Sunday, 29 November 2009

Dialog antara dua insan yg berkasih kerana Allah dengan syaitan…….

Kisah bermula apabila Azman yang menjalin ikatan pertunangan dengan Aisyah melalui proses yang agak ketat ketika masing-masing masih belajar di sebuah kampus di Lembah Kelang. Maka bermulalah konflik dalam diri Azman dan Aisyah. Apakah tindakan seterusnya setelah selesai majlis pertunangan yang melibatkan antara keluarga kedua pihak. Maka bermulalah dialog tersebut…….

Azman : Apa yang patut aku lakukan sekarang, Aisyah dah menjadi tunanganku
(bisik hati kecilnya)

Syaitan : Apa kau nak fikirkan lagi mesej lah tanya khabar, kalau tidak pun telefon terus, boleh
dengar suara….

Azman : Aaah….. Aku tidak akan berbuat demikian, aku dah berjanji dengan diriku tidak akan
mesej selagi belum ada ikatan yang sah.

Syaitan : Tapi kau dah bertunang, tidak salah lah kalau kau mesej atau telefon dia, dia dah jadi
milik kau.

Azman : Tidak sama sekali, aku tetap dengan prinsipku. Aku ingin mewujudkan hubungan yang
diberkati Ilahi.

Syaitan : Alah! Tidak salah kalau bertanya khabar saja.. Kau tidak rindu dia ke?

Azman : Aii…tipulah kalau tidak rindu……

Syaitan : Habis itu mesej lah dia

Azman kebingungan………………..

Aisyah : Kenapa ya rasa lain macam je ni (hati kecilnya berkata-kata)

Syaitan : Mesti kau rindukan Azman ini, kau kan tunang dia.

Aisyah : Betul lah, rasa rindu semakin membuak-buak ni, apa yang aku harus lakukan???

Syaitan : Kau mesej lah dekat dia, bertanya khabar..

Aisyah : Mana boleh aku dah janji dengan dia tidak akan mesej selagi belum ada ikatan yang
sah..

Syaitan : Alah! Apa lah sangat dengan janji tu, mesej je la

Aisyah : Betul juga itu, mesej je kan bukan apa-apa pun

Syaitan : Bagus-bagus

Ketika jari jemari cuba hendak menekan buton henset tiba-tiba dia teringat pesanan ustaz Razali ( Pensyarah yang menjadi mentornya), katanya: “
Sesungguhnya berhati-hatilah kamu ketika berkomunikasi antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan sentiasa menghasut untuk menyesatkan kaum Nabi Adam". Tersentak dengan kata-kata tersebut, maka Aisyah mengucap panjang…..Astaghfirullah x3

Azman : Apa yang perlu aku lakukan ini???

Syaitan : Bukan aku dah bagitau tadi, mesej je lah…….

Azman : Tidak!!! Aku tidak akan gadaikan hubungan yang suci ini ….. Aku kena yakin dengan
janji Allah, “
perempuan yang baik ialah untuk lelaki yang baik”.

Syaitan semakin tertekan, semua umpan yang diberikan kepada Azman dan Aisyah tidak menjadi. Syaitan berkata dengan angkuh, “
aku akan pastikan hubungan mereka x akan kekal selamanya . Aku akan hasut hingga mereka sampai bila-bila” hahahahahaha……….


Pengajaran :

Bertunang janji murni ke arah penuhi Sunnah


Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina

PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.

Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah, mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai.

" (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)


Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan."
(Surah al-Israk, ayat 32)


Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong."
(Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani) .

Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.

SUMBER : isiukm.blogspot.com

Wednesday, 25 November 2009

ALHAMDULILLAH

Alhamdulilah, itulah ungkapan yang terkeluar dari benak penulis yang mana penulis merasa bersyukur ke atas hadrat Illahi kerana tanpa pertolongan dariNya mana mungkin penulis berjaya untuk menamatkan pengajian peringkat diploma malah latihan industri pada 26 November lebih awal dua hari daripada masa yang sepatutnya berikutan Hari Raya Aidil Adha dan Cuti Umum Hari Sabtu. Selain itu, penulis juga mungkin tidak akan berjaya menempuhi hari-hari sepanjang menjalani kehidupan ketika melaksanakan latihan industri dari 17 Ogos hingga 28 Novemeber 2009 sepanjang 15 minggu sekiranya tidak banyak bersabar yang mana banyak menguji dan mengajar banyak pengertian hidup dan mematangkan penulis menjadi insan yang memahami kehidupan yang bakal akan dipilih oleh penulis pada masa depan. Selain itu, penulis akan kembali menjadi pengejar majlis-majlis ilmu yang mana banyak penulis terlepas ketika melakukan latihan industri kerana penulis dahagakan ilmu-ilmu yang bermanfaat dari tokoh-tokoh ilmuwan dan agamawan.

Mengimbau perjalanan sepanjang menjadi seorang pelajar diploma, penulis merasai banyak kesalahan diri yang banyak merugikan penulis untuk mencungkil kebolehan penulis yang banyak tidak teruji dek kelekaan penulis sendiri. Justeru, penulis selepas ini apabila menyambung kembali pelajaran pada peringkat sarjana muda awal tahun 2010, penulis dengan ini berilitizam akan lebih kominted untuk menjadi seseorang yang lain sebelum ini yang lebih matang dalam menangani isu-isu yang memerlukan penulis untuk berfikir lebih matang dalam menangani isu-isu yang agak berat untuk difikirkan dan menjadi satu cabaran kepada penulis untuk menjadi seorang daei dan perlu untuk belajar banyak perkara bagi menajamkan pemikiran ini.

Di sini, penulis ingin menyatakan bahawa penulis bertambah yakin dan akan terus kominted untuk menjadi seorang agen perubahan kepada masyarakat dan ingin berbakti kepada ummah malah terasa terngiang-ngiang suara Abang Jufitri yang berkata pada suatu program anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) suatu ketika dahulu yang mana beliau berkata "saya tidak mahu adik-adik di depan saya ini hilang begitu sahaja dan terus istiqamah dalam perjuangan untuk khyra ummah" membuatkan diri ini sentiasa segar dek nasihat beliau apabila diri ini merasa lemah. Justeru itu, penulis akan terus sentiasa berada di lapangan ini yang mana sudah mula sebati dengan diri penulis. Wallahualam.

Tuesday, 24 November 2009

Seminar Sehari & Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Tarikh: Ahad, 13 Disember, 2009
Masa: 8:15am - 11:15pm
Tempat: Institut Integriti Malaysia, Jalan Duta

PENDAHULUAN

Dalam menghadapi kegentingan masalah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang dewasa ini, satu usaha yang terencana dan teliti bagi merungkai masalah tersebut amat diperlukan. Oleh sebab itu, segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan unsur-unsur penting yang membentuk alam pemikiran mereka. Bertitik tolak dari kesedaran tentang pentingnya usaha tersebut satu seminar sehari pengukuhan Pandangan Alam Islam akan dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia.


OBJEKTIF

1. Menekankan keutamaan Pandangan Alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam.
2. Memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.
3. Menghuraikan unsur-unsur penting dalam Pandangan Alam Islam.


PENGANJUR

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Dengan kerjasama,
Institut Integriti Malaysia (IIM)



PESERTA

Sasaran penyertaan sebanyak 200 orang (bagi Seminar) dan 500 orang (bagi Syarahan Perdana) daripada kalangan ahli akademik, ahli profesional, pelajar dan orang awam.


YURAN

Yuran Seminar dan Syarahan Perdana:
Organisasi : RM100 seorang (kumpulan 5 orang)
Individu : RM150
Pelajar : RM20

Yuran untuk Syarahan Perdana sahaja:
Individu : RM50
Pelajar : RM10


TENTATIF PROGRAM

9.00 – 10.30 pagi Perasmian oleh Tetamu Kehormat

Ucap Utama oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, UKM
Tajuk: Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini: Cabaran dan Harapan


11.00 – 1.00 ptg Sidang Pertama

Pembentang:

1. Dr. Mohd Zaidi Ismail, IKIM
Tajuk: Faham Ilmu Dalam Islam: Satu Pengenalan Ringkas

2. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAM
Tajuk: Makna dan Matlamat Agama dalam Islam


2.00 – 3.30 ptg Sidang Kedua

Pembentang:

1. Dr. Mohd Sani Badron, IKIM
Tajuk: Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam

2. Dr. Adi Setia Mohd Dom, UIAM
Tajuk: Islam dan Falsafah Sains



3.45 - 5.30 ptg Sidang Tiga

Pembentang:

1. Dr. Ahmad Bazli Shafie, UMT
Tajuk: Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan

2. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, IKIM
Tajuk: Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan



5.30 - 8.30 Rehat




9.00 – 11.00 mlm Syarahan Perdana ( Dalam Bahasa Inggeris/In English)

Oleh: Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas

Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor dan mendapat pendidikan awal di Sukabumi dan Johor Bahru. Kemudian beliau menuntut di Royal Militrary Academic, Sandhurst, England sebelum pergi ke Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat M.A. dari McGill University, Montreal dan Ph.D dari University of London dalam bidang teologi dan metafizik Islam.

Beliau menjadi salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia apabila Universiti itu ditubuhkan. Di situ beliau memegang pelbagai jawatan selain daripada jawatan-jawatan di Universiti Malaya dan di universiti-universiti lain di luar Negara sebagai profesor pelawat.

Professor Muhammad Naquib mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik dan beliau telah menulis lebih daripada dua puluh judul buku dalam bidang falsafah, metafizik, sejarah, kesusasteraan, seni, pendidikan dan peradaban. Banyak hasil tulisanna diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Sebagai cendekiawan Islam beliau telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap pengislaman ilmu dan juga pendidikan Islam. Dalam ABIM, beliau menjadi orang yang bertanggungjawab mengasaskan landasan dan hala tuju intelektualnya. Melalui siri ceramah dan diskusi ilmu. Beliaulah orang yang mengilhamkan logo ABIM dan mencetuskan idea penerbitan dan penamaan Risalah ABIM. Sekarang Profesor Muhammad Naquib ialah pengarah ~ pengasas ISTAC.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mengadakan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al-Attas dan seminar mengenai Pandangan Alam Islam :Cabaran dalaman dan luaran. Pandangan Alam merupakan elemen yang penting dalam hidup kerana dengan itulah yang akan membentuk kerangka pemikiran sama ada baik atau buruk.

Justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar dan syarahan perdana ini, boleh terus menghubungi saudara Abdul Muntaqim Bin Zulkifli (019-8285019).



Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menghadiri Seminar Ini yang amat berguna untuk mengasah pemikiran kita bagi menambah pemahaman Islam pada masa kini dan isu-isu yang mengancam umat kini. Ini merupakan penampilan pertama Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas di syarahan ruangan awam sejak 6 tahun yang lepas.





Thursday, 19 November 2009

Terima Kasih Kepada Puan Norjiah Muslim

Assalamuaikumsalam, Hafiz saya sudah berada di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Nilai.Nanti saya akan masuk kiri kan. Jawab penulis, "erm ye miss nanti masuk kiri dan cari pentunjuk jalan ke Jelebu. Entah mengapa apabila berkata sudah berada di dalam kawasan Negeri Sembilan, penulis sudah merasa tidak tentu arah, ini kerana hari itu merupakan lawatan beliau bagi latihan industri malah beliau sendiri tidak pernah mengajar penulis dan beliau pula merupakan seorang pensyarah dalam kursus yang berlainan.

Setelah Puan Norjiah tiba di Pejabat Mara Jelebu yang mana merupakan tempat penulis melakukan latihan industri, penulis membawa beliau berjumpa dengan supervisor industri, Encik Hazry, setelah beliau berjumpa dengan Encik Hazry, beliau beralih kepada penulis dan bertanyakan soalan-soalan mengenai latihan indutri yang telah penulis pelajari malah beliau juga bertanyakan soalan-soalan yang mampu untuk dijawab oleh penulis. Selain itu,beliau merupakan seorang amat peramah dan amat mesra sekali orangnya, ini membuatkan penulis amat menyenangi beliau.

Selain itu, penulis mendapat nasihat yang amat berguna yang mana kita perlu kepada memegang prinsip sendiri dan ini merupakan pelajaran sesuatu yang baru daripada beliau yang amat berguna di masa hadapan. Ini kerana beliau menerangkan hala tuju kita adalah kepada ketentuan Illahi dan semua perancanganNya adalah yang terbaik. Tambahan itu, "apa yang kita perlu dalam hidup adalah berpegang kepada prinsip agar hidup kita tidak menyesal di kemudian hari, dan jangan mudah terpengaruh dengan orang lain kerana setiap individu diberi hak memilik dan serupa dengan pihak yang lain. Justeru, setiap keputusan kita perlu sentiasa berserah kepada-Nya agar keputusan itu adalah perbuatan yang menghala keredhaanNya.

Tetapi mengecewakan apabila manusia diberi hak untuk memilih tetapi mengikuti kemahuaan kawan-kawan. Oleh itu, kita sendiri tidak berlaku adil kepada diri sendiri dalam memilih jalan hidup kita. Apabila kita berpegang pada prinsip hidup dan berlandaskan kepada Sunnah dan Al Quran nescaya kita akan beroleh ketenangan hidup.

Di akhir lawatan, beliau telah mengajak penulis untuk makan bersama-sama dan amat berterima kasih atas keikhlasan beliau atas kesudian membelanja penulis makan dan segala kebaikan beliau mendapat timbangan di akhirat nanti. Wallahualam.

Bengkel Penulisan Berita dan Kewartawanan

Kursus BH


Bengkel tertutup ini terbuka kepada ahli GPTD sahaja. Isi borang online jika anda masih belum menjadi ahli.

Tempat terhad!
Sila hubungi segera!
017-6144026 / 012-2841505

Pengguna Merubah Dunia

Pengguna merupakan golongan yang mampu menjadi agen penyatuan dan menwujudkan satu kuasa pengguna yang bukan sahaja mampu mempengaruhi permintaan dan penawaran, malah itu mampu melahirkan masyarakat yang berkuasa menentukan harga barang dan perkhidmatan dalam pasaran.

Justeru itu , pengguna sekiranya faham maksud sebenar pengguna ialah lebih berkuasa di pasaran dalam memastikan peniaga tidak menindas pengguna sembrono.

Dalam konteks kepengunaan yang semakin mencabar dewasa ini, penulis merasakan perlu tanggungjawab pengguna. Ini kerana, terdapat segelintir pengguna di Malaysia yang masih tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna.

Pengguna sekiranya faham sebagai tanggungjawab pengguna memerlukan pengguna yang mempunyai kesedaran mengkritik, pengguna mestilah disedarkan supaya mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan agar mendapat kepuasan yang sewajarnya.

Lantaran itu, pengguna perlu dalam pembabitan dan tindakan pengguna harus sentiasa membabitkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna. Ini kerana apabila kita berkumpul , kuasa pengguna akan lebih berkuasa dan mampu mengawal harga pasaran semasa.

Selain itu, perlu wujud tanggungjawab sosial yang menuntut pengguna agar bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial. Ini agar lebih menjamin kehadiran pengguna dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik dan mengamalkan sikap mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu jika ada yang tidak kena, walaupun diri anda tidak terbabit secara langsung.

Seluas saujana mata memandang memerlukan pengguna bertanggungjawab kepada alam ciptaan Allah swt ini yang mana suatu kesedaran yang tinggi atas keputusan mereka mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni dan mesra alam.

Akhir sekali, penulis menyeru agar golongan pengguna harus berganding bahu dan bersatu dalam melakukan tindakan yang mampu menghasilkan keberlangsungan kita sebagai pengguna dan mampu menghadapi sesuatu masalah dengan sepakat.

Wednesday, 18 November 2009

IPTA vs Unisel? Mana satu pilihan?

Meniti minggu-minggu akhir semasa praktikal, tiba-tiba penulis berfikir mengenai hala tuju selepas ini yang mana penulis merasa ingin mencuba untuk menyambung pelajaran di peringkat instititut pengajian awam (IPTA). Sebelum ini, penulis merasa terpanggil untuk meneruskan bersama-sama rakan-rakan seangkatan di UNISEL namun hakikatnya penulis merasa apakah berbaloi penulis meneruskan pengajian di UNISEL.

Mengapakah penulis menjadi begini kerana, terdapat beberapa rakan-rakan sezaman semasa sekolah dan sekelas mencadangkan agar penulis agar mencuba pulak di IPTA. Ini kerana, terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang baik disediakan. Ini sebenarnya, penulis bukan mahu memburuk-burukkan Unisel malah penulis menghargai sumbangan yang telah penulis raih malah amat berterima kasih juga kepada penghuni-penghuni yang banyak membantu penulis terutamanya teman-teman seusrah dan rakan-rakan yang mengenali penulis.

Dahulu, penulis berhajat untuk meneruskan pengajian di Unisel kerana mahu berjuang bersama-sama dengan rakan-rakan. Tetapi terlintas di benak yang berkata mengapa mahu menyambung kembali di Unisel? Sudah tiada tempat lain kah, tetapi penulis merasa ini apa yang perlu penulis lakukan kini hanyalah berserah kepada ketentuan Illahi dan wujud keajaiban buat masa terdekat ini yang boleh merubah pemikiran yang berceramuk.

Akhir kata, penulis berharap terdapat pandangan daripada pembaca-pembaca dapat menyumbang buah fikiran apa yang patutu lakukakan.Ucapan sekian terima kasih.

BAGAIMANA MERAIH KEJAYAAN DAN CEMERLANG

Kejayaan merupakan sesuatu yang ditagih setiap individu mahupun organisasi. Ini kerana masayarakat menilai bahawa kejayaan merupakan satu momentum untuk melakukan perubahan dalam diri seseorang mahupun organisasi. Pada hematnya, amat mudah untuk mencapai kejayaan tetapi setiap kejayaan itu pasti ada dugaannya.

Oleh itu, di sini dipaparkan akan beberapa individu yang berjaya khususnya dalam pelajaran dan melalui kejayaan mereka ini dapat menjadi teladan dan mampu memberi suntikan kepada semua agar dapat mencontohi mereka ini dalam merencana perjalanan kehidupan mereka untuk memperoleh kejayaan.

Merujuk kepada Kii Hen Seng dari SJK Dung Sang, Sibu Sarawak yang berkata, dia memperuntukkan kira-kira tiga jam sehari untuk mrngulangkaji pelajaran.Selain itu, beliau juga memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar dan juga mengikuti kelas tambahan dan membuat banyak latihan untuk mata pelajaran Matematik.

Dalam pada itu, Ili Hakima Azni Shah dari SK Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan pula berkata, dia memperuntukkan antara dua atau tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran dan sejam untuk beribadah. Beliau juga menyediakan jadual belajar bagi membolehkannya membahagikan masa selain memberi perhatian semasa guru mengajar.

Nur Amira Abdul Malek dari SK Alam Megah Dua, Shah Alam, Selangor berkata, selain memberi perhatian kepada guru semasa mengajar dia memastikan akan menyelesaikan semua kerja sekolah yang telah diberi. Tambahan itu, kesesuaian masa untuk mengulang kaji pelajaran juga diutamakan dan dia lebih selesa menelaah dalam suasana yang sunyi pada waktu malam.

C. Palani Kumar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, Ayer Tawar, Perak berkata, tumpuan penuh semasa guru mengajar adalah penting bagi memudahkan dia mengulang kahi pelajaran.

Sementara itu, Siti Hannan Shabirah Abdul Hakim dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu, Kelantan pula berkata, semua anggota keluarga bersama-sama membantunya semasa mengulang kaji pelajaran. Kelas tambahan yang diadakan di sekolah turut membantu beliau menjawab soalan dengan baik semasa peperiksaan.

Seterusnya, Tan Pei Yun, bekas pelajar Sekolah Menengah Datuk Seri Amar, Muar, Johor yang memperoleh 4 A dalam STPM berkata bahawa memberi tumpuan kepada pelajaran sama ada di kelas dan membuat kerja-kerja rumah yang diberikan, banyak bertanya kepada guru jika menghadapi kesukaran untuk memahami pelajaran yang diajar.

Akhir sekali, Nahrizul Adib Kadri, penerima Anugerah Pelajaran Diraja Konvokesyen Universiti Malaya Ke-38 menyebut bahawa kejayaan adalah hasil kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar, membahagikan masa yang bijak dan sikap ingin menolong diri sendiri. Memperbanyakkan nota yang dicari dan bukan hanya berharap kepada pensyarah sahaja selai itu pilihlah masa yang sesuai untuk belajar.

Tuesday, 17 November 2009

Hikayat Tiga Masons : Mahathir, Anwar dan Nik Aziz

Komentar Awal: Artikel ini bagi saya sangat menarik jikalau para pembaca dapat read between the lines. Sekali lagi saya kata read between the lines. Menyimpulkan pandangan yang sama seperti saya fikirkan.



sumber: MistisFiles




Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu.Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang.Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa.Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan.




Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini.Seorang darinya pula menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan.Yang lagi seorang pula tidak perlu dijelaskan lagi.




Seorang digelar Mahafiraun,seorang berjawatan Peliwat Negara dan Penjilat Dajjal Amerika.Seorang pula dilabel Pak Turut Dajjal Komunis.




(artikel ini tidak bermaksud bahawa ketiga mereka benar-benar 'Mason')






'Tiga Masons Melayu'





Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang berpengaruh.Masing-masing mempunyai aura mereka yang tersendiri.Menurut ilmu strategi Dajjal The Antichrist,para pemimpin seperti ini perlu didekati untuk menjerumuskan mereka kepada 'zombie-zombie' yang dapat bekerja untuk secara membuta-tuli di pihak syaitan manusia.Para pemimpin seperti ini perlu dimanjakan dan dibujuk-bujuk supaya menjadi terpukau dan menurut sahaja kehendak sang Dajjal.Kakitangan Dajjal tidak akan menemui Pak Mat yang menjual air tebu ditepi jalan untuk program memecahbelahkan umat Melayu beragama Islam atau Mak Bedah yang menjual pinggan mangkuk di Malim Nawar bagi usaha 'inter-religious faith' yang sebenarnya menghentam agama Islam semata.Adalah amat merugikan jika Dajjal menghantar para pencacainya kepada mat-mat rempit yang bersidai di Central Square di Sungai Petani.Lebih baik duit peruntukan itu ditabur kepada para pelacur kelas atasan untuk dihantar kepada para pemimpin Melayu supaya dapat diugut (blackmail) untuk menurut apa jua arahan Para Elit Dajjal.


Bagi yang mempelajari segala jenis konspirasi sang Dajjal, mula meneka-neka adakah mereka ini berjawatan Mason Melayu.

Soalannya sekarang,adakah ketiga-tiga manusia ini adalah Mason?

Jawapan kadangkala tidak menjawab persoalan yang ditanya.Jawapan kadangkala tidak membantu,malah menyusahkan,memecahbelahkan dan menghala si pengharap jawapan tadi ke arah kebinasaan.KADANGKALA LEBIH BAIK TIDAK MENGETAHUI DARI MENGETAHUI.Jika pengetahuan itu tidak mampu digunakan dengan baik,mungkin ia akan membinasakan orang yang punya pengetahuan tadi.


Kita tidak perlukan jawapannya sekarang.Walaupun salah seorang,atau kesemuanya adalah Mason Melayu yang bertopengkan Islam,namun itu bukanlah tujuan kita.Tujuan kita di sini adalah untuk memahami perjalanan The Hidden Hand untuk mencatur arah sosio-politik Melayu sama ada sebetulnya Islam atau hanya Islam pada namanya sahaja.Tujuan kita adalah untuk mengambil manfaat dari semua percaturan The Hidden Hand ke atas kita.Dengan kata lain,apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis,segar lagi menyihatkan.

Dr. Mahathir adalah seorang Melayu yang mempunyai karisma dalam bidang pentadbiran,percaturan ekonomi dan pembangunan.Tidak sia-sia beliau digelar Bapa Pembangunan.Jika beliau adalah seorang diktator,ya...beliau adalah seorang diktator Melayu yang berjaya membawa orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam KLCC dan LRT.Putrajaya,adalah nama ibukota kerajaannya yang baru sebagaimana kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor pada masa-masa yang lalu.

Tidak dinafikan segala sumbangan beliau dalam arena material dan kebendaan di Malaysia.Jika tidak asbab inisiatif beliau,Malaysia mungkin lebih lambat atau tiada langsung untuk mempunyai industri kereta sendiri.Orang Melayu yang disangka tidak mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum telah mampu mengeluarkan kereta sendiri.Kesampingkan pesimis-pesimis yang berkata itu dan ini.Jepun yang dikagumi mereka itu sebenarnya bermula sebagai penciplak dan peniru paling licik dan profesional.Teknologi Jepun yang menjadikannya hebat kini bermula dari kaedah meniru ciptaan orang-orang Barat seterusnya membaikinya sedikit demi sedikit.







Malangnya,beliau seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan agama.Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia.Malah beliau telah dikutuk-kutuk dan dituduh mempersendakan janggut nabi dan memecat mufti dan menangkap ulama yang tidak menyetujui dasar mengabaikan agama sendiri oleh beliau.Di zaman beliau,semua media dikawal dengan sebaiknya.Semua orang termasuk kawan dan lawan merasa gerun dengan karisma kediktatoran beliau.Kaum-kaum lain juga hanya berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan DEB.Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan berani.Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan mengancam kaum lain.Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir,sudah tentu orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.

Katakan saya ialah Dajjal The Antichrist.Sudah tentu saya perlu memerhatikan pemimpin ini supaya dapat dibujuk-bujuk untuk menerima Program Mengabaikan Agama Sendiri dan Mempersendakan Hukum Allah.Suntikkan dia dengan dana-dana yang besar-besar,beri dia penasihat dari kalangan Yahudi atau Neo-Christian supaya dia tidak jauh dari landasan yang ditetapkan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Mahathir Mohamad adalah seorang Mason,sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%.Dia hanya menyuapkan pembangunan semata,menghina janggut nabi,menggalakkan lahirnya para Modenis Melayu-Islam yang keliru dan sesat seperti Sister In Islam dan Astora Jabat yang rela melacurkan agama demi sesuap nasi dan bersikap pesimis terhadap hukum Allah s.w.t.Apakah sumbangan Mahathir kepada umat Islam?Jakim?Ahh...Jakim hanyalah topeng sahaja.Kemajuan Islam yang bagaimana dijana oleh si JAKIM ini?SEmakin lama si JAKIM ini bernafas,selagi itulah agama dikurung didalam surau,masjid dan pejabat agama.Ya,ada juga peneraju JAKIM ini ikhlas tetapi jika diuji dengan pasir yang ditabur di dalam periuk nasi mereka,adakah mereka rela berkorban atas nama agama atau merayu pasir tadi dibuang dari periuk nasi tadi?Hipokrit,mungkin itulah pandangan saya sebagai pengkaji konspirasi di Malaysia.

Tetapi ada cara lain yang lebih bermakna bagi menangani seorang 'Mason' tegar seperti Dr. Mahathir Mohamad ini.




Kita lihat manusia malang bernama Anwar Ibrahim ini.Kisahnya amat sedih lagi menyayat hati.Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin pelajar,peneraju kesatuan dan pertubuhan,amir gerakan yang punya visi dan misi yang mantap.Percakapannya memukau,gerak tubuhnya kena dengan situasi dan auranya begitu menyilaukan.Beliau pada mulanya berjuang di dalam ABIM,sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan untuk 'menikah' dengan PAS,sebuah gerakan Islam berteraskan politik.Ini kerana percaturan beliau yang selama ini dimpikan ialah;memasuki UMNO yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai organisasi sekular yang sakit,memulihkan dari dalam,menerajuinya dan mungkin...menggabungkannya dengan ABIM dan PAS.Sungguh indah percaturan manusia bernama Anwar Ibrahim ini,kalau benar seperti yang dimpikannya maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah dan berdarah.Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.

Namun,panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Beliau berjaya menyusup ke dalam Umno.Plannya yang pertama tercapai.Maka selepas itu beliau berjaya menaiki puncak demi puncak hingga menjawat Timbalan Perdana Menteri.Di masa-masa kegemilangan beliau,Malaysia menikmati zaman Harimau Ekonomi.Siasah pentadbiran dan ekonomi beliau tidak kalah dengan Dr. Mahathir.Gandingan dua insan Melayu yang bijak pandai ini menghasilkan keajaiban sebentar,sebelum The Hidden Hand menghantar George Soros menyerang ekonomi Harimau-harimau Asia Tenggara.Istilah 'spekulasi' mendadak semakin popular hingga Pok Nik Hasse di Lata Buaya di Kelantan dapat menyebutnya dengan fasih.Selepas itu,seolah-olah dirancang,satu demi satu nasib malang hinggap di bahu beliau.







Anwar telah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang pelik-pelik.Pada masa inilah beliau diberi jawatan Peliwat Negara buat pertama kalinya.Satu tilam tanpa cadar terpaksa diusung untuk membuktikan kesalahan beliau.Nasib baiklah tidak diusung sekali Tivoli Villa tempat tilam tadi bersemayam.Anwar bingkas mempertahankan dirinya.Beliau mengambil jalan revolusi.Road show dan demonstrasi jalanan.Dan Mahathir punya alasan yang cukup untuk menangkap Anwar dan menyumbatnya ke penjara.JIka Anwar Ibrahim duduk diam dan bersikap tawaduk dan 'defensive' apakah jalan Mahathir untuk memenjaranya?FIKIRKAN RAHSIA INI.


Di dalam penjara,Anwar Ibrahim telah menerima tamparan yang paling hebat dalam hidupnya.Dari orang No.2 dalam negara jatuh mendadak ke seorang banduan dan yang paling menyedihkan dituduh sebagai peliwat.Hina sehina-hinanya.Jika Anwar seorang manusia biasa yang punya perasaan,sudah tentu ini amat-amat menekan beliau.Adakalanya ketika waktu-waktu yang membosankan di penjara,beliau mengalami trauma yang amat dasyat.Dibogelkan dan dipukul.Dan 1001 azab yang ditimpakan ke atasnya,walaupun dia pernah berjasa memajukan universiti dan pendidikan anak-anak polis yang memukulnya tadi,itu bukan persoalannya sekarang.


Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist,inilah masanya untuk bertindak.Saya akan menghantar para pencacai saya untuk menemui Anwar di penjara.Para pencacai saya akan bertanya khabar dengan Anwar dan memberikan kata-kata semangat.Para pencacai saya juga akan menaburkan janji-janji manis kepada Anwar jika dia dibebaskan nanti.Anwar Ibrahim akan dibantu dari segi kewangan dan diberi pekerjaan.Saya akan mengagak,sudah tentu Anwar akan ter'mindcontrol' dengan sendirinya apabila dihipnosis oleh pakar mindcontrol saya.Teorinya tidak susah,orang seperti Anwar yang dibenci oleh umat Melayu (media massa dikawal oleh seorang kuli saya yang lain,maka Anwar telah dipromosi secara besar-besaran kepada umat Melayu sebagai pengkhianat dan peliwat) akan merasakan orang-orang yang datang ini adalah sahabat sejati yang menolong ketika susah.

Anwar dalam keadaan begini berada dalam kondisi yang amat lemah.Moral dan semangatnya amat lemah.Kekecewaan,kesedihan dan rasa marah yang dasyat pasti menguasai diri.Di masa inilah yang sesuai untuk saya cucukkan jarum.Anwar perlukan sokongan di masa ini.Saya takkan biarkan musuh-musuh saya dari kalangan pengikut agama Allah atau para ulama datang menemui Anwar dan mengatasi para pencacai saya.Tetapi saya tahu saya ada kelebihan yang tersendiri.Memanglah ada penyokong dia yang datang memberikan sokongan dan kata-kata semangat termasuk ahli keluarganya,namun manusia tidak kenyang dengan hanya makan kata-kata semangat.Hahaha...mereka tidak boleh mengatasi kunjungan orang-orang suruhan saya.

Mereka datang bukan dengan tangan kosong,tetapi janji-janji benar tentang dana-dana dan pekerjaan yang akan diberikan kepada Anwar selepas keluar dari penjara.Anwar sudah tentu tidak boleh mengharapkan para penyokongnya yang miskin dan papa kedana itu untuk mencarikannya pekerjaan.Dia musuh No. 1 negara sekarang.Adakah Anwar akan terhegeh-hegeh membeli Utusan Melayu atau The Star untuk membuka halaman iklaneka mencari pekerjaan bagi menyara dirinya dan keluarganya?Fikirkan.Strategi bijak saya ini akan mengena.Saya ialah Dajjal,Manusia Bijak.Siapa boleh lawan saya dalam hal kawalan minda dan seni mempengaruhi manusia??Siapa Dale Carnegie?Anthony Robbins?Neuro-Linguistic Programming?Itu semua sampah!Rubbish!Seni mindcontrol saya lebih dasyat!

Setelah keluar dari penjara,Anwar akan bertugas sebagai penceramah di universiti-unversiti luar negara.Kami para Elit akan melayan beliau dengan baik.Biar dia jauh hati dengan bangsanya sendiri yang menghina dan menjatuhkannya ke dalam lubang tandas penghinaan paling keji dalam sejarah hidupnya.Kami akan bentuk mindanya supaya apabila dia kembali menjadi pemimpin di negaranya,dia akan kurang sensitiviti terhadap agama dan bangsanya.Apabila kami akan promosikan konsep persamaan agama,dan teka...adakah Anwar akan menuruti langkah kami?

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Mason,sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%.Logo Parti Keadilan berlambangkan 'mata satu' lambang Dajjal The Antichrist.Anwar menyambut baik 'inter-religious dialogue' yang sebenarnya menghentam Islam sahaja.Nama Allah boleh dipakai penganut agama lain.Jadi mereka boleh mengukir kalimah Allah di dalam gereja,kuil dan tokong.Anwar selalu ke luar negara dan menghadiri majlis-majlis para pengikut Dajjal.Hak-hak Melayu-Islam semakin lama semakin diperkosa di bawah order Anwar.Al-Gore sudah tentu idola Anwar.HIdup Anwar kini dikelilingi Yahudi dan Nasrani yang menaburkan hartabenda ke atasnya.Jerusalem Post menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia,apa maknanya itu?Ya..ini bukti konkrit Anwar adalah seorang Mason.Misinya hanya mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia,selepas itu mungkin dia menjadi boneka atau digantikan dengan Mason yang lebih sadis.

Namun sebenarnya ada cara lain yang lebih bermakna untuk menangani seorang 'Mason' seperti Anwar Ibrahim.







Kita beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu.Beliau bergelar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Beliau berjuang atas nama agama Islam.Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik,tetapi seorang pemimpin spiritual.Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia.Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini.Dia bukan seorang pemimpin negara.Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas.itu sahaja.Noktah.

Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist,saya akan menggunakan taktik seperti yang dikenakan ke atas Mahathir.Saya akan dekati Nik Aziz ini.Bagaimana saya mahu dekati dia?Dia seorang yang berlatarbelakangkan agama.Haha...tidak susah.Malah amat senang sekali.Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.Saya akan menghantar para orientalis yang hebat ilmu agamanya,hafiz dan fasih dalam pelbagai disiplin agama Islam.Mereka saya pastikan memakai serban besar-besar dan jubah-jubah.Mulut mesti sentiasa bergerak-gerak,berzikir mengingati musuh No .1 saya (Allah) kononnya...huhuhu.


Nik Aziz akan didoktrin secara senyap-senyap.Dia semakin tua.Sudah pasti tekanan kerja makin tinggi kerana keupayaan dia makin melemah.Saya biarkan dia mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik.Saya biarkan dia menerajui Pas supaya umat Islam tidak bersatu.Saya biarkan dia mencorakkan Pas sebagai sebuah parti Islam yang agresif.Dia akan kafir-mengkafirkan saudara sendiri dalam Umno jadi orang Islam dalam Umno akan jauh hati dengan Pas dan semakin benci dengan Pas dan Hukum Allah nya.Jadi biarlah Umno dengan fahaman Sekularnya dan tidak lagi mahu berjinak-jinak dengan ajaran Islam secara keseluruhan.Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan.Nik Aziz semakin tua,dan semakin nyanyuk hehehe...lepas itu saya akan kawal fikirannya supaya lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pelik-pelik dan akhirnya bertentangan dengan Islam sendiri.Akhirnya parti Pas akan dicop Parti Ajaran Sesat disebabkan gelagat Nik Aziz tadi yang sudah nyanyuk.

Saya akan pastikan dia tidak menyetujui apa jua cadangan menyatupadukan umat Islam di dalam Umno dan Pas.Saya akan jadikan Pas itu seolah-olah Sunnah dan Umno itu Syiah.Tidak mustahil orang-orang Pas dan Umno akan bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku kepada pengikut Sunnah dan Syiah di negara-negara Timur Tengah,India,Iran atau Pakistan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason,kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%.Kenapa?Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang.Bila Pas nak muzakarah dengan Umno,kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh?Bila gagal,boleh kutuk-kutuk Umno pula.Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan,si tua ni lagi yang buat masalah.Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing.Tidak boleh disentuh langsung.Haram.Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja?Biar betul si tua ni.Pelik dan semakin pelik.Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno.Tidak beragak langsung.Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri?Betul-betul pening dengan si bangka ini.

Sebenarnya ada cara yang bermakna untuk menangani seorang 'Mason' bernama Nik Aziz Nik Mat ini.

Ketiga-tiga manusia ini masih menerajui organisasi masing-masing kecuali yang pertama.Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab dengan persoalan;mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?Ketiga-tiganya telah memotong kek perpaduan Melayu-Islam kepada tiga bahagian.Tiga bahagian ini cukup untuk menghuruharakan Melayu yang memiliki dilemanya sendiri dipanggil Dilema Melayu.Tiga bahagian ini cukup menserabutkan kesatuan Melayu sehingga Dajjal Komunis selesa menaiki takhta pemerintahan,menggalakkan industri babi dan arak dengan selesa.Mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?

Mari kita main permainan teka-meneka.JIka Mahathir adalah Mason,Anwar adalah orang yang mahu diperangkap oleh Mahathir supaya dapat dikawal sehingga menjadi Mason seperti dirinya.JIka Anwar adalah Mason dan Mahathir bukan,ini sesuatu yang bodoh bagi The Hidden Hand.Lebih baik me'Mason'kan Mahathir dahulu,kerana dia lebih dahulu mendaki takhta kerajaan.Anwar tidak akan menjadi Mason yang bersusah payah mendaki takhta sehingga akhirnya gagal.Mason perlu berjaya dengan mudah.Lihat senarai presiden Amerika.Berapa ramai yang menjadi Mason?Berapa ramai yang tidak?Dan Nik Aziz.

Jika dia seorang Mason,ini adalah sesuatu yang istimewa.Dan unik.Hanya teori Thesis dan Antithesis boleh menjawab mengapa Nik Aziz ditahbiskan di sebuah Lodge Mason.Bodohla The Hidden Hand jika membiarkan para pejuang Islam berjuang dengan selesa dan selamat.Mereka akan diuji.Adakah benar-benar mahu berkorban atas nama Allah s.w.t.Atau hanya menjaga periuk nasi sendiri.

Sekarang mari kita muhasabah diri kita.MENGAPA KITA SELALU BERSANGKA BURUK DENGAN SAUDARA KITA YANG MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KITA??

Cara yang lebih bermakna untuk menangani persoalan adakah mereka semua ini adalah Mason,ialah dengan KEMBALI KEPADA PENCIPTA MEREKA SENDIRI.

Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam.Tidak pula Mahathir si Mahafiraun menyembah patung Hindu atau mengisytiharkan dirinya murtad.Kita tahu dia seorang Islam seperti kita.Jangan persoalkan imannya.Itu urusan Tuhan.

Dan tidak pula terang-terang si Anwar Peliwat Negara mengaku dirinya hamba Dajjal Amerika yang setia dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam,sebagai ganti misi untuk menghancurkan Umno dari dalam.Tiada.Anwar seorang Islam seperti kita.Isteri dan anak-anak perempuannya bertudung kemas.Tidak pula terlihat gambar Nurul Izzah berparti di disko sambil memakai tube,skirt pendek yang menghairahkan sambil memegang Tiger Beer dengan posing yang ceria.Tetapi anak-anak pemimpin kerajaan acapkali 'terkantoi' dengan foto-foto yang memalukan.

Anwar seorang Islam seperti kita.Jangan ragu.

Nik Aziz?Tidak perlu diulas.Jika diulas,ini namanya pembaziran.








Wahai manusia yang mengaku Islam,

Justeru itu,tidak bolehkah kita berdoa dan bermunajat ramai-ramai sebagai saudara seIslam kepada mereka,dengan hati penuh tulus ikhlas...mendoakan keselamatan mereka dan tetap dalam iman.Hindarkan mereka dari menjadi hamba Dajjal dan Iblis.Jika kita bersangka baik dengan mereka,bukan seorang tetapi jika jutaan umat Islam bersangka baik dengan mereka dengan ikhlas...lambat laun...sekiranya Mahathir seorang Mason sejati,insyaAllah sudah pasti Allah akan menterbalikkan hatinya menjadi seorang pembela agama di akhir hayatnya.Mengapa kita terus menghina dia dengan gelaran Mahafiraun,nanti jika benarlah Mahathir Mohamad ini seorang Mason pencacai Dajjal yang namanya tertulis di dalam Lauh Mahfuz sebagai ahli Neraka Jahannam,sudah pasti dia akan menempuh jalan yang amat menyedihkan dek kerana tiada siapa yang bersangka baik,membetulkan agamanya dan mendoakannya apatah lagi mahu mengajaknya mendekati Penciptanya sendiri.Mungkin setelah berada di alam barzah,Mahathir akan menyumpah-nyumpah seluruh ahli Umno yang tidak membetulkan kesalahannya dan seluruh ahli Pas kerana bencikannya dan menjauhkan diri darinya.Na'uzubillah min zalik.

Tidak bolehkah kita sebagai saudara seIslam kepada insan bernama Anwar Ibrahim,mendoakan dia supaya terhindar dari pujukrayu kakitangan Dajjal Laknatullah,ditetapkan iman dan perjuangan?

Jika kita beramai-ramai bersangka baik sebagai saudara Islamnya sambil mendoakan dia tetap dalam iman,insyaAllah...Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga Hati-hati manusia,jika benarlah Anwar Ibrahim seorang Mason yang sadis maka Allah s.w.t akan menterbalikkan hatinya menjadi pejuang Islam yang tegar dan istiqamah.Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang penuh karisma.Amat rugi jika ribuan umat Melayu memakihamun mendoakan kecelakaannya,maka kemungkinan Anwar sebagai seorang Mason akan tetap dengan jalannya yang sesat dan selepas menggelapar kesakitan akibat sakarat...ohh...dia akan dicampak ke dalam lubang-lubang neraka yang amat panas sambil ditemani ular dan jengking akibat dosanya mengikut kata-kata kakitangan Dajjal Laknatullah.







Tidak bolehkah kita bersangka baik dengan manusia bernama Nik Aziz Nik Mat.Doakan dia teguh imannya dan sihat akal dan tubuh badannya supaya kekal berjuang di dalam Islam.Adakah kita merasa mendapat kebajikan dengan menggelar dia sebagai Nik Najis dan sebagainya.Doakan dia supaya lebih berhati-hati dalam percakapan dan menggerakkan usaha untuk mentarbiah dan mendekati ahli Umno supaya lebih faham agama mereka sendiri.Jika 1000 orang Islam mendoakan kesejahteraan Nik Aziz,insyaAllah sudah pasti 1000 oarng tadi akan mendapat manfaatnya.Masalah tidak akan selesai jika asyik mengutuk Nik Aziz,maka kita seolah-olah mendoakan dia supaya tetap di jalan sesat,jika dia sebenarnya seorang pendakyah Mason yang berpura-pura.FIKIRKANLAH.

Doakan mereka yang menerajui tiga parti terbesar orang Melayu-Islam ini supaya diberi ilham dan hidayah oleh Allah Azza Wa Jalla supaya duduk berbincang menyelesaikan pertelingkahan yang ada.JIka Mahathir...ya tidak mustahil Najib sendiri secara tiba-tiba bertukar menjadi pembela agama yang teguh,insyaAllah sudah pasti The Hidden Hand akan mendapat stroke secara tiba-tiba.JIka Anwar Ibrahim tiba-tiba membubarkan partinya dan mengajak semua penyokongnya memasuki Pas dan dikuti pula tanpa banyak soal oleh para pengikutnya,maka terkejutlah Dajjal Komunis.Akan gagallah segala perancangan laksana roket yang meletup sebelum sempat berlepas ke angkasa.


JIKA SEMUA UMAT MELAYU BERSATU DAN MENGAMALKAN ISLAM SUNGUH-SUNGGUH,MAKA AKAN TERPEKIKLAH DAJJAL DI PULAU SINGA.



Mungkin ini semua sebuah utopia,fikir sesetengah pesimis.Biarlah ia kekal sebagai utopia dan tunggulah masa dan ketikanya umat Melayu akan dihina sekali lagi,dijajah dan dihalau.Jika kebangkitan akhir zaman sepatutnya dimiliki oleh umat Melayu,tidak mustahil Tuhan akan menggantinya dengan umat yang lain.Dan umat Melayu akan dihapuskan kerana masih berdegil berpecahbelah.

Tidak ada ruginya kita bersangka baik.Tetapi memaki hamun dan berburuk sangka sudah semestinya tidak membuahkan pahala dan kebajikan.

Allah Maha Menjaga Hati-Hati Manusia.Kekuasaan di tangan-Nya.Allah Maha Kuasa.Makhluk tiada kuasa.
------------------------------------------------

Kami dapati ada sebilangan pembaca yang terkeliru maksud tersirat dari artikel ini.Nasihat kami:BACA SAMPAI HABIS.Setiap tokoh telah kami 'attach'kan dengan kutukan-kutukan oleh para pengkritik mereka.BUKAN KAMI tapi semua itu diambil dari suara-suara dalam politik.

Kami tidak mengatakan mereka adalah Mason.Judul artikel hanyalah sensasi sahaja.

Apa yang penting,moral yang dapat diambil dari artikel ini adalah:bersangka baik dengan mereka dan mendoakan mereka.Itu lebih baik.

Jika mereka sebenarnya seorang Muslim yang baik,itu adalah kelebihan.Tetapi jika mereka sebenarnya memang penipu bangsa seterusnya seorang MASON,berkat keikhlasan anda mendoakan dan bersangka baik dengan saudara seagama dengan saudara Insya Allah,Tuhan akan menterbalikkan hati mereka ke jalan-Nya.Lihat,adakah mereka seorang Mason,itu tidak penting.

Inilah yang dinamakan win-win situation,dan inilah maksud kami,

"apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis,segar lagi menyihatkan"

FIKIRKAN SEMULA.

PEMERKOSAAN VISUAL

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".

Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda

Tolong sebarkan informasi ini dengan fowardkan kepada semua kawan-kawan anda
.