Thursday, 18 March 2010

Menangislah Wahai Manusia


Manusia menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.
  
Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
  
1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2.   Menangis kerana rasa takut.
3.   Menangis kerana cinta.
4.   Menangis kerana gembira.
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Penulis ialah saudara Nor Hafiz bin Razali, merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri sedang menuntut di Tahun Pertama di Universiti Industri Selangor.

Monday, 1 March 2010

GST Di Manakah Kewajarannya?

Shah Alam, 24, Feb – Bertempat di Dewan MBSA telah berlangsung suatu forum yang bernama “Forum Awan Implikasi GST Kepada Rakyat”. Forum ini bermula pada jam 8 malam yang mana forum ini diwakili beberapa orang tokoh politik dan pakar ekonomi seperti Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.B. Tuan Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Tuan Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Encik Rafizi Ramli, Pegawai Ekonomi SUK Negeri Selangor dan moderator dipimpin oleh Y.b Nik Nazmi, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Selangor.

Mengikut pendirian kerajaan Negeri Selangor menentang pelaksanaan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan cukai GST. Untuk makluman, cukai GST adalah singkatan kepada Goods & Service Tax atau Cukai Barangan dan PDescription: Justify Fullerkhidmatan adalah cukai baru yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Pusat.

Ini kerana menurut beberapa pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat ini kerana GST merupakan sistem cukai yang membebankan rakyat tidak kira mengenal kedudukan ekonomi dan pendapatan rakyat, semua rakyat akan dikenakan cukai bagi setiap pembelian yang dikenakan cukai.Malah hampir semua pembelian dikenakan cukai, kecuali beberapa kumpulan kecil barangan dan perkhidmatan yang telah dikenal pasti.

Lantaran itu juga, GST ini juga adalah suatu cukai pelbagai peringkat. Ini bermakna pengguna seperti anda akan menanggung cukai kerana sebarang urus niaga oleh peniaga yang menyediakan perkhidmatan atau penggilang barangan boleh mendapat tuntutan rebat dari kerajaan.

Selain itu, GST ini juga akan menurut pimpinan PR juga menyatakan bahawa mengakikbatkan suatu fenomena kenaikan harga barang naik secara automatic kerana setiap pembelian akan dikenakan cukai. Kenaikan harga ini akan mengakibatkan inflasi.

Sebagai contoh pembelian yang akan dikenakan cukai selepas pengenalan GST – gunting rambut, baju dan kasut sekolah, servis kereta, biskut, baiki rumah, bil elektrik dan air (selepas had pengecualian minima). Namun, terdapat beberapa barangan makanan asas, tiket pengangkutan, pembelian ubat dan beberapa kumpulan barangan lain yang diberikan pelepasan.
  
Oleh demikian, kerajaan PR merasa GST tidak wajar dilaksanakan dan menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan GST atas beberapa alasan seperti sepatutnya kerajaan Barisan Nasional untuk mengemaskini kutipan cukai tidak langsung, mengenal pasti isu urus tadbir yang buruk, ketirisan dan perbelanjaan boros sehingga pendapatan melalui cukai pendapatan peribadi dan syarikat tidak banyak berubah. GST menjadi jalan pintas untuk menyelesaikan defisit kerana hanya mampu menutup sementara lubang deficit tanpa menyelesaikan isu akar ekonomi ( rasuah, sumber manusia, system pendidikan, dan lain-lain)

 Berita ini dilaporkan oleh saudara Nor Hafiz Razali dan merupakan penuntut di Tahun 1 di bawah Program Bachelor Psikologi Industri di Universiti Industri Selangor.