Beberapa
hari ini terfikir pada diri kenapa diri ini sejak sekolah tidak boleh duduk
diam sahaja. Mememahami diri yang dari sekolah terimbau permulaan aku bersekolah
rendah lagi di Sekolah Dato Undang Abdullah, Kampung Chennah di sebuah
perkampungan luar bandar di daerah Jelebu Negeri Sembilan. Kalau ikutkan aku
bukan seorang pelajar yang agak minat pada teori tetapi seorang yang lebih suka
pada praktikal atau beraktiviti. Semasa sekolah aku mula mengingat kembali pada
darjah 4, aku sudah diberikan tanggungjawab untuk menjadi Pustakawan dan
menjadi Ketua Kelas. Pada masa itu, aku sebenarnya agak seorang pelajar yang
kurang rasa yakin diri kerana ada perkara yang membuatkan aku takut untuk
membuat keputusan. Biar sahaja itu rahsia.
Pada
masa itu, aku masih ingat aku begitu meminati era Backstreet Boy ketika darjah
5 dan pada masa itu merupakan suatu tahun yang merupakan tahun yang agak
kelakar kerana ada beberapa perkara melucukan aku lakukan ketika menghadiri
kelas tambahan untuk persedian UPSR. Antaranya pengalaman yang melucukan ketika
kelas tambahan subjek Matematik, aku disuruh untuk menjawab soalan dihadapan
dan berpasangan dengan rakan kelas pelajar wanita. Sekiranya salah seorang
gagal menjawab akan ada yang didenda untuk dicubit. Semasa rakanku itu gagal
aku dibenarkan mencubitnya. Biasalah perangai yang kurang matang telah
mencederakan perutnya dan luka. Pada kelas yang sama, guru Matematik, Cikgu
Saufi yang mengajar terlalu marah dengan lawak aku menyuruh aku membuka mulut serta
membaling kapur putih ke dalam mulut tetapi sebenarnya beliau bergurau padahal
aku ingatkan beliau serius.
Itu
mungkin beberapa selingan dari penulisanku pada kali ini. Pada ketika itu aku
juga merupakan ketua kelas pada darjah 5 ketika itu. Semasa UPSR, aku agak
gembira aku lulus dengan 3A2 B. Tetapi keputusan
itu telah menyebabkan ayah aku hampir hendak pengsan kerana mengharapkan 5A.
Tetapi bagi aku ketika itu janji dapat masuk tingkatan 1. Mungkin fikir seorang
ayah berbeza. Memang dari kecil aku memang tidak suka diaturkan cara hidup yang
dia mahukan.
Semasa
2002, aku berjaya masuk ke Sekolah Menengah Dato Undang Musa al-Haj, di mana
merupakan sebuah sekolah yang melahirkan beberapa individu yang agak
berpengaruh dalam di Negeri Sembilan dan Malaysia. Antaranya, Dato Seri Utama
Rais Yatim yang pernah mengajar serta Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Semasa
di tingkatan 1, aku diletakkan dalam kelas kedua dari 6 kelas tingkatan satu
dengan nama 1 Sarjana. Sebelum masuk aku juga mendapat tawaran masuk ke sekolah
agama berasmara penuh tetapi masa itu aku ingat aku masuk kena jadi ustaz atas
maklumat yang keluarga berikan. Maklumlah anak dan cucu sulung yang baru masuk
ke sekolah menengah. Semasa pertengahan tahun, ayah aku telah mendapatkan
maklumat dari bekas kawan seangkatan dalam tentera untuk memasukkan aku ke
Maktab Tentera Diraja. Ketika itu, fobia aku pada tentera menjengah
kerana sejak dari kecil lagi aku sudah seperti direkrut dan perasaan tidak suka
itu kembali menjengah. Aku suka menjadi orang awam.
Dipendekkan
cerita, semasa pemilihan Putera untuk MTD dijalankan di Kem Tentera di Port
Dikson. Semasa di sana aku berjaya melepasi ujian peperiksaan tetapi
mengagalkan diri ketika sesi kecergasan kerana tidak mahu memasuki MTD. Untuk
pengetahuan, sepanjang pemilihan peserta perlu tinggal di kem selama 3 hari.
Bagi aku 3 hari sudah seperti 3 tahun. Selesai sahaja pemilihan, ayah aku telah
bertemu dengan banyak sahabat beliau ketika dalam Amor, suatu unit untuk
kenderaan perang. Di situ juga emak aku yang seorang Polis Tentera berkenalan
dengan ayah aku.
Selepas
peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 1, aku mula mendengar nama aku bakal
dilantik menjadi pengawas untuk tingkatan 1. Sebenarnya selepas aku memasuki
tingkatan 1 aku mahu menjadi pelajar biasa kerana tidak perlu berada di hadapan
pelajar menjaga barisan atau bertugas melakukan “spot check”. Ura-ura itu
menjadi benar apabila aku telah dipanggil menjalani temuduga oleh cikgu
pengawas tidak silap ketika itu Cikgu Omar yang merupakan guru sejarah aku
juga. Beberapa minggu selepas itu, aku dilantik menjadi pengawas. Dan ingat
tugas pertama kali aku ialah menaikkan bendera. Itulah pengalaman paling
kelakar kerana bendera Negeri Sembilan berkibar terbalik serta merupakan
permulaan aku kerap berjumpa dengan Pengetua yang bernama Puan Hawa Siti Majid
yang kini menjadi Pengetua di SMK Puteri, Seremban.
Sepanjang
awal pembabitan dalam kokurikulum ketika sekolah aku juga merupakan bekas ahli
Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM), pemain bola keranjang, pelari untuk
merentas desa dan ahli Persatuan Matematik dan Sains (subjek yang paling aku
benci). Subjek kegemaran semasa menengah rendah ialah sejarah dan Geografi yang
mana subjek ini juga aku berjaya memperoleh A dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR).
Semasa
aku memasuki tingkatan 4, adalah kesilapan awal aku ialah memasuki Aliran Sains
Tulen. Kerana sebenarnya aku lebih berminat memasuki aliran Sastera tetapi ada
hikmah sebalik kejadian. Menjadi pelajar kelas pertama sedikit memberi tekanan
kerana aku bukan jenis orang buku yang hanya membaca. Ini kerana tingkatan 4
jugalah, aku mula makin aktif dengan banyak aktiviti terutama dalam Pengawas
yang mana semasa tingkatan 4, aku merupakan ketua Platun. Semasa tingkatan 4
ini nama aku sering dipanggil oleh guru. Masih ingat pada tahun 2005 ketika
itu, aku diarahkan untuk menyertai Kursus Kepimpinan Pengawas peringkat Negeri
Sembilan di SMK Simpang Glami, Jelebu. Pada tahun yang sama juga, aku diminta
mewakili Negeri Sembilan ke Seminar kempimpinan Pengawas peringkat Kebangasaan
di Kuala Terengganu. Ketika di Kuala Terengganu, sempat dibawa ke Dewan
Undangan Negeri, aku sempat duduk di Menteri Besar Terengganu ketika itu, Ustaz
Hadi Awang. Mungkin dari situ petunjuk-pentunjuk untuk lebih aktif.
Pada
tingkatan 5, aku mula diberi amanah memikul amanah menjawat jawatan Penolong
Setiausaha Pengawas. Di sini aku, selalu mendapat tunjuk ajar dari Cikgu
Rozana, jasa beliau amat penulis hargai dan tidak lupakan. Di waktu itu juga,
sikap sukarelawan jelas tampak kerana tiap kali awal pagi aku sudah terbiasa
datang awal dengan mengemas kerusi-kerusi untuk guru setiap kali jika ada
perhimpunan pagi. Kisah-kisah melucukan semasa perhimpunan juga membuatkan aku
agak dikenali di dalam sekolah kerana sering melakukkan kesilapan teknikal yang
jelas perasaan oleh pelajar-pelajar. Antaranya ialah aku diminta menjaga bilik
PA Sistem, banyak kali tersilap pasang lagu seperti lagu Negeri Sembilan tetapi
tertekan memainkan lagu joget dan tiap kali salah akan menghadap pengetua.
Seperti sudah lali aku berjumpa dengan orang atasan ini.
Semasa
di tingkatan 5 juga, aku juga menjadi peserta kuiz Antarabangsa PBSM peringkat
daerah Jelebu tetapi yang aku kesal sampai sekarang selepas mengetahui sekolah
aku menang tetapi tersalah umum setelah mengetahui dari pelajar sekolah daerah
lain mengatakan kenapa tidak hadir pertandingan peringkat Negeri Sembilan yang
mengenali. Pada tahun yang sama juga, aku juga dipilih mewakili sekolah untuk
mesyuarat Mengatasi Jenayah di Sekolah bersama pihak Polis daera Jelebu. Itu
pengalaman bermesyuarat dengan organisasi kerajaan. Sebelum terlupa, sepanjang
persekolahan aku mempunyai beberapa orang guru yang membuatkan aku menjadikan
mereka sebagai “role model” antara mereka Cikgu Saufi (cikgu yang mencampakkan
kapur ke dalam mulut aku ketika aku melawak dalam kelas) tetapi dia tegas untuk
mendidik seorang budak loya buruk ini. Tidak lupa cikgu Faisol (guru bahasa
Melayu dan guru Kanan Hal Ehwal murid) yang mana aku darjah 4 ditangkap olehnya
kerana aku pergi masuk tandas perempuan kerana ingin tahu mengapa pelajar
lelaki tidak masuk tandas perempuan. Tetapi ingatan aku padanya ialah dia
banyak beri peluang pada aku dalam kelas beliau untuk melakukan aktiviti
pembelajaran. Mungkin itu sampai sekarang aku sentiasa berfikir melampau sangat
sehingga ada persoalan yang aku tidak dapat jawapan. Semasa di sekolah menengah
aku tertarik dengan penampilan seorang susuk tubuh yang bernama Cikgu Razak
(Pak Jak) yang mana mula-mula aku berada di SMK Dato Undang Musa al Haj, aku
sudah begitu kagum dengan cara cakap dia, keyakinan beliau, gaya menegur, serta
cara hidupnya yang mana seorang aktif. Mungkin ini sedikit sebanyak meresap ke
dalam diri aku. Teringat pula cikgu yang garang mengajar seperti Cikgu Azman,
paling baru berjumpa beliau di Tesco Kuala Selangor. Terasa seperti mimpi
kerana beliau mengajar di Jelebu mana mungkin berada di Kuala Selangor, rupanya
beliau menghantar anaknya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh di Jeram.
Beliau mengajar Sejarah, kalau mengajar mesti menanyak banyak soalan kepada aku
kerana beliau tahu aku minat Sejarah dan suka bantu beliau padam papan hitam.
Walau dia suka marah dengan aku, dia tak jadi marah samalah juga dengan Puan
Rozana yang mengajar aku bahasa Inggeris kerana ramai pelajar mengatakan beliau
garang tapi dengan aku beliau tak jadi marah kerana aku banyak melawak dalam
kelas dia sehingga dia tak tahu hendak buat apa lagi tetapi beliau banyak
melatih aku keyakinan dan banyak beru peluang mencuba untuk bercakap di hadapan
orang. Beliau juga pernah meminta agar masuk ke Tingkatan 6 supaya aku boleh
menjadi Ketua Pengawas tetapi aku menolak sebab aku tidak suka peraturan
sekolah dan aku adalah seorang yang suka bebas dan tidak terkongkong (fleksibel).
Selepas
habis tingkatan 5, aku sebenarnya mahu melanjutkan pelajaran dalam perguaman
tetapi dihalang oleh emak kerana pekerjaan guaman ini merupakan suatu pekerjaan
yang membuatkan kita terjerumus dalam neraka. Setelah agak kecewa, aku mendapat
2 tawaran iaitu INSDTEC di Desaru kerana ayah aku orang Johor dan satu lagi
tiba surat dari Universiti Industri Selangor meminta memohon kemasukan ke sana.Ketika
itu aku memohon 3 kos iaitu Diploma Pengurusan Bisnes, Diploma Pengurusan
Pentadbiran dan Diploma Akaun. Selepas itu, tiba surat tawaran dalam Diploma
Pengurusan Pentadbiran pada kemasukan Julai 2007.
