Shah Alam, 24, Feb –
Bertempat di Dewan MBSA telah berlangsung suatu forum yang bernama “Forum Awan
Implikasi GST Kepada Rakyat”. Forum ini bermula pada jam 8 malam yang mana
forum ini diwakili beberapa orang tokoh politik dan pakar ekonomi seperti
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor,
Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.B. Tuan Tony Pua, Exco
Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Tuan Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala
Selangor, Encik Rafizi Ramli, Pegawai Ekonomi SUK Negeri Selangor dan moderator
dipimpin oleh Y.b Nik Nazmi, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri
Selangor.
Mengikut pendirian
kerajaan Negeri Selangor menentang pelaksanaan Kerajaan Persekutuan untuk
melaksanakan cukai GST. Untuk makluman, cukai GST adalah singkatan kepada Goods
& Service Tax atau Cukai Barangan dan P
erkhidmatan
adalah cukai baru yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Pusat.

Ini kerana menurut
beberapa pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat ini kerana GST merupakan sistem cukai
yang membebankan rakyat tidak kira mengenal kedudukan ekonomi dan pendapatan
rakyat, semua rakyat akan dikenakan cukai bagi setiap pembelian yang dikenakan
cukai.Malah hampir semua pembelian dikenakan cukai, kecuali beberapa kumpulan
kecil barangan dan perkhidmatan yang telah dikenal pasti.
Lantaran itu juga, GST ini
juga adalah suatu cukai pelbagai peringkat. Ini bermakna pengguna seperti anda
akan menanggung cukai kerana sebarang urus niaga oleh peniaga yang menyediakan
perkhidmatan atau penggilang barangan boleh mendapat tuntutan rebat dari
kerajaan.
Selain itu, GST ini juga
akan menurut pimpinan PR juga menyatakan bahawa mengakikbatkan suatu fenomena
kenaikan harga barang naik secara automatic kerana setiap pembelian akan
dikenakan cukai. Kenaikan harga ini akan mengakibatkan inflasi.
Sebagai contoh pembelian
yang akan dikenakan cukai selepas pengenalan GST – gunting rambut, baju dan
kasut sekolah, servis kereta, biskut, baiki rumah, bil elektrik dan air
(selepas had pengecualian minima). Namun, terdapat beberapa barangan makanan
asas, tiket pengangkutan, pembelian ubat dan beberapa kumpulan barangan lain
yang diberikan pelepasan.
Oleh demikian, kerajaan PR
merasa GST tidak wajar dilaksanakan dan menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan
GST atas beberapa alasan seperti sepatutnya kerajaan Barisan Nasional untuk
mengemaskini kutipan cukai tidak langsung, mengenal pasti isu urus tadbir yang
buruk, ketirisan dan perbelanjaan boros sehingga pendapatan melalui cukai
pendapatan peribadi dan syarikat tidak banyak berubah. GST menjadi jalan pintas
untuk menyelesaikan defisit kerana hanya mampu menutup sementara lubang deficit
tanpa menyelesaikan isu akar ekonomi ( rasuah, sumber manusia, system
pendidikan, dan lain-lain)
Berita ini dilaporkan oleh
saudara Nor Hafiz Razali dan merupakan penuntut di Tahun 1 di bawah Program
Bachelor Psikologi Industri di Universiti Industri Selangor.
No comments:
Post a Comment