Monday 4 August 2008

Kenapa Manusia Menabur Fitnah????????????

Kenapa masyarakat Malaysia pada kini menjadi semakin mudah untuk menjatuhkan maruah seseorang manusia????
Ini adakah alam kehidupan pada masa kini sudah semakin menghampiri dengan hari di mana manusia semua di himpunkan di suatu padang di mana hanya sebesar zarah pun akan dihitungkan.
Mungkin manusia pada masa kini tidak lagi ingat atau sengaja untuk melanggari ketetapan yang telah Allah s.w.t telah gariskan di di dalam al-Quran agar jangan sengaja untuk menfitnah seseorang manusia yang lain kerana telah diibaratkan seperti mana membunuh orang yang difitnah itu ibarat memakan daging saudaranya sendiri. Apanya tidak, kerana berita yang tidak sahih atau betul akan menjadi benar di mata masyarakat kini tidak lagi mencari kebenaran dan mempertimbangkan terlebih dahulu apa yang dipedengari akan menyebabkan seseoarang yang difitnah itu akan menjadi rendah moral dan tidak berani berhadapan dengan masyarakat mahupun akan melakukakn sesuatu perkara yang tidak boleh diterima akal olehnya. Oleh itu, sebelum berkata-kata perlulah agar fikir akan akibat dan kesan pada individu yang difitnah seperti mana peribahasa ada merujuk 'kerana mulut badan binasa kerana santan susu binasa".Oleh itu, 'fikir-fikirkan' lah supaya kita tidak memudaratkan orang lain mahupun diri sendiri.Wallahualam.