Friday, 3 July 2009

Etika Seorang Islam

Menyelusuri arus masa kini, ramai umat Islam yang menganut Islam serta mengaku Islam mempunyai kod etika? Etika itu sendiri bermaksud adab dan moral. Manusia yang beradab ialah manusia yang mempunyai minda yang berdisplin. Ini merupakan persoalan yang penulis lontarkan kepada semua UMAT ISLAM yang mana rata-rata sepatutnya mempunyai etika yang amat sopan serta disulam dengan akhlak yang terpuji sepertimana yang terkandung dalam al-Quran sepatutnya tetapi adakah umat Islam begitu?. Mari kita melihat yang mana ada sebuah hadis riwayat Bukhari yang bermaksud, "Sesungguhnya insan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempunyai nilai moral yang tertinggi. Orang Islam bertanggungjawab dalam memperkasakan etika dan moral oleh kerana mereka telah deperintahkan agar menyeru kepada kepada kebaikan serta mencegah daripada kemungkaran.
Adab serta budaya yang terkandung dalam Islam perlu ada pada setiap umat Islam bagi melahirkan mujahadah yang mampu membela Islam dengan pemikiran yang beretika serta mempunyai pengetahuan yang mampu merubah sosio masyarakat Islam itu sendiri tanpa perlu menghalalkan cara yang mampu merosakkan Islam itu .
Menurut Prof Dr.Dr. Yusof al-Qardawi, perselisihan di kalangan umat Islam berpunca dari dua sumber, iatu sumber akhlak dan sumber pemikiran. Perpecahan yang berpunca daripada akhlak berlaku kerana seseorang itu:-

i) Diperdaya oleh diri sendiri dan kagum dengan pandangan sendiri.
ii) Menaruh buruk sangka pada orang lain dan cepat membuat tuduhan tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu
iii)Cintakan atau bangga diri di samping lebih suka mengiktu hawa nafsu justeru, mereka ini lebih menjaga kepentingan tuanya
iv) Berlumba-lumba untuk menampilkan individu tertentu dan keturunanya
v) Taksub dan fanatik terhadap pandangan individu dan mazhab tertentu
vi) Taksub atau fanatik dengan parti atau jamaah

Justeru itu, penulis menyeru kepada semua umat Islam agar kembali kepada perpaduan dan buangkan serta lontarkan kembali permuafakatan di dalam menghadapi permasalahan umat. Permusuhan yang diwujudkan tidak mendatangkan kemaafaatan sebaliknya musuh-musuh Islam merasa amat gembira serta bertepuk tangan atas sikap yang kurang bijak yang mana kita tonjolkan. Oleh itu, kita marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Penulis ini merupakan penuntut Diploma Pengurusan Pentadbiran di Universiti Industri Selangor dan Insyyallah akan menghabiskan pada hujung bulan Julai ini. Apa yang baik ditulis ini, datangnya dari Allah dan segala kesilapan dan kekhilafan datangnya dari diri saya sendiri. Wallahualam

No comments: