Saturday 1 November 2008

Keutamaan Membaca Al-Quran

1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang
sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu
• Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran -
• Dalam sembahyang - 100 kebajikan
• Di luar sembahyang berwudhu' - 50 kebajikan
• Tanpa wudhu' - 10 kebajikan
6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan
putus, mengikut Ibnu Abbas.
7. Keselamatan daripada api neraka.
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.
9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
12. Pembaca dimasukan ke dalam golongan Siddiqin' Syuhada' dan Solihin.
13. Membaca Al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.
14. Pembaca akan mendapat kemuliaan di syurga.
15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
16. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat
dan dikelilingi oleh malaikat.
18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.
19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.
20. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000
raka'at.

21. Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian
hidup.
22. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar.
23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

Masa-masa yang diutamakan membaca Al-Quran

1. Di waktu tengah malam sehingga fajar, adalah paling utama.
2. Di antara Maghrib dan Isya'.
3. Sesudah sembahyang Subuh.

Bacaan Al-Quran pada masa tertentu mengikut sunnah

A. Tiap-tiap pagi dan petang

1. Al-Ikhlas - menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan
dibina sebuah istana di syurga;
2. Al-Falaq - dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala
perkara yang tidak diingini;
3. An-Naas - sama seperti A-Falaq;
4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah - 255) - pahalanya menyamai satu perempat
Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga,
setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;
5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) - untuk keselamatan;
6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) - apabila dibaca selepas Subuh
dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.

B. Tiap-tiap malam
1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36) - Hati Al-Quran, pembacanya akan
mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakannya.
2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44) - pembaca akan mendapati 7000 malaikat
memohon ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga.
3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75)
4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99) - pahala membaca seumpama separuh
Al-Quran.
5. Al-Ikhlas
6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3) - dibaca pada malam hari akan
diberi pahala beribadat separuh malam.
7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1) - diberi pahala beribadat
separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.


C. Sebelum tidur

1. Al-Fatihah - pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup
segala pintu neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain;
2. Bismillah - dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan
kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat;
3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67) - diberi syufaat dan diampunkan dosa,
pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur;
4. As Sajdah (juz 21 surah 32) - diberi naungan di hari Kiamat; 60
darjat daripada surah lain;
5. Al Kaafirun - menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari
azab neraka.

D. Bacaan pada setiap malam dan siang

1. Yassin;
2. Al Mulk;
3. Al Waaqiah - (Juz 27 surah 56) - dijauhi kepapaan;
4. Ad Dukhan
E. Tingkatan pembaca Al-Quran
1. Jutawan - membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam;
2. Jayawan - membaca 200 hingga 299 ayat;
3. Setiawan - membaca 100 hingga 199 ayat;
4. Pemelihara - membaca 50 hingga 99 ayat;
5. Yang ingat - membaca 10 hingga 49 ayat;
6. Yang lalai - membaca 0 hingga 9 ayat.


E. Keutamaan surah-surah lain
1. Ali-Imran - jika dibaca bersama Al Baqarah akan mendapat pembelaan
di hari kiamat dan dikira sebaik-baik perbendaharaan; jika dibaca pada hari Jumaat akan didoakan oleh malaikat sehingga malamnya;
2. Al-Hasyr - jika dibaca sebelum tidur dan mati pada malam itu,
mendapat pahala mati syahid.
3. A'la (juz 30 surah 100) - menyamai separuh Al-Quran;
4. An Nasr (juz 30 surah 110) - menyamai seperempat Al-Quran;
(Dipetik dari buku "Amalan harian sepanjang zaman" oleh Al Ustaz Dato' Hj.Ismail Kamus>