Manusia
menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis
adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai
tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir
di dunia ini.
Sumbernya
dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak
pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang
mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung,
seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
Menurut
Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10.
Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.
Ada
jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat
memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.
Rasulullah
bersabda, maksudnya:
"Tidaklah
mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak
akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis,
maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar
dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api
neraka."
Tangisan
yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana
menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat
bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Salman
al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa
ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama
ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada
juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala
mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis
sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Tanda
air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang
bermaksud:
Jagalah
mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1.
Apabila dahinya berpeluh.
2. Air matanya berlinang.
3.
Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah
air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian
yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati
hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata
itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis,
membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat
meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
Penulis
ialah saudara Nor Hafiz bin Razali, merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda
Psikologi Industri sedang menuntut di Tahun Pertama di Universiti Industri
Selangor.
No comments:
Post a Comment