Sejak kebelakangan susah
yang amat untuk menghantar ke dalam blog ini atas alasan tidak tahu hendak
menulis apa yang seharusnya ingin dihantar. Justeru bagi membuat mengelakkan
kejadian yang membuat input yang dihantar menimbulkan perkara yang tidak
relevan dan mengarut.
Sejak kebelakangan ini juga
saya mengalami pelbagai perkara yang sedikiit sebanyak memerlukan banyak masa
untuk berfikir. Seringkali perkara-perkara yan difikir ini membuat kepala ini
senak dan serabut. Tetapi apabila diambil hikmah atas semua ini, saya dapat
merumuskan yang mana ketepatan dan situasi semasa amat penting kerana semua ini
memainkan peranan, serta tempat yang sepatutnya apabila terjadi perkara ini
adalah kembali kepada Allah s.w.t.
Mengikut pengalaman saya
sendiri, saya boleh dikatakan mempunyai kenalan yang boleh dikatakan ramai
tetapi semua itu tidak menjadikan orang lain itu dapat membantu, itulah setiap
kejadian yang dirancangkan tidak semua menjadi, dan apabila kita ditimpa ujian
yang agak berat kita perlu mempersediakan diri untuk mengahadapinya serta
memohon pertolongan dariNYA. Jangan kita bersikap meminta pertolongan dariNya
apabila memghadapi musibah dan kesusahan. Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya
seharusnya sentiasa beribadah kepadaNya sentiasa tidak kira waktu senang
mahupun usah. Selamat Beramal.