Sunday 19 July 2009

Owh Peperiksaan,,,,,,,

Menunggu 22hb Julai 2009, pada jam 9.oo pagi bertempat di Dewan Utama, aku menanti hari-hari untuk menjawab kertas soalan pertamaku untuk sem terakhirku di Unisel iaitu The Individuals and The Organizations atau untuk makluman yang lain disebut juga Organization Behaviour. Kertas peperiksaan ini sebenarnya subjek yang memerlukan persediaan membaca dan memahami fakta-fakta berkenaan cara-cara,etika serta budaya berorganisasi. Subjek ini diajar oleh Cik Ida Farina bt Yunus yang juga merupakan Ketua Program bagi Diploma Pengurusan Pentadbiran. Beliau sendiri sudah berpesan agar lebih banyak membaca dan menghayati dari menghafal. Apabila difahami dengan betul dan tepat, untuk menjawab kertas ini agak mudah serta merasa diri akan lebih senang untuk mengeluarkan idea dengan ayat kita sendiri. Lantaran itu, aku merasa diriku agak bersedia untuk menjawab dan juga aku sudah berada pada tahap optima untuk menghadapi peperiksaan pertama ku..Insyaallah.Aku juga di sini meminta maaf serta ampun kepada sesiapa yang telah ku lakukan kesilapan dan dihalalkan makan dan minum dari hujung rambut ke hujung kaki...

1 comment:

jiwafaham said...

Salam. Minggu ini memang minggu peperiksaan, sebab sudah diset begitu oleh kementerian. Dari darjah 1 sekolah rendah hingga tingkatan 6 atas sekolah menengah di wilayah persekutuan semua murid menghadapi peperiksaan minggu ini. Namun terdapat juga IPT yang diberi kuasa otonomi menentukan tarikh peperiksaannya.
Bagi anak-anak yang bersekolah ini, usaha menghadapi peperiksaan dijana sepenuhnya oleh ibu-bapa. Saya sebagai ayah tidur seawal 12.30 malam dan bangun seawal 5.15 pagi, memantau aktiviti anak di minggu peperiksaan ini, mendoakan kejayaan anak, meneliti setiap keperluan semasa peperiksaan dipenuhi. Tujuannya hanya untuk kejayaan cemerlang dan masa depan yang gemilang untuk anak.
Pada anak-anak yang berada di institusi pengajian tinggi, harap-harap ilmu dan pengalaman yang dibekal oleh ibu-bapa yang tak pernah kering air liur memberi pesan, nasihat, peringatan, doa dan sebagainya.
Harap kamu tak abaikan penat lelah ibu-bapa kamu, dan membalas budi kedua mereka dengan kejayaan cemerlang kamu. kejayaan cemerlang kamu itu untuk kamau juga bagi melakar kehidupan cemerlang setelah tamat belajar akademik kelak. tapi belajar mencanai kehidupan akan berterusan sehingga nyawa bercerai dari jasat kelak. itulah noktahnya.