Saturday, 17 March 2012

Travelog Perjalanan Meniti Senja di UNISEL

Merenung kembali kemasukan penulis ke Universiti Industri Selangor (Universiti Selangor ) bermula apabila pihak universiti menghantar surat tawaran agar memohon di UNISEL. Sebelum mendapat tawaran ke UNISEL, penulis sudah bersedia untuk mendaftar ke Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim, INSTED, Desaru Johor dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan. Oleh kerana, ayah penulis meminta meneruskan pelajaran dan merupakan langkah awal, beliau meminta untuk berada di kawasan tengah sekitar Selangor kerana beliau merasa terlalu jauh dengan anak sulungnya ini sekiranya berada di Johor dari Negeri Sembilan walaupun ayah penulis berasal dari Mersing, Johor.

Oleh itu, penulis mengorak langkah memohon ke UNISEL dengan pilihan jurusan seperti Diploma Pengurusan Perniagaan,Diploma Pengurusan Pentadbiran dan Diploma Komunikasi dan Media.Setelah beberapa minggu memohon, tiba surat untuk melaporkan diri dengan tawaran Diploma Pengurusan Pentadbiran, Fakulti Pengurusan Industri atau nama kini Fakulti Perniagaan.

Apabila hari untuk melaporkan diri, seingat penulis sekitar awal Julai 2007 yang mana sebelum mendaftar penulis mengkaji lokasi Universiti Industri Selangor supaya hari pendaftaran tidak menjadi kelam kabut. Seingat penulis universiti ketika itu berada di Shah Alam seperti yang biasa ketika itu drama “DUNIA BARU” dilakonkan di UNISEL seperti berada di Shah Alam. Setelah dilihat lokasinya, penulis berbincang mengenai lokasi UNISEL Kampus Bestari Jaya atau nama lamanya Batang Berjuntai. Tidak disangka emak penulis ketika itu memberitahu bahawa lokasi berhampiran dengan Depot Simpanan Peluru Pusat Kem Tentera Batu Arang.

Untuk makluman, ayah dan emak penulis merupakan bekas anggota tentera di mana ayah berkhidmat sebagai Kor Armour DiRaja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Kor Armor DiRaja, ataupun lebih dikenali sebagai Armor yang mana,kor ini dilengkapkan pengangkut anggota berperisai (APC), kenderaan tempur infantri (IFV), kenderaan tempur berperisai (ACV) dan kereta kebal. Sebelum beliau berhenti ,beliau ditempatkan di Kem Tentera Paradise, Kota Belud ,Sabah ketika itu penulis masih dalam kandungan. Penulis merupakan salah seorang anak dari adik beradik yang dilahirkan sebagai anak tentera berbanding adik-adik penulis yang mana mereka dilahirkan setelah ayah menamatkan perkhidmatan di dalam tentera. Manakala ibu penulis pula anggota Kor Polis Tentera dan telah berhenti lebih awal dari ayah penulis.

Setelah lokasi dikenal pasti, tibalah hari pendaftaran di Universiti Industri Selangor ketika itu, masih teringat ketika pendaftaran itu, apabila memasuki Pos Kawalan Keselamatan telah diberi nombor giliran, penulis dan keluarga meletakkan kenderaan di tepi jalan berhadapan Fakulti Kejuruteraan. Ketika itu, seingat penulis pendaftarn melebihi 1500 orang dalam pelbagai jurusan diploma ataupun ijazah. Ketika itu,pendaftaran ketika itu agak ramai dan proses pendaftaran ketika itu ibarat perlahan sekali tetapi oleh kerana azam baru semua kepenatan ketika itu tidak dihiraukan. Setelah tamat pendaftaran kami menuju ke hostel yang mana aku mendapat kediaman yang amat selesa bagiku kerana ibarat itulah rumah baru penulis kerana penulis sudah bebas dari cengkaman keluarga. Masih ingat teman sebilik ketika itu, Firdaus merupakan pelajar Diploma Teknologi Maklumat yang kini sedang menyambung Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Komputer dan Teknologi Industri, dan rakan serumah yang masih berhubung Mohd Shafiq yang kini menyertai polis berpangkat Sarjan di Sabah, Akmal yang sedang menyambung Ijazah Sarjana Muda Tesl dan sedang praktikal di Sabak Bernam, dan rakan-rakan serumah maaf ingatan nama kabur kini mungkin kerana biasa nama panggilan seperti Arip dan Mamu.

Ketika itu, di awal keaktifan dalam berpersatuan hampir semua persatuan ketika itu penulis masuki dan ingatan yang paling tidak dilupakan ialah program yang menemukan titik awal keaktifan dalam GPTD ialah program bersama I Rakan yang mana ketika itu, I Rakan masih bersama-sama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Program yang ketika itu tidak dapat aku lupakan ialah program RIhlah Ibnu Batutah di Dewan Senat,Bangunan Canselari. Ketika itu , En. Izwan Suhadak Ishak selaku moderator program pada hari itu telah memulakan pengkisahan pengembaraan Ibn Battutah. Beliau telah membaca pengenalan tentang Ibn Battutah yang terdapat dalam Rihlah Ibn Battutah. Seterusnya, En. Izwan Suhadak Ishak memberi peluang kepada peserta untuk membacakan fragmen-fragmen cerita secara spontan sambil slide show ditayangkan dengan keindahan bunyi latar yang mengasyikan. Kesinambungan kisah Ibn Battutah diteruskan lagi dari kalangan pelajar Unisel dan sekolah. Seorang guru, yang dikenali sebagai Cikgu Karim telah mendeklamasikan puisi tentang suka duka Ibn Battutah sepanjang pengembaraannya.

Program tersebut juga menghadirkan forum pengembaraan bersama Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah bermula. Menurut Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah proses menterjemah karya asal kepada bahasa melayu bermula pada tahun 1993. Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah menceritakan latar belakang Ibn Battutah atau nama sebenarnya Abu Abdillah Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati, meninggalkan Tangier,Magribi untuk menunaikan haji di Mekah dan dikota suci inilah keinginan untuk mengembara tercetus dalam dirinya. Beliau mengembara ke segenap pelosok dunia Islam, bermula dari Afrika Utara hinggalah Negeri China dan kembali ke negeri asalnya. Pengembaraan sejauh 120 000 kilometer merentas benua Afrika, Eropah dan Asia telah memartabatkan Ibn Battutah sebagai tokoh pengembara paling terkemuka dalam sejarah.

Dari situlah jodohku bermula bersama Grup Pengkaji Tamadun setelah awal 2008 terdapat beberapa beberapa masalah yang dihadapi dalam I Rakan yang memaksa Biro Rihlah mengambil keputusan bergerak secara sendiri sekitar 2008 sehingga Mac 2009 dengan tertubuhnya secara rasminya Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Usaha penubuhan ini tidak mudah kerana segala aktiviti bergerak secara ‘underground’ dan menjadi bukan mudah dalam merealisasikan Misi Ekspedisi Generasi Muda (XGEM) ke Aceh. Ini bukan mudah kerana beberapa orang termasuk penulis telah mengikuti pelbagai latihan agak mencabar dan melatih kesabaran serta semangat yang tinggi sebelum mengikuti ekspedisi ini yang mana pembabitan awal agak ramai untuk ikut serta tetapi dengan takdir Ilahi ,penulis bersama-sama dengan Abang Affandi Malek, Kak Wan Ritini dan ditampung oleh wakil kampus lain iaitu mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kak Syafawati antara yang masih bertahan sehingga misi ini terlaksana. Pada tahun 2009 penulis memangku jawatan Presiden GPTD Unisel sebelum masuk bertanding dalam Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun 2010.

Untuk pengetahuan, penulis juga pernah mengikuti beberapa persatuan sebelum bergerak aktif dengan Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Seawal penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Kampus Bestari Jaya yang mana seingat penulis merupakan ahli awal yang turut serta hadir ketika mesyuarat penubuhan ketika itu dihadiri Dekan Fakulti Pendidikan ,Prof Dr Rahim Selamat dan abang Yaakob wakil GPMS Pusat ketika era pemerintahan Abang Shuhaimi Ibrahim sekitar 2008,adik kepada Anwar Ibrahim. Selain itu antara orang yang menarik penulis untuk menyertai GPMS ketika itu ialah abang Azreen yang kini berkhidmat sebagai pegawai GEMS, SUK Selangor.

Sebenarnya entiti yang dimasuki penulis ketika itu, amat banyak sekali seperti penyertaan penulis di dalam Kelab Fasilitator UNISEL (KFU) yang kini sudah tinggal nama yang mana, inilah tempat program yang mana penulis mengendalikan program pada 2009 yang penulis namakan Forum Mencari Cinta yang mana program ketika itu adalah lebih program kesedaran mengenai apa itu Hari Valentine dan alhamdulilah kehadiran peserta itu memenuhi Dewan Senat ketika itu. Dalam persatuan ini juga,penulis juga terlibat dengan latihan fasilitator dan makluman keyakinan penulis ketika itu tidaklah seperti sekarang kerana penulis masih tercari-cari siapa diri penulis yang sebenarnya. Sebelum itu, penulis juga pernah menyertai Persatuan Silat Gayung UNISEL sekitar 2008 yang mana penulis hanya sempat penulis untuk hadir.

Setelah tamat pengajian Diploma Pengurusan Pentadbiran, Fakulti Perniagaan, penulis sudah merancang untuk berubah angin apabila menyambung pelajaran. Ketika itu, penulis melakukan latihan industri di Pejabat Mara Daerah Jelebu, telah membuatkan penulis berfikir yang penulis tidak suka suasana pejabat dan lebih suka berhubung dengan manusia dan tidak mahu kongkongan masa serta mahukan kerja yang bebas. Justeru, penulis ketika itu penulis telah melihat jurusan yang terdapat di UNISEL dan telah jatuh cinta apabila sahabat semasa sekolah menengah memperkenalkan jurusan Psikologi Industru iaitu saudara Wahab. Tambahan itu, penulis sebenarnya menggemari suasana di UNISEL yang bebas dari perkuatkuasaan akta yang telalu melampau.

Seawal kemasukan ke dalam Ijazah Sarjana Psikologi Industri, penulis agak kekok dengan budaya yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Fakuti Sains Sosial yang ketika itu. Ini kerana penulis sudah terbiasa dengan budaya Fakuti Perniagaan yang mana lebih lebih kepada kemesraan dan ukhwah itu wujud dalam pelajar jurusan Fakulti Perniagaan berbanding pelajar yang lebih memahami konsep kendiri ataupun pemahaman asas masyarakat tidak wujud sama sekali.

Setelah beberapa bulan, penulis telah mendapat risikan untuk menyertai politik kampus yang mana merupakan salah satu impian penulis untuk memulakan pembelajaran politik yang lebih praktikal bersama-sama kakak seperjuangan yang tidak penulis lupakan iaitu Kak Putri Raudah. Ketika itu pertandingan hanya wujud hanya di Fakulti Perniagaan dan calon dari kerusi umum kesemuanya menang tanpa bertanding kerana calon semua cukup memenuhi kerusi umum. Selepas itu, penulis telah mendapat jawatan sebagai Exco Ekonomi dan Usahawan yang merupakan salah satu jawatan yang memang penulis lakukan dengan pelbagai program dengan beberapa kerjasama beberapa agensi luar seperti Kelab Permata PKNS dan Dewan Perniagaan Melayu Muda Selangor. Ini juga ditambah dengan kejayaan menempatkan mesin ATM RHB setelah turun naik berurusan dengan pihak pengurusan RHB dan Jana Niaga.Tujuan asal penempatan asal ATM tersebut adalah di Pusat Komiti Pelajar tetapi atas beberapa aspek yang diambil kira oleh pihak Jana Niaga,mesin tersebut terpaksa diletakkan di Pusat Pelajar yang sebenarnya agak jauh dari kediaman pelajar. Semasa memegang jawatan MPP jugalah, penulis melalui Majlis Konvoksyen ke 5 untuk Diploma Pengurusan Pentadbiran.

Setelah tamat tempoh penggal Majlis Perwakilan Pelajar, penulis telah sekali memegang amanah untuk memikul tangungjawab Presiden Persatuan Penggerak Mahasiswa UnIsel (PPMU) yang sebenarnya merupakan ujian yang amat berat kerana keahliaan ketika itu merupakan suatu masalah yang perlu penulis hadapi dengan sabar. Keahlian ahli sentiasa ibarat lalu dan pergi kerana program yang lebih kepada kepimpinan ini masih belum diterima oleh mentaliti pelajar di Universiti Selangor. Ini merupakan proses pembelajaran kepada penulis dalam mendidik diri untuk bersabar dalam menghadapi dugaan.Alhamdulilah ketika melepaskan jawatan dalam Persatuan Pengerak Mahasiswa penulis disatukan dengan beberapa adik-adik,rakan seperjuangan yang kadang kala banyak membantu diri penulis ketika berada dalam kesusahan di akhir 'techno' pemerintahan penulis.

Akhir sekali mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah banyak berjasa dalam mencari makna kehidupan terutama kepada penulis seperti Ustaz Mokhtar Ridwan yang mana beliau sentiasa pemurah dengan kata-kata nasihat dan seorang yang penuh dengan amanat dan kata-kata semangat, saudara Safaruddin Jhinku yang merupakan sahabat perjuangan yang sentiasa pelbagai kekusutan yang dihadapi seperti sudah dianggap sebagai adik beradik, Encik Izwan Suhadak sudah dianggap sebagai abang serta mentor yang banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar dalam menentukan sesuatu keputusan, Encik Farid Wajdi dalam memberikan pendedahan bagaimana memahami konteks politik dari segi gerakan belia, abang Afandi Malek yang mengajar erti keseriusan dalam melakukan sesuatu, kakak Wan Ritini yang kadang kala tegas dengan penulis merupakan seseorang yang mempunyai habit yang berbeza dengan orang tegas memang selalu dimarahi kerana apabila dipelajari Psikologi ,trait personaliti penulis merupakan orang sistem hidup yang lebih kepada terabur, keharmonian dan menikmati hidup, kakak Putri Raudhah seorang kakak yang amat penyabar orangnya, sentiasa senyum,banyak membantu ketika susah, Kak Ija yang kadang kala orangnya menarik dan lucu (maaf tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kak Ija sebab masalah kewangan), Kak Khadijah yang orangnya kadangkala tidak lokek orangnya , saudari Hydrani merupakan seorang yang amat komitmem dalam kerja ,Insyallah beliau akan menjadi orang hebat kerana terpegun apabila beliau semasa ucapan pengenalan calon seperti tidak mula bertemu beliau ketika mula masuk UNisel sekitar 2009, harap beliau boleh pergi jauh dan jangan risau mengenai jodoh, cepat dan lambat itu sahaja jodoh, untukmu Izzat agak dirimu berfikir dan renung nasihat dari abang kepada adik agar kembali meneruskan pengajian diploma Cuma tinggal 2 semester dan jangan mudah menyerah pada ketidakmampuan, untuk adik-adik yang baru mengenal erti perjuangan terutama sekali Fahkrul Amiruddin perlu sentiasa istiqamah kepada perjuangan dan perjalanan hidup kamu, akan menghadapi cabaran dengan sabar dan tenang serta perlu menjaga prestasi pelajaran dan kegiatan di luar dan dalam kampus, untuk Fadhil semoga jawatan presiden PPMU ini menjadi titik tolak kepada kamu untuk terus berjuang dan kendalikan anak-anak buah dengan sebaik mungkin dan gunakan pendekatan bil hikmah,untuk adik-adik Sabahan seperti Zuraidah, Ermayanti, Derminah, Yaqin dan Nalisah, abang seronok dan semangat apabila berjumpa dengan kamu semua kerana sepanjang abang menyertai persatuan, komitmem kamu semua memang amat memberansang dan diharap proses pembelajaran kamu supaya tidak ada istilah untuk lebih mengenal erti untuk belajar serta sentiasa yang bersungguh dalam melakukan sesuatu dan harapan abang semoga kamu mampu pergi lebih jauh dalam pelajaran dan menjadi orang hebat suatu ketika nanti dan terus kekal dengan persatuan dan belajar dan mengambil tunjuk ajar dengan sesiapa sahaja mengenai ilmu dalam kepimpinan. Untuk Syaza dan Shahidah semoga kamu lebih fokus untuk mempertingkatkan diri dan menjadi seseorang yang utuh dalam hidup. Dan harapan abang kepada Zul, Ayob dan Faz walaupun tidak berada dalam kepimpinan PPMU,semoga kamu bertiga terlibat serta dalam program untuk membantu rakan-rakan lain. Seterusnya kepada tenaga penggerak Grup Pengkaji Tamadun Dunia , seperti Ummah, Shakilla, Izyan, Redwan,Hairiah dan yang lain-lain agar sentiasa berkomitmem kepada sesuatu projek itu mampu ditumpukan dengan sebaik mungkin dalam kita berbakti kepada masyarakat yang ingin kita bantu.

Akhir sekali, terlalu banyak nama yang tidak mampu penulis nukilkan di sini bukan tidak diingati tapi keterbatasan dalam penulisan ini hanya mampu penulis ucapkan jutaan terima kasih sepanjang berada di UNISEL. Tanpa kamu semua, liku-liku kehidupan di UNISEL ini tidak mampu dihadapi sepanjang 5 tahun ini mungkin hingga ke penghujung. Mohon maaf atas pengkongsian yang mana mungkin akan menyinggung sesetengah pihak tapi kita perlu menyampaikan atas prinsip kebenaran dan keadilan ibarat membujur lalu melintang patah,lawan tetap lawan. Doa dan harapan penulis kita bersama-sama diberikan kesempatan lagi dalam merapatkan ukhwah yang terjalin serta selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat menjawab soalan peperiksaan akhir bagi semester 2/2011-12.

Dari pundak ingatan ke mata pena….Penulis merupakan Nor Hafiz bin Razali,pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri, Universiti Selangor.

No comments: