Wednesday 18 November 2009

IPTA vs Unisel? Mana satu pilihan?

Meniti minggu-minggu akhir semasa praktikal, tiba-tiba penulis berfikir mengenai hala tuju selepas ini yang mana penulis merasa ingin mencuba untuk menyambung pelajaran di peringkat instititut pengajian awam (IPTA). Sebelum ini, penulis merasa terpanggil untuk meneruskan bersama-sama rakan-rakan seangkatan di UNISEL namun hakikatnya penulis merasa apakah berbaloi penulis meneruskan pengajian di UNISEL.

Mengapakah penulis menjadi begini kerana, terdapat beberapa rakan-rakan sezaman semasa sekolah dan sekelas mencadangkan agar penulis agar mencuba pulak di IPTA. Ini kerana, terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang baik disediakan. Ini sebenarnya, penulis bukan mahu memburuk-burukkan Unisel malah penulis menghargai sumbangan yang telah penulis raih malah amat berterima kasih juga kepada penghuni-penghuni yang banyak membantu penulis terutamanya teman-teman seusrah dan rakan-rakan yang mengenali penulis.

Dahulu, penulis berhajat untuk meneruskan pengajian di Unisel kerana mahu berjuang bersama-sama dengan rakan-rakan. Tetapi terlintas di benak yang berkata mengapa mahu menyambung kembali di Unisel? Sudah tiada tempat lain kah, tetapi penulis merasa ini apa yang perlu penulis lakukan kini hanyalah berserah kepada ketentuan Illahi dan wujud keajaiban buat masa terdekat ini yang boleh merubah pemikiran yang berceramuk.

Akhir kata, penulis berharap terdapat pandangan daripada pembaca-pembaca dapat menyumbang buah fikiran apa yang patutu lakukakan.Ucapan sekian terima kasih.

2 comments:

Azym Azizi said...

Bg aku, lebih baik ke tempat yang lain pulak..sbb, dgn menjelajah ke tempat lain, barulah pemikiran boleh lebih versatil..hehe

Healmie Zahari said...

Saya sebagai senior unisel cadangkan ipta, coz tukar angin. meluaskan pengalaman dan pengetahuan.

http://pandaisimpan.blogspot.com/