Laski, Saltau atau Reymond Dittel mengatakan negara merupakan kehidupan masyarakat yang menduduki satu kawasan dan mempunyai suatu cara jentera pentadbiran yang mengawasi perjalanan dan tingkah laku setiap ahli-ahli masyarakat, maka dengan sendiri sebuah negara itu mempunyai unsure-unsur atau elemen seperti berikut:
• Mempunyai penduduk atau rakyat
• Mempunyai kawasan atau wilayah di mana penduduk-penduduk itu tinggal.
• Mempunyai jentera pentadbiran atau pemerintahan
• Mempunyai kuasa tertingginya sendiri bagi menentukan kedaulatan.
Penduduk atau Rakyat
Penduduk atau rakyat merupakan unsur yang penting dalam sebuah negara. Contohnya ialah penduduk itu kuat dari segi ekonomi atau ketenteraan. Manakala, penduduk yang padat boleh menimbulkan banyak masalah. Sebagaimana di Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk 200 juta orang merupakan sebuah negara yang terkuat dari segi ekonomi dan ketenteraan. Ini tidak bagi Indonesia yang mana mempunyai 120 juta orang rakyat menghadapi beberapa masalah kerana terdapat perbezaan bahasa, kebudayaan dan keturunan.
Faktor-faktor lain seperti bidang pendidikan boleh mempengaruhi pemikiran rakyat yang kemudiannya menentukan arah dan corak pemerintahan sesebuah itu. Contohnya di mana pelajaran yang liberal diamalkan oleh Amerika Syarikat dan Britain telah menjadikan rakyat yang berani bersuara, berani menghadapi persaingan untuk kemajuan individu dan tidak kurang pula kebudayaan yang liar. Untuk negara sosial seperti Rusia dan China di mana sistem pelajaran dikawal dan diselaraskan dengan ideologi pemerintah, kebebasan suara tidak digemari oleh pemerintah tidak begitu digalakkan.
Rakyat dalam sebuah negara terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
1. Warganegara
2. Rakyat Asing
3. Penduduk Asli
Warganegara
Warganegara ialah orang telah diberi satu kedudukan atau status di mana ia telah diberi hak sebagaimana telah ditetapkan oleh perlembagaan itu. Status warganegara pada lazimnya diberikan kepada orang-orang yang telah dilahirkan di negara itu, berasal dari negara itu ataupun status yang telah diberikan kepada orang lain setelah permohonan dibuat.
Dasar dan hak warganegara selalunya berbeza dengan orang-orang lain berada di negara itu, misalnya hak mengundi, memegang jawatan dalam kerajaan ataupun mendapatkan kemudahan lain seperti tanah, biasiswa atau kemudahan perlindungan.
Seseorang itu dibolehkan menjadi warganegara pada sebuah negara sahaja dan di sini dia berhak mendapatkan pengiktirafan dari negara berkenaan.
Sebagai contohnya ialah orang bukan warganegara ialah orang pelarian setelah berlakunya peperangan di mana sebuah wilayah itu ditakluk oleh kuasa luar. Ini sepertimana warganegara Vietnam yang telah “lari” dan tinggal Amerika Syarikat dan telah diberi status American Citizen dengan sendiri terlucutlah kewarganegaraan Vietnam. Selain itu, rakyat Malaysia yang sudah berhijrah ke Australia dengan sendiri terlucutlah kewarganegaraan Malaysia dan hanya dibolehkan berada di Malaysia sebagai pelawat ataupun rakyat asing.
Rakyat Asing
Rakyat asing merupakan warganegara lain yang berada dalam sebuah negara itu. Seperti contoh pelancong-pelancong Jepun atau Amerika Syarikat berada di Malaysia ialah rakyat asing. Ini serupa juga keadaannya dengan pekerja-pekerja luar negeri yang berada di negara kita seperti pegawai-pegawai di kedutaan luar ataupun perdagang-perdagang.
Ini kerana, mereka dibenarkan berada di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu dan jangka masa mereka berada di sini pu telahh ditetapkan berdasarkan kepada tujuan-tujuan tertentu.
Selain itu juga, rakyat asing berada dalm sebuah negara dengan sendirinya ia tertakluk kepada unag-undang tempatan negara itu. Oleh itu, mereka tidak mempunyai hak seperti yang dipunyai semasa dalam negaranya sendiri. Tetapi, ia juga mempunyai hak perlindungan sebagaimana yang terjamin melalui perjanjian antara negara atau undang-undang antarabangsa.
Penduduk Asli
Penduduk Asli adalah salah satu daripada kumpulan rakyat atau warganegara yang mana mereka merupakan penduduk asal negeri atau wilayah itu. Merujuk kepada perkataan native atau peribumi sering diberikan kepada penduduk jenis ini di mana dari pertalian sejarah mereka ini adalah yang mula-mula berada di situ.Setiap negara mempunyai penduduk aslinya sendiri seperti Maori di New Zealand, orang Indian Amerika di Amerika Syarikat, Orang Asli di Malaysia Barat dan beberapa kaum lain di Malaysia Timur seperti Kadazan, Iban, Dusun ataupun Bidayuh.
Sejarah telah banyak memaparkan bahawa dalam banyak negara penduduk asli sering terjajah oleh kuasa-kuasa luar dan kebiasaannya dari Barat. Hanya selepas Perang Dunia kedua, dapat dilihat penduduk asli dapat menikmati kebebasan serta menentukan jenis pemerintahan atau kerajaan sendiri. Tetapi, tidak semua orang asli dapat menikmati kemajuan atau pembangunan negara itu selepas merdeka kerana adanya kaum-kaum pendatang yang sudah berada di situ agak lamadan menjadi warganegara dan menguasai kuasa ekonomi, politik ataupun ketenteraan negara itu. Ini seperti contoh yang dialami oleh penduduk asli di Taiwan, Amerika Syarikat, Australia, dan Afrika Syarikat.
Wilayah
Wilayah adalah merupakan satu kawasan yang mempunyai sempadan yang memisahkan satu negara dengan negara yang lain. Oleh itu, dalam lingkungan sempadan ini penduduk mencari rezeki dan menjalankan kegiatan masing-masing.
Sempadan di antara satu wilayah dengan wilayah yang lain selalunya ditetapkan dengan mengadakan perjanjian antarabangsa walaupun juga sempadan yang telah ditetapkan melalui paksaan ataupun peperangan.
Oleh demikian, dalam sebuah negara kuasa pentadbiran hanya tertakluk kepada wilayah itu sahaja dan tidak dibolehkan campurtangan dalam urusan wilayah-wilayah lain. Manakala, wilayah pula terbahagi kepada beberapa kawasan tanah, kawasan perairan dan ruang udara.
Kawasan Tanah
Kawasan tanah atau darat ini ialah satu kawasan di muka bumi yang telah diiktiraf dan ditetapkan sebagai kepunyaan sebuah negara itu. Kuasa yang dimiliki ke atas kawasan tanah ini bukan sahaja yang terdapat di muka bumi tetapi apa jua yang terdapat di perut bumi walau sedalam mana pun.
Kawasan tanah milik sebuah negara bukan sahaja dalam bentuk tanah lapang seperti benua tetapi juga dalam bentuk pulau. Keluasan tanah atau wilayah untuk menjadikanya sebuah negara tidak perlu ditetapkan asalkan ianya mempunyai kuasanya yang tertinggi.
Oleh itu, sekiranya perebutan kuasa terhadap wilayah atau kawasan seperti ini selalunya berlaku apabila kawasan yang disebutkan tadi mempunyai kepentingan-kepentingan ekonomi dan politik. Sebagai contoh ialah Pulau Layang-Layang telah menjadi rebutan di antara Vietnam dan Malaysia kerana inilah kawasan continental shelf yang penting dan berkemungkinan terdapatnya hasil yang lain.
Kawasan Perairan
Kawasan perairan ialah kawasan yang meliputi air yang mengelilingi negara berkenaan dalam bentuk laut atau tasik, sungai atau teluk. Sejauh manakah kawasan laut yang terletak di bawah kuasa sebuah negara tertakluk kepada perjanjian di antara negara atau peraturan undang-undang antarabangsa.
Pada suatu ketika, luas permukaan laut yang berhak dikuasai oleh sebuah negara adalah sepenembak meriam dari pantai.Tetapi, ukuran ini tidak lagi sesuai kerana perubahan teknologi di zaman ini yang mana sebuah meriam mampu untuk menembak lebih jauh yang mana dikehendaki.
Pada zaman ini, kawasan perairan yang boleh dituntut oleh sesebuah negara hanya boleh menjangkau hingga ke 320 km sahaja. Ini disebabkan oleh kepentingan ekonomi seperti hasil-hasil laut atau hasil dari dasar laut. Oleh itu, lingkungan kawasan ini sentiasa dikawal oleh negara-negara berkenaan bagi mengelakkan kegiatan lanun atau kemasukan ke kawasan ke kawasan perairan antarabangsa di mana kuasa-kuasa negara lain berhak melaluinya tanpa sebarang halangan.
Kawasan Udara
Kawasan udara ataupun ruang angkasa diambil kira sebagai sebahagian daripada kuasa wilayah kerana kemajuan teknologi dewasa ini telah mampu melahirkan kenderaan udara. Selain itu, ruang angkasa juga telah ditentukan akan pengawasannya dan sebarang pesawat terbang tidak dibenarkan melalui angkasa udara sebuah negara lain tanpa izin.
Ini kerana, sekiranya berlaku kemalangan udara, maka negara itu yang berkuasa yang mana kawasan terbabit merupakan ruang udaranya. Sekiranya terdapat pesawat terbang yang melalui angkasa negara lain tanpa izin, negara yang berkenaan berhak mengejar serta memusnahkan pesawat
Pemerintah
Pemerintah merupakan satu organisasi yang menentukan supaya jentera pentadbiran dapat dilaksanakan bagi mencapai matlamat negara itu sendiri. Oleh itu, pemerintah dibentuk melalui proses tertentu seperti pilihanraya ataupun menggunakan kekerasan.
Pada umumnya, pemerintah mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Undang-undang pula ditetapkan oleh pemerintah yang mewakili rakyat dan undang-undang ini pula harus dipatuhi oleh setiap rakyat.
Oleh itu, corak pemerintahan mempunyai beraneka jenis bergantung kepada siapa yang berkuasa dan dari sinilah rangkaian dan jentera pentadbiran dibentuk. Maka, untuk lebih mudah menyelenggara kekuasaan sebuah negara, pemerintah harus mempunyai kuasa tertinggi dari kuasa-kuasa lain di negara itu, walaupun kadangkala terdapat bahawa kuasa tertinggi itu disalahgunakan.
Seterusnya, kuasa pemerintah dapat juga dikekalkan dengan bantuan tentera atau polis yang menentukan supaya keamanan dalam negara tercapai. Namun begitu, terdapat juga pemerintah yang menggunakan kekuatan tentera bagi mengekalkan kedaulatan pemerintahan, iaitu segala peraturan dilaksanakan secara paksaan. Selain itu, wujud juga keadaan di mana pemerintah yang menggunakan kekuatan tentera semata-mata untuk mempertahankan negara dari ancaman-ancaman kuasa luar. Oleh itu, wujud sebuah negara bergantung kepada bagaimanakah pemerintahan negara itu dijalankan.
Kedaulatan
Kewujudan sesebuah negara bergantung kepada kedaulatan atau adanya kekuasan tertinggi yang tidak terbatas. Ini kerana, kekuasaan tertinggi ertinya tidak ada kuasa lain yag mampu untuk menandingi kuasa sebuah negara tersebut.
Oleh demikian, sesiapa pun harus tunduk kepada kuasa ini kerana sekiranya negara tidak mempunyai kuasa yang tertinggi atau kuasa yang selalunya tercabar maka dengan sendirinya kedaulatan sebuah negara boleh terjejas.
Oleh itu, untuk memberi erti bahawa kuasa tertinggi menentukan sebuah negara itu harus bebas dari kongkongan dari kuasa-kuasa luar kerana negara yang tunduk dengan kuasa luar membolehkan negara itu menjadi sebuah wilayah jajahan negara lain. Dengan kata lain, sebuah negara harus merdeka iaitu dapat menentukan nasib rakyatnya sendiri tanpa duduk ditelunjuk kuasa lain atau luar.
Justeru itu, kedaulatan negara itu akan kekal dengan adanya kekuatan. Mengambil contoh yang berlaku di Palestin yang mana orang-orang Palestin tidak mempunyai negeri kerana ianya telah diambil alih oleh kuasa lain dan dijadikan Israel disebabkan Israel lebih berkuasa. Selain itu, kedaulatan Afghanistan dan Iraq telah lemah kerana telah tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya serta tidak mempunyai kekuatan untuk membebaskan diri.
No comments:
Post a Comment