Thursday 27 August 2009

Keruan hidup

Kebelakangan ini,penulis terasa hidup ini terasa lapang dan merungsingkan diri penulis. Penulis ibarat burung-burung yang terbang bebas di awan biru. Setiap terbagan terasa kepak tidak terlalu berat terasa.
Adakah kerana diri tiada masalah ataupun sahaja berlagak tiada masalah? Menjawab persoalan itu, setiap manusia mempunyai masalah tetapi kebelakangan ini masalah ini tidak terlalu berat dibeban oleh penulis. Menjurus kepada fenomena yang mana penulis menjadi seorang tidak memiliki apa-apa pengetahuan, penulis merasa diri ini semakin hari banyak mempelajari sesuatu dalam hidup. Kadang-kadang hidup ini ibarat roda kekadang kita berada di bawah kekadang berada di atas. Ini adalah resam kehidupan manusia yang mana setiap pengalaman mengajar diri kita berubah. Sekiranya kita tidak berubah bermakna kita berada di takuk yang lama. Ini sudah semestinya menjanji individu tersebut tidak maju. Untuk menjadi seseorang yang mampu bergerak ke hadapan pengetahuan amat penting.
Untuk berjaya kadang-kadang, manusia selalu melakukan kesalahan yang mana melalui kesalahan menjadikan seseorang berubah serta mempelajari kesalahan itu untuk melakukan anjakan paradigm. Selain itu, pembelajaran hidup juga memerlukan kita membaca yang dalam al-Quran sendiri iaitu ayat pertama menyuruh manusia untuk membaca. Oleh itu, pembacaan yang luas serta memperbanyakkan membaca mejadi minda kita berkembang serta menajamkan fikiran
Permasalah masa kini adalah kita sebagai umat Islam diancam dari pihak musuh yang tidak sukakan Islam dengan pelbagai pemikiran yang mana kita tidak menapis apa yang kita terima , kemungkinan akan banyak mempengaruhi akidah kita sebagai umat Islam. Justeru itu kita sebagai umat islam perlu untuk memantapkan akidah kita dengan ajaran Islam yang sebenar-sebenarnya bagi tidak membuat kita terjerumus ke arah kemusyirikkan.
Saujana kini mata memandang juga memperlihatkan sosio politik yang berantakan yang sedikit sebanyak membuat rakyat menjadi mangsa. Para pemimpin sepatutnya matang untuk menjaga kepentingan rakyat bukan untuk mengatakan pihak ini salah dan pihak ini adalah benar. Perlu ada pendekatan politik yang kea rah perpaduan yang pemimpin tidak merasai penderitaan rakyat kerana mereka yang berada di atas menerima gaji yang beribu-ribu ringgit tidak sama seperti pemimpin semasa pemerintahan khalifah Islam dahulu yang mana harta yang ditinggalkan semasa meninggal hanya beberapa dinar sahaja. Oleh itu, penulis menegaskan penulis menolak politiik sebagai penentu masa depan Negara yang mana poltik tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat tetapi menyusahkan rakyat itu sendiri.

No comments: