Friday, 17 April 2015

TRAVELOG KEM MUSIM PANAS, SELATAN THAILAND 2015

03 APRIL 2015 (JUMAAT)
Seawal jam 6.00 pagi seperti rutin kebiasaannya, aku sudah bangkit dan bersedia untuk solat Subuh bersendirian, kalau bangun lebih awal akan ke masjid atau surau berdekatan untuk berjemaah, tapi jika sudah terlambat hanya bersendirian saja di rumah. Selesai saja bersolat Subuh, kebiasaan aku jarang tidur kerana sudah menjadi rutin awal pagi akan melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pinggan mangkuk jika ada yang ada di singki, menyapu, membasuh motosikal. Tambahan hari itu, aku perlu bersiap untuk mengemas pakaian, peralatan serta dokumen perjalanan seperti tiket bas dan passport dari Kuala Lumpur ke Pengkalan Kubor, untuk misi fasilitator di Pattani, Selatan Thailand yang mana perjalanan pada sebelah malamnya.
Selesai sahaja aktiviti tersebut, aku kembali ke bilik dan melihat suasana bilik yang tak berkemas, inilah masalah aku kerana di luar kelihatan kemas, bilamana dalam bilik aku tak sukar berkemas, ditambah sikap aku yang suka mengumpul barangan terpakai menjadikan bilik lebih berselerak. Ditambah dengan sikap aku yang merupakan seorang yang agak “sentimental value” tak suka membuang barangan yang sudah lama digunakan, yang dihadiahkan kerana mahu dijadikan sebagai kenangan. Bagi sesetengah orang, barangan yang sudah digunakan perlu dibuang.
Ketika melihat sekitar bilik, aku terlihat akan komputer riba aku yang sudah lama tidak dibuka lalu mengambil dan membukanya, benar sangkaan aku yang mana kelajuaan perisiannya semakin perlahan. Justeru itu, konduksinya perlu dibaiki  dengan “format” semula kandungannya dan diberi nafas baru.
Alhamdulillah juga, sebelum ke Selatan Thailand ini, aku menjumpai kunci pendua motosikalku yang telah hilang hampir 2 bulan. Besar dugaannya bilamana motosikal yang menjadi nadi kehidupan untuk bergerak seakan bilamana sukar untuk melakukan aktiviti harian. Bila cuba dihidupkan motosikal, nampaknya tidak kelihatan motosikal itu mahu hidup. Tanggapan aku, mungkin petrol sudah kehabisan tapi dibuka tangki motosikal penuh.  Sangkaan seterusnya mungkin tangki petrol dimasuki air, lalu aku mencabut wayar minyak untuk membuang air yang masuk dan dicuba menghidupkannya semula nyata gagal. Mahu tak mahu, aku perlu menghidupkan motosikal ini, ini kerana diri akan merasa lebih tenang bilamana ke Selatan Thailand. Akhirnya, aku mengagak bila semua sudah dicuba, hanya satu masalah utama motosikal iaitu nadi motosikal ialah palam pencucuh, sememangnya betul anggapanku lalu aku meminjam motosikal milik kawan baikku, Mohd Safarudin untuk ke bengkel berdekatan, tapi seperti kebiasaan, bengkel motosikal masih belum dibuka jam 8.00 pagi dan untuk mencari bengkel yang sudah buka aku perlu pergi ke bengkel yang agak jauh kerana bengkel itu memang kebiasaan telah buka. Selesai membeli palam pencucuh tersebut, aku menukarkannya dan akhirnya motosikal yang sudah hampir 2 bulan tidak  bernyawa kembali bernafas.
Selesai masalah motosikal, kini tinggal masalah komputer ribaku pula perlu di “format” pula. Untuk itu, aku menunggang motosikal ke sebuah kedai membaiki komputer yang biasa aku pergi tapi bilamana sampai di kedai tersebut tidak dibuka, baru aku teringat, kedainya tidak dibuka hari Jumaat. Lalu, aku pergi ke pusat siber café sebentar untuk melayari internet bagi melihat beberapa info sebagai rutin harian. Ketika membuka aplikasi Facebook, ketika melihat senarai “Friend”, aku teringat beberapa individu yang boleh mem”format”  komputer, bertanya juga beberapa kenalan yang boleh. Akhirnya, seorang junior yang masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, lalu aku terus menghala ke mahallahnya atau kolej kediamannya
Selesai menghantar, sempat membeli makanan di café berdekatan mahallahnya. Lalu pulang ke rumah untuk bersedia untuk solat Jumaat. Selesai makan, azan baru selesai berkemundang terus aku ke masjid. Selesai solat Jumaat, terus pulang ke rumah untuk berehat bagi merehatkan badan bagi persediaan perjalanan yang agak juah perjalanan nanti.
Ketika 06.00 petang, aku terjaga dek panggilan telefon meminta aku berkumpul di Sekretariat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Wangsa Maju. Nasib baik bilamana kawan baikku Mohd Safarudin sudi menghantarku ke sana. Di situ, bertemu dengan ahli ekspedisi yang lain untuk program tersebut. Program ini bertujuan membantu anak-anak yatim di situ untuk menyuntik semangat untuk lebih berminat belajar terutamanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta memahami sosio budaya masyarakat Melayu di Selatan Thailand.
Di situ juga, sempat mendengar amanat daripada Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk agenda yang perlu dibawa ke sana bagi tujuaan pendidikan. Pada masa sama, program ini anjuran Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Selangor (GPTD UNISEL) bersama dengan Persatuan Anak – Anak Yatim Tanyung dan Yayasan Ehsan Berhad.
Tepat jam 10.30 malam, kami dihantar ke tempat menunggu bas di stesen petrol Shell  kedua sebelum tol Pantai Timur (Gombak). Ahli kumpulan terdiri dripada wakil dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), penasihat dan seorang ahli Grup Pengkaji Tamadun Dunia UNISEL, dan aku.
Naik sahaja bas, aku sempat berjaga sehingga jam 12 tengahari ketika itu di Benta, Pahang, selepas itu terus lelap.


04 ARIL 2015 (SABTU)
Semasa jam 4.00 pagi, aku terjaga bilamana bas berhenti di sebuah restoran bernama Sani Café, Merapoh. Selepas bas memulakan perjalanan semula, mata aku liat mahu tidur kembali, lalu aku memerhati suasana awal pagi yang  yang indah sambil melihat bulan yang mengambang penuh dan berfikir banyak perkara yang mana aku terfikir kenapa aku masih mengembara seorang diri dengan umur yang makin meningkat. Terasa akan keseorangan bilamana melihat ramai kawan-kawanku sudah berumah tangga serta ada yang sudah mempunyai anak-anak mereka.
Sekitar jam 7.00 pagi, kami sampai di Pengkalan Kubor. Di sana, kami berhenti singgah sebentar di masjid untuk berkumpul untuk menunggu 3 orang lagi ahli kumpulan yang berasal dari Pantai Timur. Kami dipermudahkan urusan bilamana tidak perlu berjalan sejauh 500 meter dengan berjalan kaki bila salah seorang ahli kumpulan menunggu dengan bapanya menghantarnya menaiki kereta. Kami dihentikan di Kompleks Kastam Pengkalan Kubor dan berjalan berkaki ke kompleks jeti kerana di situ kaunter Imigresen untuk urusan pemeriksaan dan pengesahan perjalanan.
Selesai semua urusan, kami mula menaiki bot untuk ke seberang iaitu jeti Takbai atau Tabal di sebelah Thailand. Di situ, kami perlu berjalan menuju pula ke kaunter Imigresen Thailand. Berbeza dengan kaunter Imigresen Malaysia lebih mudah dan lokasi yang lebih strategik kerana keluar saja dari kaunter terus jumpa jeti, kaunter  Imigresen sebelah Thailand perlu berjalan sedikit ke kaunter, jika ada yang tak mahu melakukan pemeriksaan boleh terjadi. Jika bagi yang tidak mengetahui akan tercari-cari di mana kedudukannya.
Setelah itu semua urusan di kaunter Imigresen Thailand, kami dibawa oleh pengiring merangkap orang kuat program ini iaitu encik Wan Abdul Rahman selaku CEO Yayasan Ehsan, di sana beliau telah menyediakan pengangkutan iaitu grebar atau pacuan empat roda untuk ke wiayah Pattani. Untuk makluman, wilayah Pattani merupakan sebuah wilayah di selatan Thailand dan di utara wilayah Naratthiwat. Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kami dibawa bersarapan di sebuah gerai berdekatan jeti Takbai. Ini juga, bagi mengisi perut yang sudah lapar mungkin, kerana perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur malah ada yang tak sempat untuk makan di mana-mana perhentian kerana semua terlelap keletihan di dalam bas. Ini juga alas perut untuk perjalanan yang agak jauh nanti. Perjalanan dari Bandar Takbai ke Pattani memakan masa sekitar 2 jam.
Sepanjang perjalanan juga, kami sempat singgah ke Akademi Pengajian Islam dalam Princesses of Naratthiwat University.  Selesai saja lawatan ke situ, kami meneruskan perjalanan dengan menziarahi beberapa lokasi yang bersejarah seperti surau Wadi al-Hussein di Teluk Manok dalam wilayah Naratthiwat, aku sempat membeli sehelai t-shirt sebagai kenangan dengan imej surau Teluk Manok. Sekitar jam 12.30 tengahari waktu Thailand kami tiba di Nattanyung di kompleks rumah anak yatim Tanyung.
Kami tiba dengan bersolat jamak di surau kampong Aur berdekatan kompleks. Selesai solat kami dijamu dengan masyarakat kampung dengan hidangan yang sungguh luar biasa banyak dengan lauk tomyam, telur dadar dan wajib tambah nasi sekiranya dijemput orang kampong. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan tanpa menjatuhkan perasaan orang kampung , aku  menambah nasi.
Selesai sahaja makanan, ahli kumpulan mula berkumpul untuk bermesyuarat untuk sesi pengenalan dengan ahli jawatankuasa pengggerak program yang terdiri pengerusi rumah anak yatim, Tuan Haji Said Abdullah Al-Jufri, Ustaz Osman dan beberapa pimpinan masyarakat kampong Nattanyung.
Sekitar jam 4 petang waktu Thailand, kami mendapati peserta-peserta program telah mula sampai untuk mendaftar. Kami ahli kumpulan berpecah bilamana yang lelaki dibawa menginap di homestay yang baru siap manakala yang wanita menginap di dalam kompleks.  Ini sedikit sebanyak dapat melepaskan penat perjalanan untuk berehat.
Sehingga waktu malam, kami telah dikumpulkan untuk mesyuarat bagi aturcara pada keesokan hari bersama dengan fasilitator atau murabi atau murabbiyah untuk kelancaran keesokan harinya untuk permulaan program perasmian. Selesai mesyuarat, kami pulang ke tempat kediaman untuk berehat.


05 APRIL 2015 (AHAD)
Hari yang dinantikan bermula dengan seawal jam jam 5.00 pagi waktu Thailand, pada asalnya aku sendiri terkejut jam aku telah jam 6 pagi, rupanya lewat sejam. Selesai saja waktu pagi aku memerhati telatah anak-anak yang mana mereka sungguh nakal-nakal. Kalau tak nakal bukan budaklah.
Sekitar jam 9 pagi jam Thailand, bermula majlis perasmiaan yang mana dihadiri oleh Tok Naro atau Datuk Bandar Tanyung, Syed Mohamad al Idrus, Said Abdullah al-Jufri, pengerusi Persatuan Anak Yatim Tanyung, Wan Abdul Rahman, CEO Yayasan Ehsan Berhad dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Tanyung.
Selesai sahaja majlis perasmian, maka program telah bermula yang mana dengan pengajaran dalam Bahasa Melayu. Slot pagi, kami telah mengajar asas bahasa diikuti dengan latihan berkumpulan sebelah petangnya pula.
Sebelah petangnya, aktiviti diambil alih pula oleh fasilitator tempatan. Sehingga malam, kami berehat untuk persediaan pengajaran pada hari Selasa nanti. Sebelum itu, sebelum tidor diadakan pertemuan untuk mesyuarat untuk keesokannya.


06 APRIL 2015 (ISNIN)
Pada hari ini, kami tidak ada pengisian untuk disampaikan. Cuma awal pagi, kami berbincang untuk modul pada keesokannya yang mana akan mengajar Bahasa Inggeris. Ketika sedang rancak merancang, kami dimaklumkan oleh pihak kompleks untuk mengadakan lawatan sekitar Bandar Pattani
Selesai solat Zuhur, kami telah dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan hentian pertama ke Surau Aur, Nattanyung berdekatan kompleks. Keunikan surau ini mempunyai persamaan seni binaan dengan surau di masjid Kampung Laut, Kelantan dan di pulau Jawa.
Seterusnnya, kami meneruskan perjalanan ke daerah Yaring di mana kami dibawa melawat  makam Tok Panjang, di mana kisahnya seorang ulama yang dibunuh oleh raja yang zalim, dan ulama itu bersumpah tidak akan diizinkan mayatnya ditanam di tanah jajahan raja tersebut lalu mayatnya dihanyutkan ke laut. Menjadi ketakutan nelayan bilamana terlihat mayat tersebut bangkit setiap kali terjumpa, lalu raja menitahkan bahawa dikebumikan di Kampung Datuk. Menjadi lagi hairan, bilamana jasadnya semakin memanjang lalu dititahkan lagi oleh raja untuk memasukkan saja mayat ke dalam liang lahad. Begitulah mengikut kisah cerita penduduk di situ.
Selesai menziarahi, kami dibawa ke pantai Teluk Kapur. Permandangannya sungguh indah kerana airnya yang membiru sungguh menenangkan dengan tiupan angin yang membuai-buai sungguh melekakan. Yang menarik di situ, kelihatan kambing-kambing biri berkeliaran memakan sampah.
Seterusnya, kami dibawa ke masjid kerisik, yang mana masjid ini menyaksikan kesengsaraan masyarakat Islam Pattani dan salah faham beragama di mana masjid ini hampir runtuh dibom serta dibedil dengan peluru di setiap pelusuk penjuru.
Kami meneruskan perjalanan, ketika melalui Ban Laenmok yang mana di situ, masyarakatnya mengusahakan tempat membuat garam seolah sawah padi. Penghasilan garam itu merupakan salah satu produk eksport ke Malaysia.
Selesai melawat tempat membuat garam, kami dibawa ke Masjid Princes of Songkla kampus Pattani untuk solat Magrib. Selesai solat, kami dipertemukan dengan seorang bekas dekan Fakulti teknologi dan sains, Doktor Falsafah Wan Hassan Wan Hashim. Untuk solat isyak kami bersolat di Masjid Jamek Pattani yang menempatkan juga Majlis Agama Islam Pattani dan madrasah Darul Maarif.
Selesai solat, kami seterusnya dibawa meronda sekitar Bandar Pattani, dan berhenti rehat dan makan malam di gerai dengan menikmati sup air, tomyam, dan telur dadar. Yang menariknya di sini, air putih saja disediakan, jika mahu boleh memesan air yang berperisa. Akhirnya, kami balik untuk berehat.


07 APRIL 2015 (SELASA)
Seperti kebiasaan selalu di sana, kami bangun seawal jam 4.30 pagi waktu Thailand, yang bersia-siap untuk solat subuh, selesai solat Subuh, aku sudah berazam sepanjang di sini akan menyumbang dengan membersihkan dan menyapu dalam kompleks yang mana lokasi tersebut akan sentiasa  kotor setiap kali ditinggalkan oleh adik-adik peserta dengan sampah kecil dan pasir. Selesai menyapu, aku akan mula  memerhatikan suasana pagi  yang cuba aku rakamkan dalam minda yang akan cuba untuk tidak dilupakan.
Selesai adik-adik peserta bersarapan dan mandi dalam sekitar jam 8.30 pagi waktu Thailand, maka bermula sesi kelas bahasa Inggeris sehingga jam 3.00 petang waktu Thailand. Apa yang didapati sepanjang pengajaran, ternyata tersilap perkiraan kerana adik-adik peserta tidak begitu menunjukkan minat untuk belajar jika pembelajaran terlalu serius dan perlu diselitkan hiburan dan jenaka bagi menarik minat mereka belajar. Dengan kekurangan persediaan ternyata kelemahan ini boleh diperbaiki oleh adik-adik yang bakal lagi ke Selatan Thailand untuk program seumpama itu.
Selesai mengajar, kami pulang berehat untuk persediaan mesyuarat untuk waktu malam. Mesyuarat diadakan untuk melakukan penyelarasan untuk program rehlah atau lawatan ke Narathiwat.


08 APRIL 2015 (RABU)
Rutin di awal pagi di sana, selesai sahaja bersarapan, para peserta berkumpul untuk rehlah dan perjalanan ke Naratthiwat dengan menaiki bas sebanyak 2 buah. Inilah pengalaman kedua aku menaiki bas di luar Negara selepas di Aceh. Rehlah ini adalah ke sebuah lagi wilayah majority Melayu di Selatan Thailand. Antara destinasi di sana ialah lokasi awal ke Masjid Selindung Bayu dalam wilayah Pattani daerah Teluban atau Teluk Manok atau Kampung Teluk. Seterusnya, ke masjid Teluk Manok iaitu di Wadi al-Hussein serta makam 30 orang syuhada yang terbunuh peristiwa Takbai Berdarah. Selesai saja lawatan ke situ, diteruskan perjalanan ke Narathiwat sebelum itu, rombongan berhenti solat Zuhur di Masjid Jamek berdekatan pantai Narathiwat. Sekitar jam 2.00 petang waktu Thailand, kami tiba di pantai. Di sana, kami mencari kawasan lapang untuk berhimpun untuk makan tengahari. Antara makanan yang telah disediakan, dibawa dari tapak program iaitu paprika dan teluk masak merah, sungguh menyelerakan masakannya.
Selesai makan dan penyerahan wang saku yang telah diamanahakan oleh pihak keluarga peserta, peserta dilepaskan sehingga jam 3 petang untuk bersiar di sekitar kawasan pantai dan rata-rata peserta menuju ke gerai-gerai berdekatan pantai yang menjual bermacam-macam jenis barangan dan makanan seakan-akan tapak bazaar yang sungguh meriah.
Bagi aku pula, banyak memerhati telatah anak-anak peserta yang mana aku lihat mereka seronok dan nampak kekampungan kerana Pattani masih Nampak ketradisionalan berbanding Narathiwat yang sudah dimamah kemodenan. Terbayang aku dahulu begitu juga, seorang budak kampong. Seronok apabila melihat mereka lagi, ragam berpusu-pusu menyerbu gerai-gerai makanan padahal di situ banyak lagi gerai yang sama roti yang dibungkus gula-gula kapas, sangat enak. Selain itu, aku juga sempat merasa aiskrim dalam kelapa. Air teh yang berbagai jenis perisa yang sungguh cantik bungkusannya siap dengan pembalut kertas. Aku juga sempat merasa mee kerabu atau Mama Yam yang sungguh lazat serta terasa kepedasannya.
Setelah itu, sekitar jam 3.30 petang , kami berkumpul dan mula menaiki bas untuk kembali ke Pattani. Sempat berhenti solat Asar jam 5 petang di antara Narathiwat dan Pattani di sebuah masjid. Bas yang dinaiki tiba di Nattanyung sekitar 6.00 petang, sesudah saja memunggah azan Magrib berkemundang.
Malam itu, selesai makan malam, urusetia dan peserta terus tidor awal untuk program keesokannya.


09 APRIL 2015 (KHAMIS)
Seperti kelaziman di sana, aku akan terjaga dan akan terus menuju ke surau Aur untuk solat Subuh. Selesai saja solat, aku terus ke kompleks anak yatim, untuk memulakan menyapu. Aku sudah memasang niat dari awal lagi yang mana akan cuba membantu dengan menyapu kerana selesai saja aktiviti para peserta di situ, akan nampak sampah dan pasir di atas lantai, jadi untuk keselesaan mereka juga untuk beraktiviti.
Sebelum kami dibawa keluar, kami sempat menyaksikan penyerahan sumbangan dari pegawai Koperasi Pattani ke Persatuan Anak Yatim Tanyung iaitu Encik Mat Jaki kepada Ustaz Osman selaku timbalan persatuan anak yatim Tanyung.
Hari itu, program diuruskan oleh murabi dan murabiyyah untuk slot fardhu ain, kami yang dari Malaysia pula dibawa oleh pihak penganjur melakukan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Nattanyung. Kebetulan ketika itu, tidak mengetahui akan ke pejabat beliau, jadi pakaian pun tak formal, tapi nasib baik datuk Bandar juga berpakaian seluar jeans dan berkemeja. 
Sepanjang sesi kunjung hormat, kami sempat bertaruf dengan pihak datuk Bandar serta mendengar penerangan berkaitan Pattani dan kunjungan kami dialu-aluka oleh pihak Datuk Bandar dan menjemput membuat pelbagai aktiviti di sana pada masa mendatang.
Selesai saja kunjungan hormat, kami dibawa pula ke Ban Aun Ai, sebuah pusat pemulihan dadah, di situ kami dibawa menaiki bot laju untuk mengelilingi sungai Pattani hingga ke jeti Nattanyung. Tidak aku menyangka, inilah sungai yang menjadi laluan perdagangan serta laluan pendakwah zaman dahulu ke Pattani.
Selesai sampai di jeti Nattanyung, kami berjalan kaki menuju ke tapak program dan azan magrib berkemundang terus ke surau untuk solat. Selesai saja solat, dan peserta makan malam, diadakan mesyuarat kali terakhir untuk perbincangan untuk malam keesokkannya iaitu malam kebudayaan.


10 APRIL 2015 (JUMAAT)
Pagi ini merupakan hari Jumaat yang mana di sana merupakan suatu buday yang hampir 2 tahun diamalkan penduduk kampung yang mana mereka akan berkumpul di depan surau Aur untuk makan sarapan beramai-ramai dengan juadah sarapan yang dibawa oleh penduduk atau ada penduduk yang akan bergilir memasaknya. Selepas itu, duit derma dikutip untuk pembangunan dan pembiayaian aktiviti untuk anak yatim dan juga surau Aur. Selesai saja makan pagi, kami dari Malaysia menyiapkan penulisan travelog dan dimaklumkan oleh pihak penganjur akan membawa kami ke tempat di mana perindustian industri kecil di Nattanyung. Kami telah dibawa oleh ahli majlis Bandar, iaitu abang Ismail ke beberapa tempat yang mana sebuah kedai baju melayu dan jubah, aku sempat membeli sehelai baju melayu dengan harga 380 baht bersamaan dengan RM38. Selesai saja ke situ kami dibawa ke sebuah kedai lagi yang mana kedai ini merupakan lokasi pengumpul tempahan baju yang disebarkan ke seluruh Selatan Thailand dan juga Malaysia. Akhir sekali ke sebuah rumah yang mana tempat jual tudung, untuk ahli kumpulan yang lelaki , kami telah balik lebih awal untuk ke Masjid Nattanyung untuk solat Jumaat.
Selesai solat Jumaat, aku berjalan kaki menuju ke tapak program, semasa perjalanan aku merakam pemandangan sekitar kampong yang mana takkan aku dapat lupakan detik itu.
Petang itu, aku memerhati para peserta bersiap untuk acara malam itu di mana ada yang akan menyanyi, melawak, berlakon dan bacaan al Quran.
Malam yang dinantikan, malam itu majlis dimulakan oleh presiden Persatuan Anak Yatim Tanyung, Tuan Haji Said Abdullah dan ucapan perasmiaan oleh Said Hakim selaku Timbalan Datuk Bandar Pattani.
Sepanjang majlis aku melihat, tapak program dipenuhi masyarakat kampong dan ibu bapa peserta yang aku anggap sungguh meriah dengan telatah kelakar peserta yang mencuit hati.
Selesai malam itu, aku terasa sebak dan susah hendak tidor,aku mengemas dan menyusun kerusi untuk memudahkan orang mengangkat ke atas lori, lalu aku menuju ke dapur membasuh pinggan dan cawan yang masih belum dibasuh. Selesai saja, aku menuju ke rumah penginapan dan terlelap.


11 APRIL 2015 (SABTU)
Pagi itu, aku bangun dengan seribu jenis perasaan, mungkin hari itu merupakan hari terakhir di sana, lalu bangkit menuju ke kompleks menyapu untuk kali terakhir. Justeru itu, aku balik ke rumah penginapan untuk berkemas dan menyusun pakaian ke dalam beg untuk persiapan pulang. Pagi itu, majlis perpisahan dimulakan dengan kata-kata amanat murabi dan murbiyyah kepada peserta. Majlis berakhir dengan nyanyian dan selawat sebelum dilepaskan pulang. Aku cukup terkesan dengan seorang anak yatim ini yang mana beliau aku lihat seperti tabah bilamana dia berkejaran ke pintu walaupun peserta lain disambut oleh ibu dan bapa. Bersyukurlah kepada sesiapa yang mempunyai ibu dan ayah.
Selesai majlis, kami ke tempat makan dan selesai makan, azan Zuhur berkemundang lalu kami bersalaman dengan murabi dan murbaiyyah. Selesai solat Zuhur, kami berkumpul untuk pulang. Kami dibawa menaiki dua buah kenderaan hingga ke Takbai sebuah daerah dihujung selatan Thailand bersempadan Malaysia Cuma dipisahkan oleh sungai.
Perjalanan ke Takbai mengambil masa 2 jam perjalan dan ketika tib di Takbai sekitar jam 4.30 petang dan kami sempat dibawa ke gerai untuk minum dan peluang itu digunakan untuk berbual dengan Tuan haji Said Abdullah, pengerusi Persatuan Anak Yatim Tanyung, Ustaz Osman, timbalan pengerusi, abang Mad selaku speaker Majlis Perbandaran, cikgu Qassim, ketua jurulatih guru-guru persatuan, dan beberapa orang lagi.
Selesai minum, kami dibawa menuju sehingga ke imigresen Thailand, aku sempat menukarkan wang baht ke ringgit untuk sedikit wang bekalan untuk pulang. Selesai urusan di pejabat Imigresen kami bersalaman kali terakhir dengan pihak yang menghantar kami, dan inilah pengalaman pertama menaiki sampan menyeberangi sempadan, kebiasaan dengan feri. Sampai saja di jeti di Pengkalan Kubor, selesai saja di imigresen Malaysia kami berpisah di situ, dan aku dan 2 lagi kumpulan menunggu di stesen bas sehingga jam 8.00 malam untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Kesimpulan sepanjang program ini, mengajar banyak erti kehidupan dan pencarian diri aku yang kadang kala berbolak balik. Mungkin masih belum Nampak siapa aku yang sebenarnya. Aku teringat pesanan seorang senior yang mana kalau kita kekusutan, beruzlah untuk mencari makna kehidupan.


Thursday, 26 March 2015

Hidup Belajar Melalui Pengalaman

Rupanya hari ini, membuka minda aku untuk lebih memikirkan kehidupan. Ingatkan aku mahu lari dari kehidupan yang sebenarnya aku rasa bukan kehidupan yang aku mahu, tetapi semakin aku lari, semakin aku dekat kehidupan yang mana aku cuba elakkan.

Pada hematnya, aku mahu suatu hidup yang sekadar  hidup dan buat amalan untuk diri aku dan aku mahukan kehidupan yang ‘low profile ’. Banyak pertanyaan yang aku cuba bertanya pada orang yang aku kenali. Ada yang menjawab, ada yang tak bagi pandangan, serta ada yang menjawab sekadar  menjawab. Aku merupakan seorang yang sebenarnya banyak persoalan yang berlegar dalam kepala tapi kadang kala ada terjawab, kadang kala tak terjawab dibiarkan saja.

Dalam dibiarkan berjawab, aku memahami secara praktikal dan pengulangan. Ini yang aku dapat pada hari ini, dan persamaaan jawapan. Aku beberapa bulan  kebelakangan ini, terkeliru dengan cara hidup yang aku cuba bina. Ada orang mengatakan begini, ada orang mengatakan perlu begini. Aku cuba mengikut rentak, tapi bila kelamaan aku memahami aku perlu belajar asertif.

Apa itu asertif? Asertif adalah dari perkataan Inggeris 'assertive', yang diberi makna dalam kamus English-Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebagai"menyatakan, menegaskan atau menuntut". Sementara Webster's Third International Dictionary memberi penerangan "assert" bermakna "to state or affirm positively, assuredly, plainly or strongly”.

Dalam perbincang kaunseling kelakuan asertif ialah "kita melahirkan perasaan dan tindakan kita secara jujur, berterus terang dan ikhlas tanpa mencabuli batas-batas hak orang lain. Dengan ertikata , kita menghurmati diri kita dan dalam masa yang sama kita menghurmati diri orang lain. Kita bertindak dalam sempadan hak kepunyaan kita, kita mengawal diri kita dan tidak membenarkan orang lain mengawal diri kita. Kita tidak campur tangan dalam sempadan hak orang lain.

Ini bermakna, berkelakuan asertif adalah kita yang mengawal hidup diri kita sendiri serta tidak pula mengawal hak mutlak orang lain. Dalam hidup bermasyarakat masalah perhubungan dan konflik tidak dapat dielakkan . Dalam rumahtangga, tempat kerja, dipejabat , disekolah malah ditempat ibadat pun masih wujud masalah perhubungan. Kepelbagaian kelakuan dan perbezaan kelakuan ini tidak seharusnya mempengaruhi kita mengikut jejak orang lain terutama kelakuan pasif dan agresif.

Gangguan emosi boleh wujud dengan segera disebabkan daripada masalah perhubungan. Perhubungan suami isteri boleh bertukar kepada perselisihan, perhubungan persahabatan boleh bertukar kepada permusuhan begitu juga perhubungan ibubapa dengan anak remaja ataupun anak menantu.

Mudah-mudahan dengan bersikap asertif, memperkatakan sesuatu secara berpatutan, bertindak secara menghurmati orang lain, dapat mewujudkan perhubungan yang tulin dan harmoni dikalangan sesama kita. Sekurang-kurangnya kita menyedari bahawa kita adalah hamba Allah yang dijadikan untuk mengabdikan diri kepadaNya, dengan menyedari bahawa kita mempunyai beberapa kekurangan dan hidup dimuka bumi ini sebagai "sharing" atau perkongsian sesama kita.

Untuk menjadi asertif , maka perlunya kita mempunyai kemahiran asertif dan pengetahuan mengenai dengannya untuk membantu kita bersikap asertif.

Adakalanya ramai orang tidak dapat bezakan antara sikap asertif dengan sikap agresif. Agresif adalah lebih kepada menyerang orang lain, tanpa memikirkan dan memperdulikan perasaan orang lain. Yang dipeliharanya adalah emosi kita sendiri, boleh jadi ia berlaku tanpa kita sedari atau lebih kepada sikap mempertahankan diri sebagai "defence mechanism".

Sikap asertif ataupun agresif diukur melalui ciri-cirinya yang terbentuk dari implikasi tingkah laku terhadap diri kita dan orang lain, juga dikur melalui budaya masyarakat setempat dan yang lebih penting adalah mengikut ukuran ajaran Agama.

Agresif menggambarkan kemarahan dan kekecewaan sesaorang dan bertindak bagi melepas perasaan yang beremosi itu terhadap orang lain jika tidak untuk melukai orang lain secara sedar.

Orang yang bersikap asertif mempunyai empat kriteria.

Pertama: Kita bebas menyatakan diri kita, melalui perkataan atau tindakan iaitu seperti "saya rasa, saya fikir atau saya berpendapat.

Kedua: Kita boleh berhubung dengan siapa saja pada setiap peringkat, samada kawan, keluarga, orang asing, orang berpangkat dan sebagainya. Perhubungan itu sentiasa terbuka, jelas, jujur dan berpatutan.

Ketiga: Kita mempunyai haluan yang aktif terhadap hidup kita. Kita tidak menunggu sesuatu berlaku, berubah atau mengharapkan orang lain bertindak untuk kita, sebaliknya kita mencuba, berusaha dan bertindak keatas apa yang kita mahu.

Keempat: Kita bertindak mengikut keupayaan kita, Kita sedar yang kita tidak semestinya sentiasa berjaya serta mendapat apa yang kita mahu. Kita terima had keupayaan kita. Kita sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik. Samada berjaya atau tidak, kita tetap mempunyai harga dan penghormatan diri.

Kelahiran ilmu kaunseling dizaman moden ini adalah suatu ilmu bertujuan membantu atau proses menolong untuk mencari kesejahteraan hidup, yang dicari oleh semua orang yang mana datangnya kesejahteraan itu dari jiwa sesaorang. Sejarah kemasyhuran ilmu kaunseling yang dipopularkan pada zaman awalnya oleh Sigmund Freud dengan mencipta teori psikoanalisanya berasaskan pengalamannya sendiri, kajian keatas pesakit-pesakitnya dan pemerhatianya adalah bagi mencari erti kesejahteraan yang berpunca dari jiwa dan mencari jalan untuk memperolehinya. Begitu juga dengan Carl Rogers diawal tahun 40an dengan teori kemanusiaannya. Teori psikoanalisa Siugmnd Freud adalah berasaskan kepada manusia dipengaruhi oleh alam tidak sedar (unconscious) sementara pula teori kemanusiaan Rogers adalah berasaskan kepada alam sedar (conscious) tetapi diherot-berotkan oleh pengalaman-pengalaman sesaorang, perbezaan ini adalah berdasarkan kepada penemuan oleh mereka.

Sementara teori kaunseling tingkahlaku pula menekankan keyakinan kepada perubahan kelakuan manusia berdasarkan kepada ransangan ataupun gerakbalas. Ransangan yang positif kepada sesaorang membolehkan orang itu memperolehi kesejahteraan. Umpamanya sesaorang yang diberi pujian , imbuhan , penghargaan dan sebagainya membolehkan mengubah tingkah laku sesaorang kerana rangsangan itu memberi kebahagiaan pada jiwanya berdasar teori Pavlov.

Menjadi diri sendiri, sekiranya kita menghadapi kesukaran untuk menyatakan kemahuanatau pendapat kita kepada orang lain, jika sekiranya kita merasa sukar untuk menyatakan tidak boleh , sedangkan itulah sebenarnya yang kita mahu katakan dan jika sekiranya kita merasa begitu sukar untuk berbincang dengan hati yang terbuka dengan anak-anak kita,serta putus asa untuk menasihati mereka hanya disebabkan banyak kali mereka tidak mempedulikan kata-kata kita, atau pun sekiranya kita tidak berani untuk menyatakan hak kita kepada orang lain maka kelakuan kita itu menunjukkan bahawa kita adalah seorang yang tidak asertif. Orang yang tidak asertif selalunya takut, bimbang, tidak puas hati, murung dan tidak dapat berkembang maju sertatingkahlakunya tersekat. Jika sekiranya kita tidak mahu terus berkeadaan seperti itu maka mari kita belajar untuk berubah menjadi seorang yang asertif, sebagai seorang ibubapa yang asertif, sebagai seorang staf yang asertif, sebagai seorang suami atau isteri yang asertif, sebagai seorang anak yang asertif, sebagai seorang pelajar yang asertif dan sebagainya.




Sunday, 13 January 2013

Sukarelawan Perlukan Media Massa?

13 Januari, Gombak – Bertempat di pejabat Global Peace Mision telah dianjurkan suatu Latihan Media Massa bagi Sukarelawan Kemanusian.  Latihan Media Massa ini telah disampaikan oleh pengamal media juga penerbit TV3 iaitu saudara Shahnun Hanif Suhaimi. Program ini telah berlangsung selama 2 hari.

Latihan ini jelas memasuki suatu dimensi baru, kerana menuntut para sukarelawan kemanusian dalam berperanan melaporkan misi kemanusian yang dijalankan kepada pihak media dengan laporan yang tepat dan jitu.

Latihan ini berbentuk pendedahan awal dalam usaha melatih para peserta yang terlibat secara langsung dengan dunia sukarelawan iaitu khususnya kelompok penggerak kalangan mahasiswa. Kebanyakan peserta rata-rata datang dari Persatuan Pelajar Kebangaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Grup Pengkaji  Tamadun Dunia serta aktivitis yang terlibat dengan Global Peace Mision  secara langsung telah mengikuti program ini. Ini jelas, usaha Global Peace Mision mahu membuka jurus fikir dan menambah pengetahuan di kalangan peserta mengenai peranan media massa yang terlibat dengan pelbagai misi di lapangan bidang kemanusiaan.

Usaha murni ini telah diserikan dengan menjemput pengamal media yang berpengalaman luas dalam bidang ini dengan membawa Encik Shahnon Hanif, juga merupakan seorang pengamal media TV3 yang selalu terlibat dengan bidang kewartawanan dalam bidang kemanusiaan serta juga penerbit untuk program Jejak Rasul dan Majalah 3.

Sepanjang program ini jelas telah membawa banyak pendedahan dengan beberapa perkara yang utama dalam menghasil laporan yang baik serta mengetahui beberapa perkara seperti pengenalan penggunaan kamera yang dapat memberi meseg yang jelas serta bagaimana memanafaatkan penggunaan pencahayaan kamera, keseimbangan gambar dan visual yang dirakam serta pelbagai teknik yang diterangkan dengan baik oleh beliau.

Pada hari kedua program, para peserta telah diberikan suatu lagi pengisian yang berguna iaitu bagaimana mahu menulis artikel yang begitu baik untuk dilaporkan kepada media. Ini juga ditambah dengan nasihat oleh penceramah iaitu, untuk melatih diri dengan mendisplinkan diri dengan bermula menulis dan menghantar artikel ke akhbar, majalah dan terutama kepada ruangan surat pembaca tidak kira mengenai penulisan mengenai pendapat, idea atau luahan pendapat. Dengan penulisana begini mampu menjadi seorang penulis yang mampu melatih diri untuk lebih berpandangan kreatif dan kritis.

Program ini berakhir sekitar jam 4.00 petang dengan majlis penutup diserikan dengan ucapan penutup oleh CEO GPM iaitu Mejar Azlan Mohd Shariff, yang mempunyai harapan agak program ini dapat menjadikan sukarelawan yang terlibat di lapangan agar melakukan terlibat dengan media massa dalam memberitahu masyarakat betapa peri pentingnya penulisan setiap apa yang telah dilakukan untuk paparan masyarakat mengenai apa yang telah dilakukan dalam menarik lebih ramai orang telibat dengan bidang kesukarelawan terutamanya kemanusiaan.

Penulis merupakan Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Selangor (GPTD UNISEL) penuntut Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian), Tahun Akhir. Merupakan juga mantan Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor (MPP). Terlibat aktif dengan pelbagai program kesukarelawan dan misi bantuan.


Saturday, 29 September 2012

Melihat Kepimpinan Diri Sendiri


Beberapa hari ini terfikir pada diri kenapa diri ini sejak sekolah tidak boleh duduk diam sahaja. Mememahami diri yang dari sekolah terimbau permulaan aku bersekolah rendah lagi di Sekolah Dato Undang Abdullah, Kampung Chennah di sebuah perkampungan luar bandar di daerah Jelebu Negeri Sembilan. Kalau ikutkan aku bukan seorang pelajar yang agak minat pada teori tetapi seorang yang lebih suka pada praktikal atau beraktiviti. Semasa sekolah aku mula mengingat kembali pada darjah 4, aku sudah diberikan tanggungjawab untuk menjadi Pustakawan dan menjadi Ketua Kelas. Pada masa itu, aku sebenarnya agak seorang pelajar yang kurang rasa yakin diri kerana ada perkara yang membuatkan aku takut untuk membuat keputusan. Biar sahaja itu rahsia.

Pada masa itu, aku masih ingat aku begitu meminati era Backstreet Boy ketika darjah 5 dan pada masa itu merupakan suatu tahun yang merupakan tahun yang agak kelakar kerana ada beberapa perkara melucukan aku lakukan ketika menghadiri kelas tambahan untuk persedian UPSR. Antaranya pengalaman yang melucukan ketika kelas tambahan subjek Matematik, aku disuruh untuk menjawab soalan dihadapan dan berpasangan dengan rakan kelas pelajar wanita. Sekiranya salah seorang gagal menjawab akan ada yang didenda untuk dicubit. Semasa rakanku itu gagal aku dibenarkan mencubitnya. Biasalah perangai yang kurang matang telah mencederakan perutnya dan luka. Pada kelas yang sama, guru Matematik, Cikgu Saufi yang mengajar terlalu marah dengan lawak aku menyuruh aku membuka mulut serta membaling kapur putih ke dalam mulut tetapi sebenarnya beliau bergurau padahal aku ingatkan beliau serius.

Itu mungkin beberapa selingan dari penulisanku pada kali ini. Pada ketika itu aku juga merupakan ketua kelas pada darjah 5 ketika itu. Semasa UPSR, aku agak gembira aku lulus dengan     3A2 B. Tetapi keputusan itu telah menyebabkan ayah aku hampir hendak pengsan kerana mengharapkan 5A. Tetapi bagi aku ketika itu janji dapat masuk tingkatan 1. Mungkin fikir seorang ayah berbeza. Memang dari kecil aku memang tidak suka diaturkan cara hidup yang dia mahukan.

Semasa 2002, aku berjaya masuk ke Sekolah Menengah Dato Undang Musa al-Haj, di mana merupakan sebuah sekolah yang melahirkan beberapa individu yang agak berpengaruh dalam di Negeri Sembilan dan Malaysia. Antaranya, Dato Seri Utama Rais Yatim yang pernah mengajar serta Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sembilan.  Semasa di tingkatan 1, aku diletakkan dalam kelas kedua dari 6 kelas tingkatan satu dengan nama 1 Sarjana. Sebelum masuk aku juga mendapat tawaran masuk ke sekolah agama berasmara penuh tetapi masa itu aku ingat aku masuk kena jadi ustaz atas maklumat yang keluarga berikan. Maklumlah anak dan cucu sulung yang baru masuk ke sekolah menengah. Semasa pertengahan tahun, ayah aku telah mendapatkan maklumat dari bekas kawan seangkatan dalam tentera untuk memasukkan aku ke Maktab Tentera Diraja.  Ketika itu, fobia aku pada tentera menjengah kerana sejak dari kecil lagi aku sudah seperti direkrut dan perasaan tidak suka itu kembali menjengah. Aku suka menjadi orang awam.

Dipendekkan cerita, semasa pemilihan Putera untuk MTD dijalankan di Kem Tentera di Port Dikson. Semasa di sana aku berjaya melepasi ujian peperiksaan tetapi mengagalkan diri ketika sesi kecergasan kerana tidak mahu memasuki MTD. Untuk pengetahuan, sepanjang pemilihan peserta perlu tinggal di kem selama 3 hari. Bagi aku 3 hari sudah seperti 3 tahun. Selesai sahaja pemilihan, ayah aku telah bertemu dengan banyak sahabat beliau ketika dalam Amor, suatu unit untuk kenderaan perang. Di situ juga emak aku yang seorang Polis Tentera berkenalan dengan ayah aku.

Selepas peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 1, aku mula mendengar nama aku bakal dilantik menjadi pengawas untuk tingkatan 1. Sebenarnya selepas aku memasuki tingkatan 1 aku mahu menjadi pelajar biasa kerana tidak perlu berada di hadapan pelajar menjaga barisan atau bertugas melakukan “spot check”. Ura-ura itu menjadi benar apabila aku telah dipanggil menjalani temuduga oleh cikgu pengawas tidak silap ketika itu Cikgu Omar yang merupakan guru sejarah aku juga. Beberapa minggu selepas itu, aku dilantik menjadi pengawas. Dan ingat tugas pertama kali aku ialah menaikkan bendera. Itulah pengalaman paling kelakar kerana bendera Negeri Sembilan berkibar terbalik serta merupakan permulaan aku kerap berjumpa dengan Pengetua yang bernama Puan Hawa Siti Majid yang kini menjadi Pengetua di SMK Puteri, Seremban.

Sepanjang awal pembabitan dalam kokurikulum ketika sekolah aku juga merupakan bekas ahli Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM), pemain bola keranjang, pelari untuk merentas desa dan ahli Persatuan Matematik dan Sains (subjek yang paling aku benci). Subjek kegemaran semasa menengah rendah ialah sejarah dan Geografi yang mana subjek ini juga aku berjaya memperoleh A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Semasa aku memasuki tingkatan 4, adalah kesilapan awal aku ialah memasuki Aliran Sains Tulen. Kerana sebenarnya aku lebih berminat memasuki aliran Sastera tetapi ada hikmah sebalik kejadian. Menjadi pelajar kelas pertama sedikit memberi tekanan kerana aku bukan jenis orang buku yang hanya membaca. Ini kerana tingkatan 4 jugalah, aku mula makin aktif dengan banyak aktiviti terutama dalam Pengawas yang mana semasa tingkatan 4, aku merupakan ketua Platun. Semasa tingkatan 4 ini nama aku sering dipanggil oleh guru. Masih ingat pada tahun 2005 ketika itu, aku diarahkan untuk menyertai Kursus Kepimpinan Pengawas peringkat Negeri Sembilan di SMK Simpang Glami, Jelebu. Pada tahun yang sama juga, aku diminta mewakili Negeri Sembilan ke Seminar kempimpinan Pengawas peringkat Kebangasaan di Kuala Terengganu. Ketika di Kuala Terengganu, sempat dibawa ke Dewan Undangan Negeri, aku sempat duduk di Menteri Besar Terengganu ketika itu, Ustaz Hadi Awang. Mungkin dari situ petunjuk-pentunjuk untuk lebih aktif.

Pada tingkatan 5, aku mula diberi amanah memikul amanah menjawat jawatan Penolong Setiausaha Pengawas. Di sini aku, selalu mendapat tunjuk ajar dari Cikgu Rozana, jasa beliau amat penulis hargai dan tidak lupakan. Di waktu itu juga, sikap sukarelawan jelas tampak kerana tiap kali awal pagi aku sudah terbiasa datang awal dengan mengemas kerusi-kerusi untuk guru setiap kali jika ada perhimpunan pagi. Kisah-kisah melucukan semasa perhimpunan juga membuatkan aku agak dikenali di dalam sekolah kerana sering melakukkan kesilapan teknikal yang jelas perasaan oleh pelajar-pelajar. Antaranya ialah aku diminta menjaga bilik PA Sistem, banyak kali tersilap pasang lagu seperti lagu Negeri Sembilan tetapi tertekan memainkan lagu joget dan tiap kali salah akan menghadap pengetua. Seperti sudah lali aku berjumpa dengan orang atasan ini.

Semasa di tingkatan 5 juga, aku juga menjadi peserta kuiz Antarabangsa PBSM peringkat daerah Jelebu tetapi yang aku kesal sampai sekarang selepas mengetahui sekolah aku menang tetapi tersalah umum setelah mengetahui dari pelajar sekolah daerah lain mengatakan kenapa tidak hadir pertandingan peringkat Negeri Sembilan yang mengenali. Pada tahun yang sama juga, aku juga dipilih mewakili sekolah untuk mesyuarat Mengatasi Jenayah di Sekolah bersama pihak Polis daera Jelebu. Itu pengalaman bermesyuarat dengan organisasi kerajaan. Sebelum terlupa, sepanjang persekolahan aku mempunyai beberapa orang guru yang membuatkan aku menjadikan mereka sebagai “role model” antara mereka Cikgu Saufi (cikgu yang mencampakkan kapur ke dalam mulut aku ketika aku melawak dalam kelas) tetapi dia tegas untuk mendidik seorang budak loya buruk ini. Tidak lupa cikgu Faisol (guru bahasa Melayu dan guru Kanan Hal Ehwal murid) yang mana aku darjah 4 ditangkap olehnya kerana aku pergi masuk tandas perempuan kerana ingin tahu mengapa pelajar lelaki tidak masuk tandas perempuan. Tetapi ingatan aku padanya ialah dia banyak beri peluang pada aku dalam kelas beliau untuk melakukan aktiviti pembelajaran. Mungkin itu sampai sekarang aku sentiasa berfikir melampau sangat sehingga ada persoalan yang aku tidak dapat jawapan. Semasa di sekolah menengah aku tertarik dengan penampilan seorang susuk tubuh yang bernama Cikgu Razak (Pak Jak) yang mana mula-mula aku berada di SMK Dato Undang Musa al Haj, aku sudah begitu kagum dengan cara cakap dia, keyakinan beliau, gaya menegur, serta cara hidupnya yang mana seorang aktif. Mungkin ini sedikit sebanyak meresap ke dalam diri aku. Teringat pula cikgu yang garang mengajar seperti Cikgu Azman, paling baru berjumpa beliau di Tesco Kuala Selangor. Terasa seperti mimpi kerana beliau mengajar di Jelebu mana mungkin berada di Kuala Selangor, rupanya beliau menghantar anaknya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh di Jeram. Beliau mengajar Sejarah, kalau mengajar mesti menanyak banyak soalan kepada aku kerana beliau tahu aku minat Sejarah dan suka bantu beliau padam papan hitam. Walau dia suka marah dengan aku, dia tak jadi marah samalah juga dengan Puan Rozana yang mengajar aku bahasa Inggeris kerana ramai pelajar mengatakan beliau garang tapi dengan aku beliau tak jadi marah kerana aku banyak melawak dalam kelas dia sehingga dia tak tahu hendak buat apa lagi tetapi beliau banyak melatih aku keyakinan dan banyak beru peluang mencuba untuk bercakap di hadapan orang. Beliau juga pernah meminta agar masuk ke Tingkatan 6 supaya aku boleh menjadi Ketua Pengawas tetapi aku menolak sebab aku tidak suka peraturan sekolah dan aku adalah seorang yang suka bebas dan tidak terkongkong (fleksibel).

Selepas habis tingkatan 5, aku sebenarnya mahu melanjutkan pelajaran dalam perguaman tetapi dihalang oleh emak kerana pekerjaan guaman ini merupakan suatu pekerjaan yang membuatkan kita terjerumus dalam neraka. Setelah agak kecewa, aku mendapat 2 tawaran iaitu INSDTEC di Desaru kerana ayah aku orang Johor dan satu lagi tiba surat dari Universiti Industri Selangor meminta memohon kemasukan ke sana.Ketika itu aku memohon 3 kos iaitu Diploma Pengurusan Bisnes, Diploma Pengurusan Pentadbiran dan Diploma Akaun. Selepas itu, tiba surat tawaran dalam Diploma Pengurusan Pentadbiran pada kemasukan Julai 2007.

Semasa bermula belajar aku sebenarnya terlibat dengan banyak entiti persatuan antara yang awal ialah  selepas masuk aku berminat dengan UMAG sebuah persatuan yang lebih kepada aktiviti lasak dan pengembaraan tetapi jodoh aku tidak lama. Selepas itu, aku menyertai I-RAKAN yang agak berbeza gerakan ketika itu dengan sekarang. Semasa dalam I-RAKAN aku bermula dengan aktiviti Seminar Pengembaraan Ibnu Batutah yang mana ketika itu aku mula mengenali Grup Pengkaji Tamadun Dunia serta ketika itu majlis dikenali oleh Encik Izwan Shuhadak serta pengisian oleh abang Norzyal Zainal (yang kini merupakan pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Negeri , YB Yakob Sapari) ketika itu merupakan Timbalan Presiden GPTD Pusat. Jadi jelas GPTD di UNISEL sudah lama bertapak momentumnya yang ada jelas mempertikaikan keberadaan GPTD dalam  UNISEL.

Selepas beberapa krisis dalam I-RAKAN, beberapa ahli dalam Biro Ibn Batutah telah membawa diri keluar dari I-RAKAN iaitu saudara Wan Ritini dan Exco Penerangan I-RAKAN, saudara Affendi Malek telah bersama saya menyusun suatu ekspedisi ke ACEH pada tahun 2008, atas misi tinjauan dan bantuan pendidikan selepas tsunami. Pergerakan Ibn Batutah ini telah mencetuskan momentum GPTD UNISEL selepas mendapat persetujuan dengan pihak GPTD Pusat untuk medaftarkan dibawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada tahun 2009.

Pada masa sekitar 2007 hingga 2008, aku juga menganggotai  beberapa persatuan lain antara Kelab Fasilitator, silat gayung hanya sempat belajar sampai buah ke 10. Pada masa yang sama, ketika itu abang Azreen menjemput menjadi ahli awal GPMS ketika era Naib Canselor ketika Dato Dr Razali Agus dan awal penubuhan dihadiri oleh exco GPMS Pusat, abang Yaakob semasa era adik Dato Seri Anwar Ibrahim , Shuhaimi Ibrahim menjadi Presiden.

Tetapi pada tahun ketika 2009-2010, aku dirisik-risik untuk menyertai Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL dan ketika itu aku baru sahaja memasuki Ijazah Sarjana Muda serta sebelum itu aku sedang memangku Presiden GPTD selepas Presiden ketika itu menghilangkan diri. Itu merupakan tahun yang agak berat kerana aku mengalami banyak masalah peribadi yang mana sepanjang menjadi Exco MPP memberikan lagi tekanan tetapi aku berjaya menghadapi ujian-ujian diri hingga habis penggal. Selepas habis penggal, ada permintaan untuk aku mengalas jawatan Presiden Persatuan Penggerak Mahasiswa UNISEL dari penggal 2010-2011. Sepanjang menjawat Presiden PPMU, fokus lebih kepada skill pemimpin dan fasilitator. Sebelum aku praktikal di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (yang hanya 3 minggu sebelum dibuang dan menyambung 11 minggu lagi di UiTM ) telah dirisik oleh Grup Pengkaji Tamadun Dunia  UNISEL untuk menjadi Presiden sehingga sekarang.

Maka jelas, hala tuju yang aku lalui selama ini memberikan banyak pengalaman secara tidak langsung melatih diri aku ke arah menyiapkan diri sebelum habis belajar.  Kadang kala, kenapa momentum yang aku lalui jelas tampak ke arah memimpin? Itu aku mula berfikir.
               

Saturday, 17 March 2012

Travelog Perjalanan Meniti Senja di UNISEL

Merenung kembali kemasukan penulis ke Universiti Industri Selangor (Universiti Selangor ) bermula apabila pihak universiti menghantar surat tawaran agar memohon di UNISEL. Sebelum mendapat tawaran ke UNISEL, penulis sudah bersedia untuk mendaftar ke Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim, INSTED, Desaru Johor dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan. Oleh kerana, ayah penulis meminta meneruskan pelajaran dan merupakan langkah awal, beliau meminta untuk berada di kawasan tengah sekitar Selangor kerana beliau merasa terlalu jauh dengan anak sulungnya ini sekiranya berada di Johor dari Negeri Sembilan walaupun ayah penulis berasal dari Mersing, Johor.

Oleh itu, penulis mengorak langkah memohon ke UNISEL dengan pilihan jurusan seperti Diploma Pengurusan Perniagaan,Diploma Pengurusan Pentadbiran dan Diploma Komunikasi dan Media.Setelah beberapa minggu memohon, tiba surat untuk melaporkan diri dengan tawaran Diploma Pengurusan Pentadbiran, Fakulti Pengurusan Industri atau nama kini Fakulti Perniagaan.

Apabila hari untuk melaporkan diri, seingat penulis sekitar awal Julai 2007 yang mana sebelum mendaftar penulis mengkaji lokasi Universiti Industri Selangor supaya hari pendaftaran tidak menjadi kelam kabut. Seingat penulis universiti ketika itu berada di Shah Alam seperti yang biasa ketika itu drama “DUNIA BARU” dilakonkan di UNISEL seperti berada di Shah Alam. Setelah dilihat lokasinya, penulis berbincang mengenai lokasi UNISEL Kampus Bestari Jaya atau nama lamanya Batang Berjuntai. Tidak disangka emak penulis ketika itu memberitahu bahawa lokasi berhampiran dengan Depot Simpanan Peluru Pusat Kem Tentera Batu Arang.

Untuk makluman, ayah dan emak penulis merupakan bekas anggota tentera di mana ayah berkhidmat sebagai Kor Armour DiRaja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Kor Armor DiRaja, ataupun lebih dikenali sebagai Armor yang mana,kor ini dilengkapkan pengangkut anggota berperisai (APC), kenderaan tempur infantri (IFV), kenderaan tempur berperisai (ACV) dan kereta kebal. Sebelum beliau berhenti ,beliau ditempatkan di Kem Tentera Paradise, Kota Belud ,Sabah ketika itu penulis masih dalam kandungan. Penulis merupakan salah seorang anak dari adik beradik yang dilahirkan sebagai anak tentera berbanding adik-adik penulis yang mana mereka dilahirkan setelah ayah menamatkan perkhidmatan di dalam tentera. Manakala ibu penulis pula anggota Kor Polis Tentera dan telah berhenti lebih awal dari ayah penulis.

Setelah lokasi dikenal pasti, tibalah hari pendaftaran di Universiti Industri Selangor ketika itu, masih teringat ketika pendaftaran itu, apabila memasuki Pos Kawalan Keselamatan telah diberi nombor giliran, penulis dan keluarga meletakkan kenderaan di tepi jalan berhadapan Fakulti Kejuruteraan. Ketika itu, seingat penulis pendaftarn melebihi 1500 orang dalam pelbagai jurusan diploma ataupun ijazah. Ketika itu,pendaftaran ketika itu agak ramai dan proses pendaftaran ketika itu ibarat perlahan sekali tetapi oleh kerana azam baru semua kepenatan ketika itu tidak dihiraukan. Setelah tamat pendaftaran kami menuju ke hostel yang mana aku mendapat kediaman yang amat selesa bagiku kerana ibarat itulah rumah baru penulis kerana penulis sudah bebas dari cengkaman keluarga. Masih ingat teman sebilik ketika itu, Firdaus merupakan pelajar Diploma Teknologi Maklumat yang kini sedang menyambung Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Komputer dan Teknologi Industri, dan rakan serumah yang masih berhubung Mohd Shafiq yang kini menyertai polis berpangkat Sarjan di Sabah, Akmal yang sedang menyambung Ijazah Sarjana Muda Tesl dan sedang praktikal di Sabak Bernam, dan rakan-rakan serumah maaf ingatan nama kabur kini mungkin kerana biasa nama panggilan seperti Arip dan Mamu.

Ketika itu, di awal keaktifan dalam berpersatuan hampir semua persatuan ketika itu penulis masuki dan ingatan yang paling tidak dilupakan ialah program yang menemukan titik awal keaktifan dalam GPTD ialah program bersama I Rakan yang mana ketika itu, I Rakan masih bersama-sama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Program yang ketika itu tidak dapat aku lupakan ialah program RIhlah Ibnu Batutah di Dewan Senat,Bangunan Canselari. Ketika itu , En. Izwan Suhadak Ishak selaku moderator program pada hari itu telah memulakan pengkisahan pengembaraan Ibn Battutah. Beliau telah membaca pengenalan tentang Ibn Battutah yang terdapat dalam Rihlah Ibn Battutah. Seterusnya, En. Izwan Suhadak Ishak memberi peluang kepada peserta untuk membacakan fragmen-fragmen cerita secara spontan sambil slide show ditayangkan dengan keindahan bunyi latar yang mengasyikan. Kesinambungan kisah Ibn Battutah diteruskan lagi dari kalangan pelajar Unisel dan sekolah. Seorang guru, yang dikenali sebagai Cikgu Karim telah mendeklamasikan puisi tentang suka duka Ibn Battutah sepanjang pengembaraannya.

Program tersebut juga menghadirkan forum pengembaraan bersama Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah bermula. Menurut Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah proses menterjemah karya asal kepada bahasa melayu bermula pada tahun 1993. Tuan Syed Nurul Akla bin Syed Abdullah menceritakan latar belakang Ibn Battutah atau nama sebenarnya Abu Abdillah Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati, meninggalkan Tangier,Magribi untuk menunaikan haji di Mekah dan dikota suci inilah keinginan untuk mengembara tercetus dalam dirinya. Beliau mengembara ke segenap pelosok dunia Islam, bermula dari Afrika Utara hinggalah Negeri China dan kembali ke negeri asalnya. Pengembaraan sejauh 120 000 kilometer merentas benua Afrika, Eropah dan Asia telah memartabatkan Ibn Battutah sebagai tokoh pengembara paling terkemuka dalam sejarah.

Dari situlah jodohku bermula bersama Grup Pengkaji Tamadun setelah awal 2008 terdapat beberapa beberapa masalah yang dihadapi dalam I Rakan yang memaksa Biro Rihlah mengambil keputusan bergerak secara sendiri sekitar 2008 sehingga Mac 2009 dengan tertubuhnya secara rasminya Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Usaha penubuhan ini tidak mudah kerana segala aktiviti bergerak secara ‘underground’ dan menjadi bukan mudah dalam merealisasikan Misi Ekspedisi Generasi Muda (XGEM) ke Aceh. Ini bukan mudah kerana beberapa orang termasuk penulis telah mengikuti pelbagai latihan agak mencabar dan melatih kesabaran serta semangat yang tinggi sebelum mengikuti ekspedisi ini yang mana pembabitan awal agak ramai untuk ikut serta tetapi dengan takdir Ilahi ,penulis bersama-sama dengan Abang Affandi Malek, Kak Wan Ritini dan ditampung oleh wakil kampus lain iaitu mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kak Syafawati antara yang masih bertahan sehingga misi ini terlaksana. Pada tahun 2009 penulis memangku jawatan Presiden GPTD Unisel sebelum masuk bertanding dalam Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun 2010.

Untuk pengetahuan, penulis juga pernah mengikuti beberapa persatuan sebelum bergerak aktif dengan Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Seawal penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Kampus Bestari Jaya yang mana seingat penulis merupakan ahli awal yang turut serta hadir ketika mesyuarat penubuhan ketika itu dihadiri Dekan Fakulti Pendidikan ,Prof Dr Rahim Selamat dan abang Yaakob wakil GPMS Pusat ketika era pemerintahan Abang Shuhaimi Ibrahim sekitar 2008,adik kepada Anwar Ibrahim. Selain itu antara orang yang menarik penulis untuk menyertai GPMS ketika itu ialah abang Azreen yang kini berkhidmat sebagai pegawai GEMS, SUK Selangor.

Sebenarnya entiti yang dimasuki penulis ketika itu, amat banyak sekali seperti penyertaan penulis di dalam Kelab Fasilitator UNISEL (KFU) yang kini sudah tinggal nama yang mana, inilah tempat program yang mana penulis mengendalikan program pada 2009 yang penulis namakan Forum Mencari Cinta yang mana program ketika itu adalah lebih program kesedaran mengenai apa itu Hari Valentine dan alhamdulilah kehadiran peserta itu memenuhi Dewan Senat ketika itu. Dalam persatuan ini juga,penulis juga terlibat dengan latihan fasilitator dan makluman keyakinan penulis ketika itu tidaklah seperti sekarang kerana penulis masih tercari-cari siapa diri penulis yang sebenarnya. Sebelum itu, penulis juga pernah menyertai Persatuan Silat Gayung UNISEL sekitar 2008 yang mana penulis hanya sempat penulis untuk hadir.

Setelah tamat pengajian Diploma Pengurusan Pentadbiran, Fakulti Perniagaan, penulis sudah merancang untuk berubah angin apabila menyambung pelajaran. Ketika itu, penulis melakukan latihan industri di Pejabat Mara Daerah Jelebu, telah membuatkan penulis berfikir yang penulis tidak suka suasana pejabat dan lebih suka berhubung dengan manusia dan tidak mahu kongkongan masa serta mahukan kerja yang bebas. Justeru, penulis ketika itu penulis telah melihat jurusan yang terdapat di UNISEL dan telah jatuh cinta apabila sahabat semasa sekolah menengah memperkenalkan jurusan Psikologi Industru iaitu saudara Wahab. Tambahan itu, penulis sebenarnya menggemari suasana di UNISEL yang bebas dari perkuatkuasaan akta yang telalu melampau.

Seawal kemasukan ke dalam Ijazah Sarjana Psikologi Industri, penulis agak kekok dengan budaya yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Fakuti Sains Sosial yang ketika itu. Ini kerana penulis sudah terbiasa dengan budaya Fakuti Perniagaan yang mana lebih lebih kepada kemesraan dan ukhwah itu wujud dalam pelajar jurusan Fakulti Perniagaan berbanding pelajar yang lebih memahami konsep kendiri ataupun pemahaman asas masyarakat tidak wujud sama sekali.

Setelah beberapa bulan, penulis telah mendapat risikan untuk menyertai politik kampus yang mana merupakan salah satu impian penulis untuk memulakan pembelajaran politik yang lebih praktikal bersama-sama kakak seperjuangan yang tidak penulis lupakan iaitu Kak Putri Raudah. Ketika itu pertandingan hanya wujud hanya di Fakulti Perniagaan dan calon dari kerusi umum kesemuanya menang tanpa bertanding kerana calon semua cukup memenuhi kerusi umum. Selepas itu, penulis telah mendapat jawatan sebagai Exco Ekonomi dan Usahawan yang merupakan salah satu jawatan yang memang penulis lakukan dengan pelbagai program dengan beberapa kerjasama beberapa agensi luar seperti Kelab Permata PKNS dan Dewan Perniagaan Melayu Muda Selangor. Ini juga ditambah dengan kejayaan menempatkan mesin ATM RHB setelah turun naik berurusan dengan pihak pengurusan RHB dan Jana Niaga.Tujuan asal penempatan asal ATM tersebut adalah di Pusat Komiti Pelajar tetapi atas beberapa aspek yang diambil kira oleh pihak Jana Niaga,mesin tersebut terpaksa diletakkan di Pusat Pelajar yang sebenarnya agak jauh dari kediaman pelajar. Semasa memegang jawatan MPP jugalah, penulis melalui Majlis Konvoksyen ke 5 untuk Diploma Pengurusan Pentadbiran.

Setelah tamat tempoh penggal Majlis Perwakilan Pelajar, penulis telah sekali memegang amanah untuk memikul tangungjawab Presiden Persatuan Penggerak Mahasiswa UnIsel (PPMU) yang sebenarnya merupakan ujian yang amat berat kerana keahliaan ketika itu merupakan suatu masalah yang perlu penulis hadapi dengan sabar. Keahlian ahli sentiasa ibarat lalu dan pergi kerana program yang lebih kepada kepimpinan ini masih belum diterima oleh mentaliti pelajar di Universiti Selangor. Ini merupakan proses pembelajaran kepada penulis dalam mendidik diri untuk bersabar dalam menghadapi dugaan.Alhamdulilah ketika melepaskan jawatan dalam Persatuan Pengerak Mahasiswa penulis disatukan dengan beberapa adik-adik,rakan seperjuangan yang kadang kala banyak membantu diri penulis ketika berada dalam kesusahan di akhir 'techno' pemerintahan penulis.

Akhir sekali mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah banyak berjasa dalam mencari makna kehidupan terutama kepada penulis seperti Ustaz Mokhtar Ridwan yang mana beliau sentiasa pemurah dengan kata-kata nasihat dan seorang yang penuh dengan amanat dan kata-kata semangat, saudara Safaruddin Jhinku yang merupakan sahabat perjuangan yang sentiasa pelbagai kekusutan yang dihadapi seperti sudah dianggap sebagai adik beradik, Encik Izwan Suhadak sudah dianggap sebagai abang serta mentor yang banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar dalam menentukan sesuatu keputusan, Encik Farid Wajdi dalam memberikan pendedahan bagaimana memahami konteks politik dari segi gerakan belia, abang Afandi Malek yang mengajar erti keseriusan dalam melakukan sesuatu, kakak Wan Ritini yang kadang kala tegas dengan penulis merupakan seseorang yang mempunyai habit yang berbeza dengan orang tegas memang selalu dimarahi kerana apabila dipelajari Psikologi ,trait personaliti penulis merupakan orang sistem hidup yang lebih kepada terabur, keharmonian dan menikmati hidup, kakak Putri Raudhah seorang kakak yang amat penyabar orangnya, sentiasa senyum,banyak membantu ketika susah, Kak Ija yang kadang kala orangnya menarik dan lucu (maaf tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kak Ija sebab masalah kewangan), Kak Khadijah yang orangnya kadangkala tidak lokek orangnya , saudari Hydrani merupakan seorang yang amat komitmem dalam kerja ,Insyallah beliau akan menjadi orang hebat kerana terpegun apabila beliau semasa ucapan pengenalan calon seperti tidak mula bertemu beliau ketika mula masuk UNisel sekitar 2009, harap beliau boleh pergi jauh dan jangan risau mengenai jodoh, cepat dan lambat itu sahaja jodoh, untukmu Izzat agak dirimu berfikir dan renung nasihat dari abang kepada adik agar kembali meneruskan pengajian diploma Cuma tinggal 2 semester dan jangan mudah menyerah pada ketidakmampuan, untuk adik-adik yang baru mengenal erti perjuangan terutama sekali Fahkrul Amiruddin perlu sentiasa istiqamah kepada perjuangan dan perjalanan hidup kamu, akan menghadapi cabaran dengan sabar dan tenang serta perlu menjaga prestasi pelajaran dan kegiatan di luar dan dalam kampus, untuk Fadhil semoga jawatan presiden PPMU ini menjadi titik tolak kepada kamu untuk terus berjuang dan kendalikan anak-anak buah dengan sebaik mungkin dan gunakan pendekatan bil hikmah,untuk adik-adik Sabahan seperti Zuraidah, Ermayanti, Derminah, Yaqin dan Nalisah, abang seronok dan semangat apabila berjumpa dengan kamu semua kerana sepanjang abang menyertai persatuan, komitmem kamu semua memang amat memberansang dan diharap proses pembelajaran kamu supaya tidak ada istilah untuk lebih mengenal erti untuk belajar serta sentiasa yang bersungguh dalam melakukan sesuatu dan harapan abang semoga kamu mampu pergi lebih jauh dalam pelajaran dan menjadi orang hebat suatu ketika nanti dan terus kekal dengan persatuan dan belajar dan mengambil tunjuk ajar dengan sesiapa sahaja mengenai ilmu dalam kepimpinan. Untuk Syaza dan Shahidah semoga kamu lebih fokus untuk mempertingkatkan diri dan menjadi seseorang yang utuh dalam hidup. Dan harapan abang kepada Zul, Ayob dan Faz walaupun tidak berada dalam kepimpinan PPMU,semoga kamu bertiga terlibat serta dalam program untuk membantu rakan-rakan lain. Seterusnya kepada tenaga penggerak Grup Pengkaji Tamadun Dunia , seperti Ummah, Shakilla, Izyan, Redwan,Hairiah dan yang lain-lain agar sentiasa berkomitmem kepada sesuatu projek itu mampu ditumpukan dengan sebaik mungkin dalam kita berbakti kepada masyarakat yang ingin kita bantu.

Akhir sekali, terlalu banyak nama yang tidak mampu penulis nukilkan di sini bukan tidak diingati tapi keterbatasan dalam penulisan ini hanya mampu penulis ucapkan jutaan terima kasih sepanjang berada di UNISEL. Tanpa kamu semua, liku-liku kehidupan di UNISEL ini tidak mampu dihadapi sepanjang 5 tahun ini mungkin hingga ke penghujung. Mohon maaf atas pengkongsian yang mana mungkin akan menyinggung sesetengah pihak tapi kita perlu menyampaikan atas prinsip kebenaran dan keadilan ibarat membujur lalu melintang patah,lawan tetap lawan. Doa dan harapan penulis kita bersama-sama diberikan kesempatan lagi dalam merapatkan ukhwah yang terjalin serta selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat menjawab soalan peperiksaan akhir bagi semester 2/2011-12.

Dari pundak ingatan ke mata pena….Penulis merupakan Nor Hafiz bin Razali,pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri, Universiti Selangor.

Wednesday, 15 February 2012

Meminang mengikut amalan Islam

1. Melihat calon/ wanita. Melihat yang dimaksudkan disini adalah melihat diri wanita yang ingin dinikahi dengan tetap berpandukan pada aturan syar’i ”Dari Anas bin Malik, ia berkata,”Mughirah bin Syu’bah berkeinginan untuk menikahi seorang perempuan. Lalu rasulullah Saw. Bersabda,”Pergilah untuk melihat perempuan itu karena dengan melihat itu akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua”. Lalu ia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan ia menceritakan kerukunannya dengan perempuan itu.(HR. Ibnu Majah: dishohihkan oleh Ibnu Hibban, dan beberap hadits sejenis juga ada misalnya diriwayatkan Oleh Tirmidzi dan Imam Nasai)

2. Tidak melamar wanita yang telah dilamar Lelaki lain (meskipun belum memberi jawaban). Meminang/melamar ini berarti melamar secara resmi. Dari Abu Hurairah, Ia berkata,Rasulullah SAW bersabda,”Seorang lelaki tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang saudaranya”(HR. Ibnu Majah)

3. Merahsiakan pelamarannya (tidak mengumumkan ke orang banyak) Dari Ummu Salamah ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Kumandangkanlah pernikahan dan rahasiakanlah peminangan”.

4. Wanita yang dilamar terbebas dari segala mawani` (pencegah) dari sebuah pernikahan. Misalnya wanita itu sedang menjadi isteri seseorang. Atau wanita itu sudah dicerai atau ditinggal mati suaminya, namun masih dalam masa `iddah. Selain itu wanita yang dilamar tidak termasuk dalam daftar orang-orang yang masih menjadi mahram bagi seorang laki-laki. Maka di dalam Islam tidak dikenal ada seorang laki-laki meminang adiknya sendiri, atau ibunya sendiri atau bibinya sendiri.

5. Wanita melamar laki-laki Secara syar’i tidak masalah. ”Dari Tsabit, ia berkata,”Kami duduk bersama dengan Anas bin Malik yang disebelahnya ada seorang anak perempuannya. Lalu Anas berkata,” datanglah seorang perempuan kepada Nabi SAW, lalu ia menawarkan dirinya kepada beliau, kemudian perempuan itu berkata,”Wahai Rasulullah maukah tuan mengambil diriku? Kemudian anak perempuan Anas menyeletuk,”Betapa tidak malunya perempuan itu!” Lalu Anas menjawab,”Perempuan itu lebih baik daripada kamu”. Ia menginginkan Rasulullah, karena itu ia menawarkan dirinya kepada beliau”. (HR. Ibnu Majah). Hal ini menunjukkan betapa hukum Islam sangat menjunjung tinggi hak wanita. Mereka tidak hanya berhak dilamar tetapi juga memiliki hak untuk melamar lelaki yang disukainya.