Semasa
bermula belajar aku sebenarnya terlibat dengan banyak entiti persatuan antara
yang awal ialah selepas masuk aku berminat dengan UMAG sebuah
persatuan yang lebih kepada aktiviti lasak dan pengembaraan tetapi jodoh aku
tidak lama. Selepas itu, aku menyertai I-RAKAN yang agak berbeza gerakan ketika
itu dengan sekarang. Semasa dalam I-RAKAN aku bermula dengan aktiviti Seminar
Pengembaraan Ibnu Batutah yang mana ketika itu aku mula mengenali Grup Pengkaji
Tamadun Dunia serta ketika itu majlis dikenali oleh Encik Izwan Shuhadak serta
pengisian oleh abang Norzyal Zainal (yang kini merupakan pegawai Khas kepada
Exco Kerajaan Negeri , YB Yakob Sapari) ketika itu merupakan Timbalan Presiden
GPTD Pusat. Jadi jelas GPTD di UNISEL sudah lama bertapak momentumnya yang ada
jelas mempertikaikan keberadaan GPTD dalam UNISEL.
Selepas
beberapa krisis dalam I-RAKAN, beberapa ahli dalam Biro Ibn Batutah telah
membawa diri keluar dari I-RAKAN iaitu saudara Wan Ritini dan Exco Penerangan
I-RAKAN, saudara Affendi Malek telah bersama saya menyusun suatu ekspedisi ke
ACEH pada tahun 2008, atas misi tinjauan dan bantuan pendidikan selepas
tsunami. Pergerakan Ibn Batutah ini telah mencetuskan momentum GPTD UNISEL
selepas mendapat persetujuan dengan pihak GPTD Pusat untuk medaftarkan dibawah Hal
Ehwal Pelajar (HEP) pada tahun 2009.
Pada
masa sekitar 2007 hingga 2008, aku juga menganggotai beberapa
persatuan lain antara Kelab Fasilitator, silat gayung hanya sempat belajar
sampai buah ke 10. Pada masa yang sama, ketika itu abang Azreen menjemput
menjadi ahli awal GPMS ketika era Naib Canselor ketika Dato Dr Razali Agus dan
awal penubuhan dihadiri oleh exco GPMS Pusat, abang Yaakob semasa era adik Dato
Seri Anwar Ibrahim , Shuhaimi Ibrahim menjadi Presiden.
Tetapi
pada tahun ketika 2009-2010, aku dirisik-risik untuk menyertai Majlis
Perwakilan Pelajar UNISEL dan ketika itu aku baru sahaja memasuki Ijazah
Sarjana Muda serta sebelum itu aku sedang memangku Presiden GPTD selepas
Presiden ketika itu menghilangkan diri. Itu merupakan tahun yang agak berat
kerana aku mengalami banyak masalah peribadi yang mana sepanjang menjadi Exco
MPP memberikan lagi tekanan tetapi aku berjaya menghadapi ujian-ujian diri
hingga habis penggal. Selepas habis penggal, ada permintaan untuk aku mengalas
jawatan Presiden Persatuan Penggerak Mahasiswa UNISEL dari penggal 2010-2011.
Sepanjang menjawat Presiden PPMU, fokus lebih kepada skill pemimpin dan
fasilitator. Sebelum aku praktikal di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
(yang hanya 3 minggu sebelum dibuang dan menyambung 11 minggu lagi di UiTM )
telah dirisik oleh Grup Pengkaji Tamadun Dunia UNISEL untuk menjadi
Presiden sehingga sekarang.
Maka
jelas, hala tuju yang aku lalui selama ini memberikan banyak pengalaman secara
tidak langsung melatih diri aku ke arah menyiapkan diri sebelum habis
belajar. Kadang kala, kenapa momentum yang aku lalui jelas tampak ke
arah memimpin? Itu aku mula berfikir.