Monday 28 September 2009

Indahnya Seorang Kakak

Tidak pernah aku merasa kehadiran seorang kakak kerana aku merupakan seorang anak sulung sudah pasti aku tidak mempunyai abang serta kakak. Doaku untuk medapat kakak yang begitu memahami serta menjadi tempat berbual amat menceriakan daku.

Untuk menjadi seorang pemimpin di kalangan adik beradik menjadikan perwatakan ku di luar rumah berlainan sama sekali apabila berada di dalam rumah itu sendiri. Di dalam rumah aku ,erasa perlu menjadi seorang yang amat tegas serta terdidik menjadi seorang terlalu berlainan. Itu menyebabkan perwatakan pabila di luar aku tidak mahu tertekan dan menjadi seorang yang tidak serius kerana aku ingin meluah tekanan yang ada di luar rumah.

Selain itu, menjadi anak sulung memaksa diriku agar matang serta terpaksa meninggalkan kehidupan kanak-kanak dengan lebih cepat.Itu menyebabkan semenjak dari kecil lagi mengajarku untuk lebih berdikari kerana ibu dan dan ayahku lebih menumpukan kepada adik-adik yang masih kecil.

Tetapi kehidupan ku berubah apabila aku bertemu dengan seorang kakak yang amat penyayang serta memahami untuk mengajar banyak benda yang aku tidak tahu serta memahami banyak yang tidak terlintas di pemikiran daku.Walaupun kami berbeza fahaman fikrah yang mana beliau merupakan seorang ahli jemaah GAMIS tetapi dia begitu menghormati pendirian ku.Aku juga terasa banyak benda yang menarik ku kongsi dengannya.Aku juga berharap hubungan aku dengan beliau akan dirahmati sebagai adik dan kakak kerana aku tidak mempunyai seorang kakak.

No comments: