Tuesday 1 December 2009

Merujuk Tidak Sesat Jalan



Dewasa ini, golongan mahasiswa yang berpersatuan kini muncul suatu situasi mahasiswa berpersatuan yang mana wujud satu keadaan ketika melaksanakan sesuatu program tanpa merujuk kepada golongan yang lebih berpegalaman. Penulis ingin menimbulkan persoalan adakah program yang dianjurkan oleh mahasiswa itu sendiri bermanfaat kepada mahasiswa.

Menurut peribahasa Melayu lama iaitu, tidak bertanya sesat jalan, ini jelas membuktikan sekiranya kita selaku mahasiswa yang bakal memimpin negara tidak mahu merujuk kepada ulama-ulama mahupun ilmuwan-ilmuwan nescaya idealisme dan prinsip-prinsip mahasiswa berpersatuan tidak akan hilang, ini kerana apabila kita merujuk kepada golongan yang berpengalaman memberikan satu pandangan yang kita terlepas pandang. Ini sebenarnya tidak merugikan mahasiswa yang berpersatuan yang mana nasihat-nasihat dan pengalaman daripada kaca mata mereka mampu menjadikan golongan mahasiswa mengambil iktibar dan bekalan yang berguna dalam merencana program-program yang lebih tersusun dan memberi faedah-faedah dalam pembentukan pemikiran mahasiswa kini.

Justeru, penulis menyeru kepada golongan mahasiswa agar tidak berpandangan yang mana golongan mahasiswa merupakan golongan yang betul dan golongan yang lama kita ketepikan nasihat dan teguran, ini sekiranya tidak diambil perhatian mungkin suatu masa nanti kita sndiri sebagai orang yang diketegori veteran akan dipinggir dari segi pandangan mahupun pendapat.

No comments: