Tuesday, 17 November 2009

Laskar Pelangi

Filem ini merupakan sebuah adaptasi daripada novel yang popular di Indonesia iaitu LASKAR PELANGI hasil tulisan Andrea Hirata.

Laskar Pelangi menceritakan yang mana bermulanya cerita apabila semasa hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah telah meresahkan bagi dua orang guru yang bersemangat luar biasa iaitu Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong.

Ini disebabkan sekiranya ingin membuka sesebuah sekolah memerlukan bilangan 10 orang murid sekurang-kurangnya yang mendaftar, sekiranya tidak maka sekolah akan ditutup.

Harapan dan rahmat Bu Muslimah selaku guru baru pada hari itu yang tidak mahu mengalah, muncul Harun iaitu seorang murid istimewa telah menyelamatkan mereka. Oleh itu, murid yang ke-10 itu, kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah. Daripada itu, maka SD Muhamadyah bakal melalui pelbagai kisah-kisah pahit manis dalam menguji perjuangan antara guru-gurunya dan murid-muridnya.

Setelah 5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid dengan keunikan dan keistimewaannya masing masing, terus berjuang untuk terus meghidupkan sekolah tersebut walaupun wujud pelbagai tentangan dan tekanan yang mampu untuk membuat mereka menyerah.

Tambahan itu, Sd Muhamadyah telah meghasilkan murid yang menjadi pendorong dan pencetus kepada Bu Muslimah dan Pak harfan untuk lebih bersemangat untuk meneruskan hayat penubuhan sekolah tersebut walaupun tiada pendaftaran murid baru. Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka

Di dalam untuk memperjuangkan hayat SD Muhamadyah, mereka telah kehilangan tulang belakang yang mereka cintai iaitu Pak Harfan. Ini sedikit sebanyak telah melemahkan semangat Bu Muslimah tetapi ini merupakan suatu ujian yang mana perlu ditempuhi.

Filem ini juga dipenuhi kisah tentang halangan-halangan yang perlu dihadapi oleh murid-murid yang miskin untuk terus berjaya. Oleh itu, penulis mendapati melalui filem ini dapat mendidik penonton agar lebih fokus dan mengambil iktibar dalam melayari hidup yang penuh cabaran dalam memperjuangan hidup dalam menggapai mimpi dan cita-cita. Selain itu, filem ini juga memaparkan keakraban persahabatan yang mampu menyelamatkan sekolah tersebut dan menjadi pencetus membakar semangat walaupun berada dalam kuantiti yang kecil.

Selain itu, filem ini dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia memaparkan segala kekayaan bumi sendiri diraih oleh golongan penjajah. Selain itu, kita perlu sedar akan kepentingan pendidikan mampu merubah sosial ekonomi seseorang dan yang penting memerlukan keazaman yang tekad dan sabar dalam melakukan sesuatu walaupun diri dihambat pelbagai kesukaran yang mampu melemahkan diri.

Penulis adalah Nor Hafiz bin Razali yang merupakan bakal graduan Diploma Pengurusan Pentadiran, Fakulti Perniagaan Unisel. Beliau kini sedang merancang untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Perindustrian di Unisel juga.

No comments: