Luas saujana mata memandang, definisi undang-undang adalah bergantung kepada latar belakang ahli-ahli fikir yang mentafsirkan makna undang-undang itu sendiri. John Austin merupakan seorang pengasas kepada pemikiran analatikal berpendapat yang mana undang-undang ibarat satu perintah yang dikeluarkan oleh penguasa tertinggi kepada mereka yang berada di bawah pemerintahan dan ianya dilaksanakan dengan kaedah-kaedah yang berbentuk fizikal. Melalui fikiran ini, pemerintah adalah kedaulatan undang-undang, Federick Von Savigny merupakan salah seorang pelopor pemikiran historis. Pendapat beliau mengenai undang-undang ialah manusialah yang membuat undang-undang menerusi adat resam atau perbuatan sehari-hari. Manusia mengikut undang-undang sebagai satu kebiasaan kerana ianya selari dengan penerimaan masyarakat umum. Oleh itu, pemikiran historis ini berkesimpulan bahawa undang-undang itu terjadi dengan sendirinya dan dilaksanakan dengan sendiri.
Pendapat dari pemikiran ahli-ahli sosiologi seperti Laski dan Krabbe lebih mirip kepada kepentingan dari kacamata sosiologi. Mereka berpendapat bahawa undang-undang bukan ditetapkan oleh manusia, tetapi manusia dengan sendiri patuh kepada peraturan bukan disebabkan oleh perintah tetapi lebih kepada keadaan-keadaan hidup bermasyarakat itu sendiri. Mengikut Laski tanpa menghormati peraturan-peraturan, kehidupan tidak akan mencapai keharmonian yang diharapkan. Oleh demikian, perasaan patuh dan hormat kepada peraturan dan undang-undang adalah disebabkan oleh perasaan kesedaran tentang pentingnya hidup bermuafakat untuk mencapai perpaduan. Krabbe pula berpendapat bahawa undang-undang itu lahir apabila manusia mula menyedari tentang nilai kebenaran dan kebaikan. Iannya bukan semata-mata kuasa unadng-undang yang ditulis manusia tetapi timbul dari hati dan perasaan untuk hidup secara berperaturan. Manusia mematuhi unddang-undang bukan disebabkan oleh takutkan hukuman tetapi untuk menghormati keperluan manusia. Oleh itu, salah satu dari sumber undang-undang ialah fikiran yang selari dan selaras dengan keperluan ramai.
Dari segi pemikiran persejarahan, manusia mencipta undang-undang melalui kebiasaan dan adat resam. Kuasa undang-undang bukan dicipta oleh negara tetapi melalui penerimaan orang ramai tentang apa yang pada anggapan mereka dianggap benar dan sah walaupun dalam masyarakat lain ianya dianggap melanggar peraturan. Mengikut Zane tidak ada satu peraturan dan undang-undang yang akan Berjaya dan dapat dikekalkan sekiranya praktis tidak dapat diterima oleh umum.
Pada kesimpulannya pemikiran persejarahan telah memutuskan bahawa undang-undang itu terjadi dengan sendirinya dan ianya pula dijalankan melalui amalan harian. Undang-indang tidak diwujudkan oleh pembuat undang-undang tetapi melalui satu proses perkembangan dan pembangunan masyarakat turun temurun. Oleh itu, fungsi negara bukannya mewujudkan undang-undang tetapi sekadar menyedari tentang kepentingan dan menetapkan kaedah-kaedah perlaksanaannya. Undang-undang hanya dapat dijalankan secara berkesan setelah diperkuatkan dengan unsur-unsur adat resam sesuatu masyarakat. Hukuman yang dikenakan kepada mereka yang melanggar undag-undang selalunya selari dengan adat resam dan kebiasaan masyarakat yang berkenaan. Adat resam orang Melayu misalnya menetapkan undang-undang atau peraturan melalui amalan yang akhirnya menjadi kata-kata hikmat atau pepatah seperti, “Hutang darah dibayar darah”, “Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung” dan sebagainya.
Undang-undang tidak hanya dibuat oleh manusia yang berorganisasi kerana mereka hanya merupakan ejen dalam sebuah masyarakat yang diberi mematuhi undang-undang bukan disebabkan oleh adanya perintah dan hukuman tetapi disebabkan oleh kesedaran manusia bahawa undang-undang dan peraturan harus dihormati sebagai satu syarat hidup bermasyarakat. Manusia mula sedar hanya dengan hidup bersatu padu boleh membawa mereka kea rah keamanan, kerana perpecahan yang sering berlaku berpunca dari manusia yang sering melanggar peraturan yang telah sama-sama dietetapkan.
Ahli-ahli sosiologi melihat undang-undang dari segi sumber undang-undang itu didapati. Mengikut mereka undang-undang merupakan himpunan dari segala peraturan-peraturan yang ada. Mereka kurang bersetuju tentang kedaulatan negara tetapi apa yang lebih mustahak ialah kedaulatan undang-undang. Mereka berpendapat undang-undang ialah sesuatu yang memberi keadilan dan kebaikan dari segi penerimaan kita terhadap nilai-nilai kebenaran. Undang-undang yang baik mengikut Laski ialah sesuatu yang dapat melahirkan kepuasan paling maksima.
Dari sudut sosiologi, undang-undang dibentuk sebagai perkhidmatan terhadap masyarakat dan tugas negara ialah menguatkuasakannya supaya tujuan sesuatu masyarakat itu dapat dicapai. Dengan lain kata, pemikiran sosiologi menetapkan bahawa adanya undag-undang merupakan satu kuasa masyarakat bagi memenuhi keperluan masyarakat. Ini berbeza sedikit dari pemikiran persejarahan yang memutuskan bahawa undang-undang itu wujud dengan berlandaskan kepada kebiasaan hidup manusia dan adat resam masyarakat.
No comments:
Post a Comment