13 Januari, Gombak – Bertempat di pejabat Global Peace Mision
telah dianjurkan suatu Latihan Media Massa bagi Sukarelawan
Kemanusian. Latihan Media Massa ini telah disampaikan oleh pengamal
media juga penerbit TV3 iaitu saudara Shahnun Hanif Suhaimi. Program ini telah
berlangsung selama 2 hari.
Latihan ini jelas memasuki suatu dimensi baru, kerana menuntut
para sukarelawan kemanusian dalam berperanan melaporkan misi kemanusian yang
dijalankan kepada pihak media dengan laporan yang tepat dan jitu.
Latihan ini berbentuk pendedahan awal dalam usaha melatih para
peserta yang terlibat secara langsung dengan dunia sukarelawan iaitu khususnya
kelompok penggerak kalangan mahasiswa. Kebanyakan peserta rata-rata datang dari
Persatuan Pelajar Kebangaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Grup Pengkaji
Tamadun Dunia serta aktivitis yang terlibat dengan Global Peace Mision
secara langsung telah mengikuti program ini. Ini jelas, usaha Global
Peace Mision mahu membuka jurus fikir dan menambah pengetahuan di kalangan
peserta mengenai peranan media massa yang terlibat dengan pelbagai misi di
lapangan bidang kemanusiaan.
Usaha murni ini telah diserikan dengan menjemput pengamal media
yang berpengalaman luas dalam bidang ini dengan membawa Encik Shahnon
Hanif, juga merupakan seorang pengamal media TV3 yang selalu terlibat dengan
bidang kewartawanan dalam bidang kemanusiaan serta juga penerbit untuk program
Jejak Rasul dan Majalah 3.
Sepanjang program ini jelas telah membawa banyak pendedahan dengan
beberapa perkara yang utama dalam menghasil laporan yang baik serta mengetahui
beberapa perkara seperti pengenalan penggunaan kamera yang dapat memberi meseg
yang jelas serta bagaimana memanafaatkan penggunaan pencahayaan kamera,
keseimbangan gambar dan visual yang dirakam serta pelbagai teknik yang
diterangkan dengan baik oleh beliau.
Pada hari kedua program, para peserta telah diberikan suatu lagi
pengisian yang berguna iaitu bagaimana mahu menulis artikel yang begitu baik
untuk dilaporkan kepada media. Ini juga ditambah dengan nasihat oleh penceramah
iaitu, untuk melatih diri dengan mendisplinkan diri dengan bermula menulis dan
menghantar artikel ke akhbar, majalah dan terutama kepada ruangan surat pembaca
tidak kira mengenai penulisan mengenai pendapat, idea atau luahan pendapat.
Dengan penulisana begini mampu menjadi seorang penulis yang mampu melatih diri
untuk lebih berpandangan kreatif dan kritis.
Program ini berakhir sekitar jam 4.00 petang dengan majlis penutup
diserikan dengan ucapan penutup oleh CEO GPM iaitu Mejar Azlan Mohd Shariff,
yang mempunyai harapan agak program ini dapat menjadikan sukarelawan yang
terlibat di lapangan agar melakukan terlibat dengan media massa dalam
memberitahu masyarakat betapa peri pentingnya penulisan setiap apa yang telah
dilakukan untuk paparan masyarakat mengenai apa yang telah dilakukan dalam
menarik lebih ramai orang telibat dengan bidang kesukarelawan terutamanya
kemanusiaan.
Penulis merupakan Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti
Selangor (GPTD UNISEL) penuntut Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian), Tahun
Akhir. Merupakan juga mantan Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Perwakilan
Pelajar Universiti Selangor (MPP). Terlibat aktif dengan pelbagai program kesukarelawan
dan misi bantuan.