Acapkali kita diprovokasikan
dan ditipu oleh pemikiran dunia yang mana kesilapan merupakan sesuatu yang
seharusnya tidak boleh dilakukan. Ini memang merupakan perkara normal dalam
kehidupan seharian kita. Kadang kala wujud segelintir manusia yang mahukan
kesempurnaan.
Oleh itu, mari kita
memuhasabah kembali kehidupan kita yang tidak punya upaya dalam menentukan
sesuatu perancangan itu berjaya andai kata tidak mendapat keizinan dari pada
Ilahi. Walaupun penilaian kehidupan tampak jelas dan kita percaya pada diri
bahawa kesempurnaan dalam hidup tetapi realitinya tidak semua perkara yang
dilakukan boleh menjadi sempurna. Ini kerana kesilapan pasti menjelma yang
merupakan lumrah kehidupan. Ini juga jelas menyatakan kita tidak boleh terlalu
selesa dengan apa yang kita lakukan dalam kehidupan dan yang utama kita perlu
sentiasa melakukan perubahan dan berani untuk melakukan kesilapan.
Mengapa saya berkata begini
kerana kita selaku umat Islam wajib menyakini kasih sayang Allah melalui
kesilapan-kesilapan umat terdahulu, kita belajar sesuatu dan juga umat Islam di
negara Islam yang lain yang jelas menyaksikan pelbagai tragedi atas
kesilapan mereka. Ini membuktikan kesilapan-kesilapan dari orang lain kita
perlu ambil iktibar dan teladan bagi dijadikan asas pertimbangan dalam
merungkai perjalanan hidup dari pandangan dan perpesktif diri sendiri.
Setiap kesilapan yang kita
lakukan jangan kita padamkan dari memori kita kerana setiap apa yang
terjadi merupakan takdir yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha lebih
Mengetahui setiap apa yang terjadi, Kesilapan-kesilapan ini daripada pandangan
manusia merupakan sesuatu yang buruk tetapi di sisi Allahmempunyai maksud baik
walaupun kadang kala pada lumrah ianya amat pahit untuk ditelan, seandainya
kita dapat membaca hikmah kejadian ini akan mampu meringankan beban perasaan
dan menjawab pelbagai tanda tanya dalam diri yang jelas tidak sesuai dengan
kehendak kita.
Seorang ahli hikmah, Ibn
Ataillah Askandari pernah menyebut, “ Barang siapa yang menyangka sifat kasih
sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya
penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Tegasnya, menurut beliau apa jua
takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit.
Beliau juga menambah, “Bila
Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata
hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hiikmahnya. Jika tidak itu
tandanya penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek.”
Maksudnya:
Dijadikan mati dan
hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.
(Surah al- Mulk: 2)
Jelas di sini, setiap ujian
atau kesilapan yang dilakukan merupakan suatu “Sunnatullah” (peraturan Allah)
yang tidak ada sesiapa yang mampu menghindarinya. Hidup ini merupakan medan
ujian. Melalui ujian kita mampu menyerlahkan diri kita di sisi Allah dan mengetahui
adakah kita sabar dengan ujian yang diberi dan bagi orang yang beriman pula,
ujian merupakan kayu ukur sama ada menyakini atau masih ragu-ragu oleh hati
terhadap Tuhan-Nya
NOR HAFIZ BIN RAZALI
PRESIDEN
PERSATUAN PENGGERAK MAHASISWA (PPMU)
PERSATUAN PENGGERAK MAHASISWA (PPMU)
UNIVERSITI SELANGOR.
No comments:
Post a Comment