Thursday 27 August 2009

Menyelusuri Hidup

Apakah cara hidup yang penulis kini lalu adalah tepat? Ini kerana selalu timbul seribu macam perasaan yang menyelubungi hidup penulis. Seakan-akan mengajar penulis berada di persimpangan hidup. Hidup ini ibarat berladang kerana tujuan kita di lahirkan adalah untuk mengabdikan diri pada Allah s.w.t yang mana merupakan pencipta yang menwujudkan kita ke dunia ini. Tetapi kadang-kadang apabila kita melakukan kebaikan timbul suatu perasaan yang tidak kekal lama dalam diri penulis. Ini kerana penulis hidup di dalam dunia yang nyata serta bukan berada di alam maya yang mampu dicakna oleh diri penulis sahaja.
Tambahan itu, penulis menetapkan pada pemikiran untuk melakukan sesuatu yang baik tetapi adakah untuk tujuan menunjuk. Sebenarnya, manusia ini kekadang memerlukan perghargaan dari manusia lain. Ini kerana perghargaan adalah suatu pendukung moral seseorang indvidu untuk tambah berjaya. Tidak mengapa sekiranya tiada perghargaan tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih. Penulis melihat dewasa ini situasi untuk menghargai serta mengucapkan ucapan terima amat susah untuk dipamerkan oleh rata-rata kebanyakan masyarakat kini.
Di sini pada hemat penulis perlu ada suatu pendekatan untuk kembali kepada budaya Melayu dulu yang berbudi serta indah akal nya pabila berbicara tentang sesuatu perkara. Oleh itu, perlu ada generasi yang berfikiran merubah budaya yang lebih baik dari sekarang serta mementingkan semangat ketimuran.
Akhir kata dari,penulis, untuk menjadi seseorang insan yang adalah mempelajari menyantuni orang lain serta mengamalkan adab-adab yang berhemat sebagai seorang Muslim……..

No comments: