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu
iii)Cintakan atau bangga diri di samping lebih suka mengiktu hawa nafsu justeru, mereka ini lebih menjaga kepentingan tuanya
iv) Berlumba-lumba untuk menampilkan individu tertentu dan keturunanya
v) Taksub dan fanatik terhadap pandangan individu dan mazhab tertentu
vi) Taksub atau fanatik dengan parti atau jamaah

Justeru itu, penulis menyeru kepada semua umat Islam agar kembali kepada perpaduan dan buangkan serta lontarkan kembali permuafakatan di dalam menghadapi permasalahan umat. Permusuhan yang diwujudkan tidak mendatangkan kemaafaatan sebaliknya musuh-musuh Islam merasa amat gembira serta bertepuk tangan atas sikap yang kurang bijak yang mana kita tonjolkan. Oleh itu, kita marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Penulis ini merupakan penuntut Diploma Pengurusan Pentadbiran di Universiti Industri Selangor dan Insyyallah akan menghabiskan pada hujung bulan Julai ini. Apa yang baik ditulis ini, datangnya dari Allah dan segala kesilapan dan kekhilafan datangnya dari diri saya sendiri. Wallahualam