Sunday 23 August 2009

Misi Sukarelawan Ke China 2010

Jika diizinkan oleh Allah s.w.t awal bulan Januari, aku akan dijangka melakukan misi ke Negara China bagi meneruskan usaha abg Suhail yang mana telah berada di China hamper setahun. Dalam menyediakan diri, aku seharusnya mempelajari bahasa Mandarin terlebih dahulu. Ini kerana, bahasa utama di China adalah bahaasa Mandarin. Sebenarnya aku pun terkejut apabila pada malam LDK di Kem Sakti anjuran GPTD yang mana abg Jufitri sendiri berkata untuk menghantar sukarelawan selama 6 bulan. Aku merasa tanggungjawab yang bakal digalas ini amat mencabar yang mana menuntut diriku agar berada di bumi yang asing dengan ku. Aku sebenarnya menjadi berani setelah mendengar perjelasan dari abg Jufitri yang menceritakan mengenai abg Noryzal sendiri yang merupakan seorang mat rempit, mampumenjadi insan yang amat mantap dari segi penampilan serta sahsiah setelah dihantar ke Pulau Christmas, Australia selama hampir tiga tahun sebagai Imam Muda.

Sebenarnya tujuan aku ke sana juga untuk melakukan misi sukarelawan serta melebarkan perhubungan dengan masyarakat Islam China, mempelajari sosio budaya setempat, sosio politik, mengenalpasti pasti nilai-nilai Islam China serta mempelajari bahasa China itu sendiri.

Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin menyumbang misi ini amat dialu-alukan. Ini kerana untuk perbelanjaan aku di sana selama 6 bulan. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh menghubungi NOR HAFIZ di 017-3508073. Jasa baik anda semua amat dihargai.

No comments: