Wednesday 18 November 2009

BAGAIMANA MERAIH KEJAYAAN DAN CEMERLANG

Kejayaan merupakan sesuatu yang ditagih setiap individu mahupun organisasi. Ini kerana masayarakat menilai bahawa kejayaan merupakan satu momentum untuk melakukan perubahan dalam diri seseorang mahupun organisasi. Pada hematnya, amat mudah untuk mencapai kejayaan tetapi setiap kejayaan itu pasti ada dugaannya.

Oleh itu, di sini dipaparkan akan beberapa individu yang berjaya khususnya dalam pelajaran dan melalui kejayaan mereka ini dapat menjadi teladan dan mampu memberi suntikan kepada semua agar dapat mencontohi mereka ini dalam merencana perjalanan kehidupan mereka untuk memperoleh kejayaan.

Merujuk kepada Kii Hen Seng dari SJK Dung Sang, Sibu Sarawak yang berkata, dia memperuntukkan kira-kira tiga jam sehari untuk mrngulangkaji pelajaran.Selain itu, beliau juga memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar dan juga mengikuti kelas tambahan dan membuat banyak latihan untuk mata pelajaran Matematik.

Dalam pada itu, Ili Hakima Azni Shah dari SK Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan pula berkata, dia memperuntukkan antara dua atau tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran dan sejam untuk beribadah. Beliau juga menyediakan jadual belajar bagi membolehkannya membahagikan masa selain memberi perhatian semasa guru mengajar.

Nur Amira Abdul Malek dari SK Alam Megah Dua, Shah Alam, Selangor berkata, selain memberi perhatian kepada guru semasa mengajar dia memastikan akan menyelesaikan semua kerja sekolah yang telah diberi. Tambahan itu, kesesuaian masa untuk mengulang kaji pelajaran juga diutamakan dan dia lebih selesa menelaah dalam suasana yang sunyi pada waktu malam.

C. Palani Kumar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, Ayer Tawar, Perak berkata, tumpuan penuh semasa guru mengajar adalah penting bagi memudahkan dia mengulang kahi pelajaran.

Sementara itu, Siti Hannan Shabirah Abdul Hakim dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu, Kelantan pula berkata, semua anggota keluarga bersama-sama membantunya semasa mengulang kaji pelajaran. Kelas tambahan yang diadakan di sekolah turut membantu beliau menjawab soalan dengan baik semasa peperiksaan.

Seterusnya, Tan Pei Yun, bekas pelajar Sekolah Menengah Datuk Seri Amar, Muar, Johor yang memperoleh 4 A dalam STPM berkata bahawa memberi tumpuan kepada pelajaran sama ada di kelas dan membuat kerja-kerja rumah yang diberikan, banyak bertanya kepada guru jika menghadapi kesukaran untuk memahami pelajaran yang diajar.

Akhir sekali, Nahrizul Adib Kadri, penerima Anugerah Pelajaran Diraja Konvokesyen Universiti Malaya Ke-38 menyebut bahawa kejayaan adalah hasil kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar, membahagikan masa yang bijak dan sikap ingin menolong diri sendiri. Memperbanyakkan nota yang dicari dan bukan hanya berharap kepada pensyarah sahaja selai itu pilihlah masa yang sesuai untuk belajar.

No comments: