Melihat suasana peradaban masa kini, ramai pasangan yang bercinta atau dengan izin ‘couple’ menjadi satu trend yang tidak dapat lari masa kini dan terselit juga budaya yang bertentangan dengan amalan Islam serta budaya kita anak timur yang penuh dengan budaya yang begitu sopan dan tersusun.
Untuk merungkai segala permasalahan ini kita perlu melihat secara tuntas serta perlu memahami dengan mendalam permasalahan ini agak segala aspek dapat diperhalusi dan dapat difikirkan segala bentuk penyelesaian. Oleh itu, kita perlu memahami apa itu budaya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta adat Timur seperti melakukan aksi ‘ringan-ringan’. Kini aksi ini menjadi salah satu trend masa kini yang dapat dizahirkan dengan berdua-duaan di tempat gelap, bercumbu-cumbuan, dan sebagainya tetapi tidak ke arah persetubuhan. Menurut hukum yang jelas dalam Islam sendiri, perlakuam ini adalah haram sama sekali kerana ianya mendekati zina dan berdosa besar walaupun tidak bersetubuh.
Punca terjadi permasalahan ini setelah penulis telah bertukar-tukar fikiran dengan beberapa kenalan wanita yang dapat dirumuskan beberapa permasalahan yang utama. Kenapa penulis memilih wanita untuk mendapatkan buah fikiran mengenai isu ini adalah kebanyakan mangsa datang dari kaum Hawa bukannya kepada kaum Adam.
Pertama sekali apabila pandangan mata sudah jatuh ke hati nescaya bermulanya hubungan yang lebih erat serta setelah fikiran dikawal nafsu. Ini tidak dapat dielakkan bagi pasanagn ber’couple’ akan selalu keluar selalu dan ini sedikit senayak mempengaruhi kepada untuk melakukan ketelanjuran dengan aksi dianggap ’ringan-ringan’. Pepatah juga pernah berkata apabila bertepuk sebelah tangan tidak kan berbunyi’ menjadikan pasangan ini terutama wanita terlalu dibuai keasyikan bercinta sehingga sanggup melakukannya.
Tambahan itu, apabila nilai-nilai moral dalam masyarakat sudah berkurangan dalam diri insan nescaya agama sedikit sebanyak akan dilupakan terutama sekali apa yang telah dilarang. Ini dapat dibuktikan ayat Al-Quran sendiri telah mengingatkan iaitu la taqrabu zina yang bermaksud JANGAN MENGHAMPIRI ZINA. Ini sudah jelaas Allah s.w.t sudah berpesan awal-awal lagi tapi atas diri hambaNYA. Oleh itu, dilarang perempuan dan lelaki berdua-duan kerana syaitan akan menghasut dan ianya akan bertambah menghasut pabila orang dihasut itu berdasarkan iman yang mana bertambah kuat imam seseorang itum akan lebih tinggi pangkat syaitn itu menghasut.oleh itu, apabila insan itu faham akan konsep amal makruf nahi mungkar, penulis yakin ramai pasangan yang bercinta kini tidak melakukan aktivit sebegini. Seterusnya, kesedaran dalam setiap pasangan itu sendiri juga perlu sedar. Berbekal iman yang lemah salah satu faktor mangapa perkara ini dewasa ini ditamabah kurang pendidikan dan penghayatan ilmu agama menyebabakan perkara ini terajadi dan perngaruh negatif persekitaran kini membuatkan ianya menghalalkan apa yang haram.
Ada juga yang berpendapat pasangan yang bercinta kini tidak faham akan konsep bercinta yang berlandaskan syariat. Selain itu, ada yang beranggapan apabila mereka bercinta hanya ingin merasai nikmat bercinta seperti berpegangan tangan, bersalam dan lain-lain dengan bangga sekali mempamerkan yang mereka itu sedang bercinta pada hakikatnya ia hanya lah sementara sahaja kalau diikutkan. Cinta yang kekal hanyalah cinta ILLAHI yang seharus kita cinta. Diharapkan kita semua dan penulis terpelihara dari semua yang tidak elok dan mendekati dosa. WALLAHUALAM
Sunday, 31 May 2009
Wednesday, 6 May 2009
Berat Hati
Selesai sahaja aku menjawab "last paper" 5hb Mei entah mengapa aku macam sedih sahaja setelah keluar dari Dewan Utama. Entah kebanyakan orang yang aku kenali gembira sahaja sebaik sudah menjawab tapi tidak aku!!!!!!!
Mengapa aku jadi begini, hanya Allah yang tahu!!!Mungkin juga aku merasa diriku semakin hari akan meninggalkan tanah Unisel Batang Berjuntai tidak lama lagi agaknya kot!!!
Erm terasa cepat sgt masa ni berlalu ditambah lagi dengan perasaanku merasa agak berat untuk meninggalkan Unisel.."Ini mungkin penangan tempat yg banyak berjasa dalam merubah hidupku,"fikirku
Untuk seketika pabila aku duduk termnung soang(layan jiwang tapi aku tak jiwang pun)aku berfikir "sudah bersedia ke aku nak menempuh era bekerja tapi aku merindui pula budaya menimba ilmu, ini mungkin jiwaku sudah terlalu dekat dgn budaya yang selalu diamalkan oleh PKPIM, ABIM dan juga GPTD yang menjadi rujukan hidup...
Jadi setelah berfikir lama berfikir, Insyallah aku akan menyambung pengajianku setelah tamat praktikal harap-harap lah takde mengulang mana-mana pada Semester 3/2008/2009 ni...Aku dah tidak sabar nak melnjutkan pelajaran peringkt "degree" terasa jeles lak tengok ramai kawan-kawan ku semasa di Tingkatan Lima Kejora sudah menyambung 'degree'...
Erm sampai sini jelah aku nak nukilan apa-apa yg tersirat kat hati kecilku ini...Insyallah berkesempatan akan coret lagi bebebrapa nukilanku lagi lah kalo ada masa'

Subscribe to:
Posts (Atom)