Thursday 27 August 2009

Tidak sabar?

Penulis merasa hari-hari latihan industri terasa amat lambat untuk dihabiskan serta merasakan suatu hari-hari yang amat memenatkan. Ini kerana, dengan bilangan tugas yang hamper sama setiap hari meweujudkan suatu keadan yang membosankan hidup ini.
Untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, penulis merasakan dengan membaca amat sesuai sekali dilakukan. Ini kerana, melalui pembacaan penulis dapat menambah pengetahuan serta membuat diri ini untuk berfikir apa yang patut dilakukan. Selain itu, pembacaan penulis kadang berubah-ubah bagi membagikan kelainan tahap pemikiran penulis amnya. Penulis amat mengemari penulisan seperti pengalaman individu yang berjaya dalam hidup, kupasan isu-isu semasa serta pembacaan kegemaran penulis iaitu kupasan isu politik semasa yang penulis sebenarnya tidak menyukai politik kepartian.
Lantaran dek menghitung hari, Malaysian Universities English Test (MUET) meragut hari. Pada October ini, penulis akan melalui hari-hari untuk menghadapi peperiksaan ini yang amat kesuntukan hari serta penulis bercadang untuk memindah lokasi untuk penulis mejawab MUET ini di daerah penulis sendiri iaitu di daerah Jelebu tanah tumpah darah ku hendaknya.
Dewasa ini, apabila sudah menghabiskan sisa-sisa pelajaran Diploma ku di UNISEL, penulis telah menanamkan azam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah yang mana merupakan cita-citaku yang mana penulis sendiri rasakan perlu diri kita sebagai manusia untuk menambah ilmu yang tidak seberapa ini.
Tambahan itu, penulis merasa sudah tiba masanya penulis perlu serius dalam menghadapi hidup ini serta meninggalkan segala bentuk perkara yang meyebabkan focus penulis tergelincir dari landasan selama ini. Oleh itu, penulis akan mengurangkan masa penulis untuk menghantar meseg atau membalas meseg yang tidak penting lagi. Selain itu, penulis merasa antara berjemaah dan berpersatuan harus diletakkan pada tempat yang kedua. Bukan bermaksud meninggalkan jemaah tetapi mengurangkan aktiviti dalam jemaah.
Akhir kata, penulis berharap kepada Allah yang mana segala percaturan yang telah penulis susun dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tambahan itu, penulis merasa jiwa ini akan bertambah tenang dengan segala macam karenah hidup.

No comments: