Monday, 15 June 2009

Berkebajikan vs Prihatin

Apakah anda semua sedar yang Malaysia kini sedang mengalami kekalutan poltik yang amat sangat? Berbagai perkara kini terjadi dengan bermacam tuduhan berlaku antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Kebanyakan golongan muda yang mngambil tahu akan situasi serta pekembangan politik Malaysia ini amat merugikan kepada rakyat. Kenapa penulis menyuarakan ketidak puasan kerana apabila kedua-dua belah bertelagah, pimpinan atasan melupakan agenda rakyat yang sepatutnya membantu rakyat untuk mengatasi masalah yang sedia telah bermasalah. Tambahan itu, suasana politiking di Malaysia juga menyaksikan wujud fenomena yang mana pihak tertentu mengambil kesempatan akan kekalutan masa kini. Penulis sendiri merasakan pemimpin yang berjiwa rakyat harus bangkit akan permasalahan yang telah sedia bermasalah. Pada penulis, penulis berminat dengan gagasan yang telah diusulkan oleh Presiden Pas,Dato'Seri Hadi Awang yang mana mahukan suatu Kerajaan Perpaduan. Ini sedikit sebanyak menjadikan pihak kerajaan dan pembangkang menganggotai suatu Kerajaan yang bekerjasama meneruskan usaha membangunkan sumber ekonomi serta sosial yang mampu ditangani secara bersama. Ini sedikit sebanyak memupuk persaudaraan dan mengelakkan permusuhan yang merosakkan rakyat. Pemimpin perlu berjiwa besar dalam menangani permasalahan polititk bagi memastikan tidak menjadikan rakyat tersepit di tengah-tengah ibarat anjing kesempitan. Keesimpulannya, apabila Berkebajikan bergabung dengan Prihatin menjadikan rakyat menjulang semangat Satu Malaysia yang mampu mengubah fenomena semasa Malaysia.

No comments: