Melihat kepada kemelut politik masa kini memeperlihatkan segelintir masyarakat Malaysia sudah sanggup bertindak mengikut istilah yang suka penulis gunakan pendekatan yang sungguh luar biasa sekali. Ini kerana, apabila segelintir Masyarakat Malaysia yang sanggup membelakangkan peranaan Institut Beraja yang sekian lama dijaga akan keutuhan kuasa yang memandu pentadbiran sesuatu negeri mahupun negara.
Penulis bukan menyokong mana-mana parti poltik tetapi merasa agak berduka cita apabila keputusan dari istana dipersoalkan.Ini bermula coretan dari peristiwa di mana sebuah parti politik di Perak memepersoalkan keputusan Raja Muda Perak, Raja Azlan Syah yang mana mahukan seorang Menteri Besar dari orang Melayu tetapi yang bagusnya pemimpin dari bukan Melayu itu memohon ampun dari pihak istana selepas semuanya selepas seorang Melayu menjadi Menteri Besar.Tetapi yang peliknya di Terengganu dan Perak tidak berbuat sedemikian rupa apabila memepertikai keputusan raja dari orang Melyu sendiri. Ini sedikit sebanyak merendahkan kredilibiliti Institut Raja Melayu di mata bukan Melayu.
Oleh itu, saya menyokong di mana apabila kita berada di dalam semangat non-particion, kita sedikit sebanyak dapat berfikiran waras ketika memerhati dan melakukan tindakan. Apabila kita taksub dan terlalu ekstrim ini sedikit sebanyak mampu merencatkan rencana-rencana perbangunan negara serta menjadikan di mata para pelabur takut untuk melabur.
Tambahan itu, tanpa kita sedari musuh-musuh Islam terlalu gembira apabila pihak sesama Islam bergaduh di atas kesedaran memahukan untuk memerintah. Ini bertentangn dengan sikap yang diambil oleh para Sahabat yang mana selepas kewafatan Rasulullah s.a.w yang mana sahabat-sahabat terlalu sedih dan pihak Ansar telah memikirkan calon Khalifah. Apabila para sahabat diberi kuasa tetapi ada yang menolakkan kerana kuasa dan amanah merupakan suatu yang amat berat untuk dipikul.\
Oleh itu, apabila kita berada di platform non-particion kita mampu untuk meneruskan usaha yang telah terbantut oleh perasaan tamak dan gilakan kuasa.Wallahualam
*Penulis merupakan seorang pelajar Diploma Pengurusan Pentadbiran di Fakulti Pengurusan Unisel Kampus Bistari Jaya@Batang Berjuntai